Friday, July 20, 2012
Khalid Ibrahim Merosakkan Masa Depan Rakyat Selangor
Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN, setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya.
Cadangan pembinaan cawangan UiTM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya, merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya.
Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan, ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi.
Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP, PKR dan PAS, cadangan tersebut diganggu oleh Khalid hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut.
Selanjutnya, Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK dengan sengaja memulangkan semula bayaran cukai tanah oleh yayasan tersebut yang jelas berniat bagi menghalalkan tindakan jahat kerajaan negeri merampas tanah milik YBK.
Disebabkan mahu mengelak kontroversi berpanjangan dengan kerajaan negeri pimpinan Khalid, maka cadangan pembinaan kampus UiTM di Serendah terpaksa dibatalkan dan dipindah ke Jasin, Melaka. Akhirnya siapa yang rugi?
Demikian juga yang berlaku dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sejak 2010 lagi kelancaran pembinaannya sengaja diganggu gugat oleh Khalid dan kerajaan negeri pimpinannya dengan berselindung disebalik alasan kenaikan tarif air.
Sedangkan projek yang dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya itu bertujuan untuk menambah bekalan air bersih untuk kegunaan semasa dan akan datang yang manfaatnya bukan saja memberi kebaikan kepada rakyat malah menjamin kelangsungan ekonomi negeri.
Selepas dua tahun isu ini dipolemik dan diganggu gugat oleh kerajaan negeri yang diketuai Khalid Ibrahim, kesan negatifnya mula terasa bukan sahaja menyebabkan rakyat dirundum keresahan malah para pelabur mula menjauhi negeri ini.
Bayangkan apabila 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM tiba-tiba terpaksa membatalkan perancangan pelaburan mereka di negeri ini kerana tiada jaminan konkrit dari kerajaan negeri yang krisis air tidak akan berlaku.
Berikutan itu, sekurang-kurangnya 12,000 peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Bukankah ini satu dosa besar kerajaan negeri terhadap rakyat yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya Khalid dan pemimpin negeri yang lain dapat berfikir lebih jauh ke depan.
UiTM Serendah dan Langat 2 hanyalah secebis contoh klasik betapa ceteknya tahap pemikiran Khalid dalam mendepani tuntutan semasa sehingga kesan buruknya terpaksa pula diharungi oleh rakyat jelata.
Barangkali tidak keterlaluan kalau kita katakan untuk selama 5 dekad akan datang, rakyat Selangor akan mengenang Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya MB yang banyak 'berdosa' dalam merosakkan masa depan negeri Selangor.
Krisis Air Bakal Jahanamkan Ekonomi Selangor
Tidak berapa lama dulu Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP) di Kedah pernah di timpa dengan masalah bekalan air bersih yang pada peringkat awalnya menyebabkan banyak pelabur menanggung kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi kilang mereka secara berkala.
Apabila masalah bekalan air bersih masih berterusan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan PAS Kedah, akhirnya para pelabur mengambil keputusan drastik menutup operasi masing-masing menyebabkan beratus-ratus pekerja hilang mata pencarian.
Sedangkan sejak KHTP dibangunkan pada 1996, sekurang-kurangnya RM23 bilion nilai pelaburan asing berjaya dibawa masuk sekaligus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negeri dan rakyat.
Namun setelah pembangkang (PAS) mengambil alih kerajaan negeri, kawasan industri tersebut mula layu disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dengan baik termasuklah gagal menyelenggara bekalan air untuk kegunaan kilang-kilang di kawasan tersebut.
Semacam sudah menjadi badi dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila diberi peluang memerintah negeri, mereka akan menjadi seperti 'tikus membaiki labu', mengubah itu ini sesuka hati konon atas sebab untuk penjimatan atau tambah baik perkhidmatan, tapi akhirnya bukan kebaikan yang diperolehi sebaliknya banyak mengundang bala dan menjahanamkan.
