Thursday, May 31, 2012

Video: Ummi Dedahkan Dokumen Kekayaan Azmin


Lagi pendedahan oleh Ummi Hafilda mengenai dokumen dan bukti kekayaan Azmin Ali dan Shamsidar ketika zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Pemuda BN Lebih Realistik Perjuang Hak Generasi Muda- KJ



Pemuda Barisan Nasional (BN) lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji, kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita
(Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda MIC T. Mohan, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan.

Mengenai konsert itu, Khairy berkata ia adalah salah satu cara Pemuda BN untuk mendekatkan diri dengan generasi muda.

"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," katanya.

Sementara itu, T. Mohan berkata konsert itu yang akan diadakan di 11 lokasi di seluruh Semenanjung bermula 1 hingga 24 Jun anjuran Pemuda MIC dengan kerjasama Pertubuhan Artis-Artis India Malaysia dan Persatuan Belia Karismatik Malaysia akan menampilkan artis India terkenal tanah air

Wednesday, May 30, 2012

Nalla Serah Video Rakaman Aksi Panas Anwar-Shamsidar VHS..1 Jam 20 Minit..


“Saya bukan baru kenal Anwar..saya sudah kenal 30 tahun lebih..dia pusing macam mana, saya tahu..tunggu lah…”, kata Senator Datuk S Nallakaruppan ketika sidang media semalam tentang karektor sahabat lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam afidavit Musa Hassan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada tahun 1998, Nalla dikenalpasti sebagai orang perantara Anwar dengan wanita-wanita termasuk Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali. Bacaan lanjut klik di sini

Nalla dalam sidang media semalam mengakui pernah merakamkan aksi panas Anwar dan Shamsidar dalam bentuk VHS berdurasi selama satu jam 20 minit untuk tujuan keselamatan.

“Saya sudah serahkan pada peguam. Nanti pergi mahkamah kita sama-sama tengoklah

“Saya jaga safety dia takut apa-apa berlaku pada dia..Kalau saya mahu (saya sudah serah dulu lagi) , masa polis tangkap saya pada 1998, saya tidak serah (pada polis) saya tidak tunding jari pada Anwar, kalau tidak Anwar masih dalam penjara,” katanya.-AIDC

Nizar Derhaka Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter


Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar?

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

Rafizi Ramli Disiasat Di Bawah Akta BAFIA


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah dipanggil oleh Bank Negara petang ini untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Ketika hadir ke Bank Negara, jam 3 petang tadi, Rafizi turut membawa dua orang peguamnya, N. Surendran dan Latheefa Koya yang kedua-duanya merupakan aktivis PKR.

Rafizi dilaporkan telah menerima notis tuntutan untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 87(1)(a) Bafia 1989 hari ini.

Menurut peruntukan Akta tersebut, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta.

Hahaha! Padan MUKA!!!

Siapa PM: PAS, DAP Main Tikam Belakang Anwar!


Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.

Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR.

Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.

Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.

Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.

Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.

Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali.

Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.

Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.

PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.

Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.

Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.

PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar, lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya, hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.

Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Akhirnya kata Tunku Aziz lagi, negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar, malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi.

Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.

Pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing.

Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan, dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.

Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'.

Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM, rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.