Showing posts with label Sultan. Show all posts
Showing posts with label Sultan. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Nizar Derhaka Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter


Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar?

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

Tuesday, August 9, 2011

Titah Sultan Selangor, Hentikankan Politik Di Kampus - Tepat Pada Muka Khalid Ibrahim & Azmin Ali

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Isnin menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.


"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda. Baca lagi disini...

Ini bukan kali pertama nasihat dari Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Isnin mengenai berbagai isu melibatkan pentadbiran sejak PKR memerintah negeri itu tiga tahun lalu.

Tapi Kerajaan Puak Pembangkang dibawah pimpinan Khalid Ibrahim tidak pernah mengindahkan pesanan yang disampaikan oleh Sultan. Macam tidak ada apa yang berlaku.

Bukti Azmin Ali & Khalid Ibrahim Campurtangan di UNISEL



Azmin Ali menulis di Twitter kononnya inginkan Naib Canselor yang memahami aspirasi pelajar. Bukan aspirasi pelajar yang dimahukan Azmin, tetapi aspirasi PKR dan DAP yang dimahukan.

Khalid: "ahh.. nape bodoh sangat aku ni?"


Khalid Ibrahim tidak menafikan beliau campur tangan di UNISEL  baca disini...



Memo di diatas adalah bukti campur tangan Khalid Ibrahim yang mahu UNISEL jadi universiti PKR dan DAP.

Bagus! Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, sudah buat student hilang mood nak belajar di UNISEL.

Bila dah tak ada student nanti MB Selangor akan bayar duit gaji pekerja UNISEL dengan mengguna duit rakyat Selangor!

Pernah berlaku sebelum ini dimana Kerajaan Selangor membazir wang Rakyat dengan mengguna Dana RM1 Juta untuk gimik Politik! sila baca disini...

Selepas menang PRU12 dulu, macam-macam tuduhan dan tohmahan dilontarkan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN), tapi hari ini mereka lebih teruk dari Kerajaan BN.. Penipu Kepada Rakyat (PKR)

Malangnya jadi rakyat Selangor sekarang ni.