Showing posts with label Pasir. Show all posts
Showing posts with label Pasir. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor


Skandal pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.

“KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.

Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu,” ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.

Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.

“Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Di manakah nasib dan masa depan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? - jawapan nya - You are FIRED !

Di manakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.

SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini,” tambahnya lagi.

GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewenang ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.

Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.

Sumber: Sahabat Gunung

Friday, February 17, 2012

Isu Pasir - Perbicaraan Rakyat Untuk Cari Kebenaran - Noh Omar



Jawapan balas Dato' Sri Noh Omar terhadap cabaran MB Selangor supaya Dato' Sri Noh Omar memberi keterangan kepada Transperancy International dalam isu penyelewengan perlombongan pasir di Selangor.

Wednesday, February 15, 2012

Lagi Pendedahan Skandal Pasir Di Selangor


Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi kerajaan PKR memerintah. Kenapa aku katakan begitu? Kerana pasir Selangor adalah antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk menjana ekonomi daripada sumber lain. Tidak perlu mendabik dada diatas jumlah simpanan tetap kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang ada. Sebelum aku pergi jauh, tolong fikir, kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan untuk rakyat Selangor? Sumber mengesahkan bahawa duit tersebut akan digunakan untuk dana pilihanraya nanti.

Kematian Patrick Wong yang disyaki dibunuh selepas dikatakan akan membongkar skandal pasir KSSB sebenarnya bukan satu perkara yang pelik. Pendedahan RPK itu ada betulnya. Setiap individu yang cuba mengganggu KSSB akan di ugut supaya tidak lantang bersuara kerana kerajaan PKR tidak mahu ada pengacau dalam memastikan kantung kewangan mereka mencapai target sebelum PRU bermula.

Apa yang aku ingin dedahkan adalah satu laporan polis daripada seorang Pegawai Pemasaran KSSB yang tidak berpuas hati dengan cara KSSB mengaut keuntungan besar melalui Pegawai Kanan mereka iaitu Wong Swee Leong. Siapa Wong Swee Leong? Beliau adalah Ketua Jabatan Pemasaran KSSB yang dipertanggungjawapkan oleh Ronnie Liu menjaga semua urusan pembelian pasir.

Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wong Swee Leong telah memberi harga khas untuk pasir kepada sebuah syarikat bernama Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Tan Chin Huat dengan harga RM13.50 satu tan pasir sedangkan harga pasaran adalah RM17.50.

MP Kapar juga pernah menamakan Wong Swee Leong ini sebagai antara pegawai kanan KSSB yang terlibat di dalam perlombongan pasir secara haram di Selangor. MP Kapar juga mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salah urus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram. KLIK SINI

Baca lagi di sini...

Friday, February 10, 2012

Pemuda Umno Selangor Mahu Polis Siasat Kes Pasir


Pemuda Umno Selangor hari ini mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan laporan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berhubung penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam skandal perlombongan pasir.

Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal dalam laporan polisnya berkata, di dalam blog tersebut terdapat pendedahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam Selangor oleh dua Adun, yang merujuk kepada Adun Batu Caves Amiruddin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Katanya, isu ini harus dipandang serius memandangkan terdapat unsur jenayah rasuah dan berharap kes ini dapat disiasat secepat mungkin.

“Tujuan laporan polis ini dibuat untuk memastikan tindakan serta siasatan rapi dilakukan oleh pihak polis terhadap kesahihan artikel

ini,” katanya dalam satu laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam di sini petang tadi.
Semantara laporan kepada SPRM akan dikemukakan pihaknya Isnin ini.

Raja Petra dalam blognya semalam mendakwa Adun PKR Shuhaimi dan Amiruddin terbabit dalam rasuah untuk meraih kontrak industri pasir di Selangor.

Beliau mendakwa mempunyai rakaman telefon Shuhaimi yang meminta RM50,000 daripada seorang ahli peniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai SC, selain mendedahkan bukti Shuhaimi dan Amiruddin yang menggunakan kuasa sebagai ahli lembaga pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh SC untuk mendapat kontrak melombong pasir.

Walau bagaimanapun, Shuhaimi dan Amiruddin dalam sidang media pagi tadi menafikan penglibatan mereka termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam skandal itu dan menganggap Raja Petra cuba untuk memfitnah mereka.

‘Siasat semula kes Patrick Wong’

Sementara itu, Ungku Mohd Salleh yang ditemui pemberita diluar IPD Shah Alam berkata pihaknya turut menggesa polis menyiasat semula motif kematian ahli perniagaan Datuk Patrick Wong Kie Yik sama ada kemungkinan ia terlibat dengan kes pembunuhan.

Raja Petra dalam blognya juga mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.

Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir.

Jelas Raja Petra, beliau percaya tiga perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, adalah pembunuh yang diupah oleh pihak yang terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan Patrick.

Dalam kejadian pada 19 November 2009, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini meminta Raja Petra mengemukakan bukti dakwaannya bagi membantu polis kerana siasatan pihaknya setakat ini tidak menunjukkan sebarang kaitan pembunuhan itu dengan isu pasir.-FMT

Thursday, February 9, 2012

Penyelewengan Pasir Pemimpin Pakatan Selangor, Ahli Perniagaan Dibunuh



Pengendali portal berita Free Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang terjatuh dari balkoni rumahnya pada 19 November 2009, sebenarnya dibunuh.

Lebih mengejutkan, Raja Petra mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Free Malaysia Today.

Jelas Raja Petra, beliau percaya tiga perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, adalah pembunuh yang diupah oleh pihak yang terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan Patrick.

“Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita ‘rasmi’. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan.

“Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku.

“Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik),” dakwanya seperti mana dipetik dari http://www.freemalaysiatoday.com.

Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

Dalam pada itu, sebagai memperjuangkan kematian sahabat baiknya itu, Raja Petra berikrar akan mendedahkan segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat.

Ujarnya, tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah ‘dihalalkan’ walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu.

“Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penghormatan kepada mendiang walaupun sedar dengan risiko nyawa yang terpaksa saya hadapi tetapi jika apa yang berlaku pada Patrick terjadi ke atas saya, ia mengesahkan apa yang saya kata (pembunuhan) tentang mendiang,” dakwanya.-Utusan