Showing posts with label Arak. Show all posts
Showing posts with label Arak. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Diantara PSY-Gangnam RM2 Juta... Dengan Konsert Arak DAP RM3 Juta... Mana Lagi Hebat?


Kalau DAP buat semuanya OK! Semua tutup mulut...

Angguk-angguk geleng-geleng
Tunduk-tunduk ikut tunjuk
Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar sabar sabar sabar!

Tak apa tak kisah tak rugi
Tak mati tak ambil peduli
Berserah dan pasrah
Biar dada didabik adat pasang turun naik


Didera dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba jadi kuli
Jadi batu diam diri
Kita tunggu kita lihat
Kita nanti kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh
Diam akur kita mesti patuh

Acuh tak acuh endah tak endah
Buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka
Biar

Jangan melawan jangan membantah
Janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata
Kita tawa dalam duka
Kecut takut kalut kolot terkunci mulut
Terkatup tertutup
Kalah sabung menang sorak
Senduk nasi tinggal kerak

Pok Nik tak komen pulak bab 'her' aurat yang buat persembahan 
di konsert Arak DAP... Hipokrit

konsert arak di Penang

emmm dah la.. malas nak layan Pok Nik...

Bezakan gambar persembahan PSY dengan konsert arak di Penang...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina tidak melibatkan wang rakyat.

Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit ‘Gangnam Style’.

Puak Pakatan Haram dok spin RM2 Juta untuk persembahan PSY... yang DAP punya konsert RM3 Juta melibatkan duit rakyat... apa cite beb? cer cita... cer cita...

Laporan sinar Akhbar Sinar Harian dalam artikelnya bertarikh 11 November....





Konsert ada kelulusan MPPP
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 November 2012

GEOREGTOWN - Konsert yang menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat di Batu Feringghi di sini, semalam, sudah mendapat lesen sementara daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai MPPP kepadanya.

Menurutnya, lesen sementara itu membenarkan pihak penganjur mengadakan konsert di tempat awam sehingga jam 3 pagi.

“Ini bukan anjuran MPPP sebaliknya ia satu program bersama Kerajaan Negeri, sementara syarikat arak itu adalah penaja mereka.

“Saya juga difahamkan seorang Exco terlibat turut menyertai konsert ini kerana sebahagian daripada aktiviti pelancongan, kalau boleh anda (wartawan) boleh minta komen daripada dia (Exco),” katanya.

Terdahulu Sinar Harian semalam melaporkan heboh diperkatakan dalam kalangan masyarakat setempat dan juga kakitangan hotel berhampiran mengenai sebuah konsert arak yang bernilai RM3 juta di Batu Feringghi.

Konsert berkenaan sebelum ini sudah digembar-gemburkan melalui laman sosial Facebook syarikat arak berkenaan dengan mengadakan pertandingan ‘Teka di mana konsert akan diadakan’.

Malah secara terbuka di dalam laman sosial itu penganjur mendedahkan akan mengadakan parti terbuka secara besar-besaran iaitu dengan promosi ‘What do you think of a massive party on the beach?’.

Menurut sumber, konsert itu diperkatakan beberapa kakitangan hotel berdekatan dan menjadi bualan hangat sejak minggu lalu.

Konsert itu bukan anjuran mana-mana hotel kerana ia tidak terletak dalam premis hotel, sebaliknya pentas utama konsert didirikan di pantai awam secara terbuka.

Bukan sahaja penduduk, malah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringghi juga memberitahu langsung tidak tahu mengenai konsert berkenaan.

Malah ada antara ahli kariah masjid yang sudah membuat aduan, sementara NGO Pantai turut melahirkan rasa kecewa gara-gara konsert bermotifkan arak itu diadakan di tempat pantai awam.

Difahamkan juga, konsert yang dikatakan tertutup tetapi dibuat di tempat awam itu turut mengundang artis Korea popular.

Kesahihan berkenaan diperoleh apabila artis berkenaan turut membuat persembahan raptai pada petang, semalam.

Penduduk di situ juga melahirkan rasa tidak puas hati kerana bunyi muzik dari konsert boleh didengari sehingga dua kilometer jauhnya sehingga melepasi kawasan Masjid Batu Feringghi.

dah baca lu pikiiiiiirr la sendiri.....

Lagu ini ditujukan khas buat puak Angguk Angguk Geleng Geleng http://youtu.be/dKyHsyKTJuc

Wednesday, December 19, 2012

Kejayaan Terbesar Kerajaan Selangor... Berjaya Jual Arak Secara Terbuka!


