Tuesday, March 27, 2012

Video Dr Hasan Mahu Tahu Fifa Anak Siapa?


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali membuat penjelasan terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isteri, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.

Sedangkan, kata Hasan, Azmin ketika itu yang bekerja sebagai setiausaha sulit hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, Azmin juga dicabar menafikan jika dakwaan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S. A. Vickneswaran bahawa Timbalan Presiden PKR itu serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.

Hasan juga mencabar Azmin untuk menyahut cabaran blogger untuk membuat ujian DNA dijalankan kepada anak yang bernama Farah Afifa di klinik yang di iktiraf.

Monday, March 26, 2012

Anwar Fail Saman RM100 Juta Terhadap Nalla


Nampak gaya macam sudah ON. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Senator Datuk S Nallakarupan akan berentap di mahkamah kerana dakwaan biseksual. Ketua Umum PKR itu pagi Isnin fail saman fitnah RM 100 juta terhadap bekas rakan tenisnya zaman beliau Timbalan Perdana Menteri kerana buat dakwaan itu dan juga akhbar Utusan Malaysia kerana siar dakwaan itu.

Saman berkenaan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Nalla Isnin lalu membuat dakwaan itu menerusi satu sidang akhbar. Khamis Anwar menghantar surat tuntutan RM100 juta padanya dan Utusan.Sabtu Nalla cabar Anwar samannya kerana sangat mahu bersemuka dengannya di mahkamah.

Apa yang menjadi tandatanya ramai sekarang apakah perbicaraan kes ini boleh cepat diadakan yakni sebelum pilihanraya umum ke 13 yang perlu diadakan sebelum April 2013.

Kebiasaanya penetapan perbicaraan kes ambil masa berbulan manakala prosidingnya pula boleh mereleret lama.Contohnya apa yang berlaku semasa perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Jadi hasrat rakyat Malaysia untuk tahu kedudukan dakwaan dan cabaran antara dua bekas sahabat itu besar kemungkinan tidak selesai sebelum PRU13.

Nalla dalam sidang akhbarnya Sabtu kata Anwar tidak pernah samannya sebelum ini sekalipun sudah membuat pelbagai dakwaan sejak keluar PKR pada tahun 2007.

Beliau mendakwa Anwar ambil tindakan undang-undang keatas dakwaan biseksual ini semata-mata kerana PRU13 sudah dekat.

Kata Nalla beliau akan mendedahkan segalanya tentang Anwar di mahkamah nanti.-Agendadaily

Asalkan Bukan Aspirasi - Pro Mahasewel Semakin Terdesak!


Oleh: Mat Despatch Otai

Tekanan yang mereka hadapi kini menyebabkan mereka semakin runsing untuk merancang strategi untuk mengubah dan menarik minat mahasiswa untuk bersama dengan mereka. Terbaru mereka telah menyerang video aspirasi yang di upload dari youtube yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa akan perjuangan sebenar Pro-Mahasewel nie. Mat menjangkakan bahawa sekarang ini Pro-Mahasewel nie tidak lagi mempunyai isu yang rasional untuk mereka mainkan.

Tekanan dan kebuntuan telah menyebabkan mereka menjadi tidak rasional lagi, terbaru mereka telah melancarkan kempen ASAL BUKAN ASPIRASI yang mirip kempen perjuangan parti pembangkang iaitu ASAL BUKAN UMNO. mat hairan kenapa mesti ada persamaan antara Pro-Mahasewel nie dengan Parti Pembangkang, sedangkan mereka sendiri telah menolak campur tangan politik luar dalam kampus?? Atau pon Pro-Mahasewel nie sememangnya adalah Parti Pembangkang?? Yang menghairankan lagi fikiran mat, Pro-Mahasewel nie dalam kebanyakan kampus adalah kerajaan..bukan nyer pembangkang..kenapa mereka begitu terdesak sehingga melancarkan kempen seperti mereka kelihatan seperti pembangkang??

Baca lagi...

Setelah 46 Tahun Baru DAP Mahu Bela Melayu?


Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.

Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.

Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.

Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.

"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi jahanam Melayu, Umno" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.

Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.


Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya.

Pernah Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu.

Parti ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya mengapa setelah 46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada orang Melayu?

Kalau tidak kerana tamakkkan kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak akan sesekali mahu tunjukkan sikap yang lunak kepada orang Melayu.

Antara langkah DAP untuk me"Melayu"kan parti itu ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin cerdik pandai Melayu menyertai parti itu.

Kenapa yang disasar hanya kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja?

Kalau benar-benar hendak menolong orang Melayu, DAP harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Melayu bukan golongan tertentu sahaja.

Sejak bila pula DAP bercakap mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu?

Di mana DAP selama ini apabila orang Melayu memerlukan pembelaan dalam segenap aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sebagainya?

Sekarang mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.

Sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut.

DAP yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi parlimen atau DUN.

Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.

Hakikatnya matlamat terpenting DAP tidak pernah lari daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik Melayu.

DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.

Setelah empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun.

Yang penting orang Melayu mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini.

Selagi DAP bernafas, selagi itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat.

Ketua DHPP Pulau Pinang Isytihar Keluar Pakatan Pembangkang


Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri (DHPP), Dr Ooi @ Vellautham hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan parti pembangkang itu.

Dr Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Pas Pusat dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa DHPP Pulau Pinang tidak aktif.

“Lebih 20 tahun saya bersama Pas dan bertungkus-lumus bekerja untuk parti, tetapi usaha saya selama ini tidak dihargai. Jika benarlah DHPP negeri ini tidak aktif, maka sebagai ketua lebih baik saya mengambil sikap bertanggungjawab (letak jawatan),” katanya lapor Bernama di sini, Ahad.

Beliau juga kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang mengatakan dirinya mengemis jawatan, susulan tindakannya yang pernah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Bayan Lepas.

“Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat secara percuma. Segala pendapatan yang saya peroleh jika saya menjadi wakil rakyat akan saya salurkan kepada rakyat…saya cabar pakatan pembangkang yang mendakwa mereka kerajaan berkebajikan membuat tawaran sama seperti saya,” katanya.

Katanya keputusan beliau untuk keluar parti turut mendapat sokongan jawatankuasa tertinggi DHPP dan tidak kurang 50 anggota dalam sayap penyokong Pas itu akan mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat.

Beliau juga bersedia mempertimbangkan tawaran pihak luar yang bersedia membantunya bertanding sebagai calon bebas di Bayan Lepas.

“Saya bersedia menerima tawaran daripada mana-mana sahaja parti luar yang mahu menyokong saya kecuali Pakatan Rakyat,” katanya.

Pengakuan Orang Kuat Pro-M TOLAK PRO-M


DULU beliau adalah, Jentera Pro-Mahasiswa Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Perjuangan seolah-olah DIPERGUNAKAN, Tabur Pelbagai janji/ Manifesto Mahasiswa

Namun Perwakilan Pro-Mahasiswa langsung TIDAK menjalankan tanggungjawab... MALU sebagai Jentera Pro-Mahasiswa Perjuangan BUKAN untuk Mahasiswa... Hanya untuk kepentingan sesetengah individu BUKAN Bersama!

KINI, Bersama APSIRASI!

Ikuti pendedahan penuhnya di sini...