Friday, February 17, 2012

Gelar Wartawan Pelacur! Pegawai DAP Mohon Maaf


Ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau hari ini memohon maaf atas kenyataannya yang menyinggung ramai pengamal media tetapi menyalahkan musuh politiknya atas "beberapa interpretasi yang diputarbelitkan" yang menjadi punca pertikaian.

Baru-baru ini, Hew membuat dakwaan yang menggambarkan "pertemuan disertai habuan antara wartawan tempatan dan BN (Barisan Nasional)" dalam laman sosialnya sehingga menimbulkan kontroversi dengan ramai yang berkata ia sama dengan
melabelkan wartawan sebagai "pelacur".

"Compensated dating" (pertemuan disertai habuan) adalah satu terjemahan harfiah daripada perkataan Jepun "Enjo-kosai" yang bermakna tidak mempunyai kehormatan diri sebagai pertukaran untuk keuntungan kebendaan.

"Saya dengan ini secara terbuka memohon maaf secara ikhlas atas "analogi" yang saya keluarkan, yang menyinggung ramai pengamal media yang jujur.

"Saya tidak pernah berniat menimbulkan rasa malu kepada ramai di kalangan pengamal media yang jujur di Malaysia. Saya benar-benar kesal apabila kontroversi itu berkembang, ramai rakan-rakan saya dari media berasa kecewa dengan beberapa interpretasi yang diputarbelitkan yang dimainkan oleh musuh (musuh) saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pelbagai organisasi media secara terbuka meminta Hew mengemukakan identiti wartawan yang dirujuknya dan meminta jawatankuasa disiplin parti itu supaya mengambil tindakan disiplin jika dia gagal mengemukakan bukti.

Dilaporkan apabila kenyataan Hew disiarkan, pengerusi jawatankuasa disiplin parti Tan Kok Wai berkata tiada tindakan akan diambil terhadapnya kerana dia hanya menyatakan hakikatnya.

Minggu lepas, Hew memohon maaf dalam Facebooknya dan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah pandangan peribadinya dan bukan pendirian rasmi DAP.

Bagaimanapun, permohonan maafnya menimbulkan kemarahan kerana menyatakan dia hanya "memohon maaf kerana menyebabkan kontroversi dengan menyatakan perkara sebenar".

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) akan mengadakan sidang perwakilan luar biasa pada 3 Mac bagi mengambil pendirian tegas terhadap kenyataan Hew yang melabelkan wartawan sebagai "pelacur".

Isu Pasir - Perbicaraan Rakyat Untuk Cari Kebenaran - Noh Omar



Jawapan balas Dato' Sri Noh Omar terhadap cabaran MB Selangor supaya Dato' Sri Noh Omar memberi keterangan kepada Transperancy International dalam isu penyelewengan perlombongan pasir di Selangor.

Rafizi, Zuraida Diperintah Jawab Saman Shahrizat


Pengarah strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjawab menjelang 9 Mac ini, saman fitnah yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap kedua-dua mereka bulan lalu berhubung isu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu apabila saman itu didengar di mahkamah terbuka hari ini.

Jawab jangan tak jawab! takkan takot kot??

Thursday, February 16, 2012

Hasan Ali: Anwar Perlu Jelaskan Hubungan Pakatan-Israel


Bekas exco hal ehwal Islam kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata rakyat tertanya-tanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai isu keselamatan Israel.

Lebih-lebih lagi, memandangkan kenyataan dua pemimpin tertinggi PAS - yang menjadi rakan gabungan dalam Pakatan - dengan tegas menolak kewujudan negara Israel serta meminta menarik balik atau menyaman Wall Street Journal (WSJ).

Bahkan Hasan berkata ramai rakannya di Eropah dan negara Arab berhubung dengannya menyatakan "concern" mereka dengan apa yang disuarakan oleh ketua pembangkang itu.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Kita mahu Anwar menerangkan sama ada Pakatan Rakyat tidak menjalinkan hubungan langsung dengan Israel. Ini sangat penting.

"Atau (Pakatan) mesti mula menjalinkan hubungan. Kedua-duanya jelas. Rakyat tertanya-tanya," katanya.

Menurutnya, kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah "satu perkara yang jarang-jarang timbul" dalam sistem parti itu untuk mempersoalkan Anwar yang juga ketua pembangkang. -MK

Dikir TUKAR Acu Test Sepenggal Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat


Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk negeri ini bergabung melancarkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar).

Gerakan tersebut bertujuan mengajak rakyat supaya menukar parti pemerintah di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi mengatasi pelbagai masalah yang timbul.

JOM TUKAR!!!

------>DOWNLOAD Dikir COOL JOM TUKAR<----------


Pengerusi Tukar, Kamaruddin Kassim berkata, rakyat negeri ini telah memberi tempoh selama 21 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan, malah, masalah asas masih tidak dapat diselesaikan.

"Slogan Tukar ialah 'acu test sepenggal', gerakan ini adalah satu manifestasi dan luahan rakyat Kelantan yang sudah jemu dengan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan yang penuh retorik selama 21 tahun memerintah.

"Kita akan bangkitkan semangat rakyat untuk berubah dan memberi peluang kepada kerajaan baru selama sepenggal dan sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik maka, terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan seterusnya.

Kamaruddin berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Kelantan untuk mengajak rakyat melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik.

Katanya, idea penubuhan gerakan tersebut adalah daripada rakyat sendiri selepas melihat kegagalan dan merasai sendiri perit jerih di bawah pemerintahan Pas.

"Kita hanya mengajak rakyat untuk mencuba pemerintahan BN hanya untuk satu penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-13, sebagai tanda protes dan luahan rasa tidak puas hati terhadap segala janji yang tidak ditunai oleh Pas Kelantan," katanya.

Jelajah Aman Kampus Jadi Mata Dan Telinga Rakyat


Jelajah Aman Kampus yang disertai 180 orang dari 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan bertindak sebagai mata dan telinga rakyat bagi menyampaikan masalah mereka kepada pemimpin negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata Jelajah Aman Kampus menjelajah ke seluruh negara komited untuk mengumpul permasalahan rakyat dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.


“Sejak program ini dilancarkan, kita sudah bertemu lebih 15,000 orang dan dalam masa yang sama kita mendapatkan maklumat balas mereka menerusi soal selidik.

“Menerusi soal selidik itu kita akan tahu permasalahan mereka dan maklumkan kepada kepimpinan negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas program Pentas Anak Muda peringkat Pulau Pinang.

Program anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu mendapat kerjasama Aspirasi yang dalam lawatan ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Katanya Jelajah Aman Kampus dilaksanakan bertujuan memastikan suasana keharmonian dan kedamaian di kampus sentiasa dipelihara.


“Program ini juga untuk menyedarkan mahasiswa agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri dan akademik. Selain itu, ia untuk menyuntik semangat patriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional tentang dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.