Setelah kecoh isu penjualan arak di Seksyen 8, Shah Alam kira-kira 4 tahun lalu yang menjadi salah satu punca pemecatan Dato Dr Hasan Ali dari PAS dan jawatan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam, kerajaan Negeri Selangor berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

“Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu,” begitulah laporan Harakahdaily yang meninjau di kedai 7-Eleven di Seksyen 8 Shah Alam pada Mei 2011.

Namun, janji kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ditepati kerana tinjauan kami di DUN Bangi pada dua hari lepas, Ahad, 16 Disember mendapati minuman keras masih lagi dijual di kedai 7 Eleven, malah lebih menyeluruh dijual di kedai serbaneka, 99 Speedmart.

DUN Bangi majoriti penduduknya berbangsa Melayu yang dianggarkan kira-kira 80 hingga 90 peratus beragama Islam.

Daripada 3 kedai serbaneka 99 Speedmart yang kami kunjungi, semuanya menjual secara terbuka minuman keras sama ada yang mengandungi paras alkohol kurang atau lebih 10 peratus.

Jenis arak itu termasuklah Tiger, Carlsberg, Guiness, Anchor, Heineken dan sebagainya yang diletakkan sebaris dengan minuman-minuman lain.

Daripada 5 kedai 7 Eleven,kebanyakannya menjual minuman jenis ‘Barbican’, selain di sesetengah tempat turut menjual Guiness, Special Brew, Carlsberg, Tiger, Heineken, Royal dan sebagainya.

Kebanyakan kedai meletakkan minuman keras itu bersebelahan dengan minuman-minuman biasa dalam peti ais yang sama.

Majoriti penjual di kedai 7 Eleven dan kedai serbaneka 99 Speedmart adalah remaja berbangsa Melayu.

Sila rujuk gambar-gambar yang dirakamkan disini...

Nota kaki: Tahniah kepada pengundi PR!

Tuesday, October 23, 2012

Ronnie Liu Bawa Masuk Arak


“Masa zaman BN, ada tak 7 Eleven ada beer ? Sejak Ronnie Liu jadi exco kerajaan tempatan, 7 Eleven, Speedmart semua ada beer. Siapa yang bekerja di situ ? Seratus peratus orang Melayu kita, “kata Ayah Pong.

Ayah Pong adalah salah seorang daripada rakyat Selangor yang menerima impak sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan negeri Selangor. -AIDC

Wednesday, October 12, 2011

Nik Nazmi Dan Khalid Samad Pengedar Arak Terbesar Di Klang?






Usaha membendung penjualan arak melibatkan umat Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kurangnya kerjasama daripada wakil rakyat Pakatanis di negeri Kerajaan Selangor.

Lihatlah apa yang sudah terjadi di Selangor hari ini! Laporan penuh sila klik di sini...


Stay in touch with Bro Jinggo

Tuesday, July 26, 2011

Nik Nazmi Syok Dengan Wardina Safiyyah, Lupa Amanah Rakyat Sebagai YB


Semalam, Isnin laman blog ini telah terjah isu syurga arak di Petaling Jaya - Nik Nazmi buat apa?. Baca disini...


Dimana pihak yang bertanggung jawab di kawasan itu ialah Ahli Dewan Undangan Selangor PKR, Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR).



Dan ini pula respon yang ditinggalkan oleh Nik Nazmi melalui ruang komentar tersebut..



"Salam terima kasih atas maklumat ini. Saya sudah maklumkan kepada MBPJ untuk ambil tindakan segera. Jika tiada tindakan sila maklumkan.

Kerenah arak ini bukan perkara baru. Sekurang-kurangnya di Selangor sudah dimulakan garispanduan baru yang bermula di Shah Alam dan kini dikembangkan ke kawasan majoriti Islam yang lain.

Apa-apa pun saya hargai maklumat ini dan jika ada lagi maklumat sila sampaikan. Boleh e-mel saya niknazmi@niknazmi.com atau ke blog http://www.facebook.com". Katanya.


Perkara ini sudah tersebar ni media massa baru nak jalankan tugas? Kalau tak diterjah kegiatan haram penjualan arak secara mudah kepada orang ramai, termasuk golongan remaja akan terus berlualuasa di Petaling Jaya.

Mungkin juga Nik Nazmi tak tahu apa sebenarnya yang berlaku disana, untuk pengetahuan Nik Nazmi rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport.

Pihak berkuasa pula seolah-olah ‘merestui’ urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu.

Ini perkara serius, takkan asyik terlepas pandang sahaja... Proaktif lah sikit YB... Jangan asyik nak syok dengan Wardina Safiyyah saje, kebajikan rakyat juga harus dijaga.