Apa yang terjadi di KHTP tidak mustahil bakal berulang di Selangor kerana polisi dan dasar kerajaan negeri Selangor hampir sama dengan kerajaan Kedah - gemar mengubah perancangan asal pembangunan kemudian banyak beretorik bermain politik tanpa mengambil kira kesannya pada rakyat dan ekonomi.
Apabila MB Selangor, Khalid Ibrahim dari PKR secara rasmi dua tahun lalu menolak pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dengan alasan untuk penstrukturkan semula bekalan air bersih, kesan negatifnya kini sedikit demi sedikit mula terasa.
Para pelabur mula menjauhkan diri, yang mana sudah bersetuju sebelum ini untuk membina kilang operasi mereka, kini masing-masing mengambil keputusan samaada membatalkan atau menangguhkan dulu pelaburan kerana ragu dengan sistem bekalan air di negeri ini.
Angka terkini menunjukkan Selangor telah kehilangan sekurang-kurangnya 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM dan sepatutnya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada 12,000 orang.
Mudah untuk Khalid Ibrahim ataupun pemimpin pakatan pembangkang yang lain berkata projek Langat 2 atas alasan bekalan air mentah mencukupi sehingga tahun 2019.
Tapi, kilang mana yang sanggup menggunakan bekalan air mentah dari lombong atau sungai untuk menjalankan operasi kilang mereka?
Isu sekarang bukannya soal air mentah masih memenuhi empangan atau sungai, sebaliknya isu sekarang ialah bekalan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan rakyat dan kilang-kilang.
projek Langat 2 bukan sekadar tambahan satu loji baru yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang, ia juga satu perancangan jangka masa panjang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi Selangor.
Tapi, perkara sebegini sukar difahami oleh pemimpin-pemimpin negeri yang lebih selesa beretorik mencipta polemik politik.
Mereka hanya nampak banyak air di empangan tapi gagal memahami isu asas yakni sebahagian besar loji rawatan air sudah beroperasi melampaui kemampuan sebenar. Mahu tidak mahu, loji rawatan air yang baru tetap diperlukan dan penyelesaian jangka masa panjangnya ialah Langat 2.
Namun disebabkan Khalid Ibrahim terasa terlebih cerdik, tanpa berfikir panjang ditolaknya pembangunan loji rawatan air yang baru di Sungai Langat. Dua tahun berdolak dalik gagal mencari penyelesaian, masuk angin keluar asap.
Kesannya nanti sekiranya krisis air mula meluas ke seluruh Lembah Klang, bukan sahaja ekonomi Selangor akan jahanam, silap-silap pelabur asing pun akan menjauhi Malaysia.
Thursday, July 19, 2012
Kerajaan Selangor Galakkan Rakyat Minum Air Empangan & Sungai Yang Belum Dirawat
Apabila EXCO kanan Selangor, Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air, ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar.
Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri.
Eloklah, kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar. Semacam MB Selangor dan EXCOnya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat.
Entah bala apa yang sedang menimpa Selangor tika ini hingga terpaksa menanggung bebanan membayar gaji pemimpin-pemimpin negeri yang akal pendek cuma sejengkal, bebalnya pula tak boleh diajar.
Rakyat sedang berkecamuk memikirkan masalah bekalan air bersih yang dirawat di loji-loji rawatan air, MB dan EXCO yang pekak badak masih bercerita pasal air mentah dari empangan dan sungai-sungai. Dah jadi macam itik bercakap dengan ayam pula.
Walhal, air empangan dan sungai masih penuh pun tiada gunanya bila kemampuan loji rawatan air sedia ada yang berjumlah 33 buah itu gagal untuk memproses bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 7 juta pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Semua 33 loji rawatan air sedia ada sekarang hanya dapat menampung sejumlah 4,326 JLH (Juta Liter Harian) air bersih sahaja manakala jumlah pengeluaran air bersih sekitar 4,000 JLH hingga 4,219 JLH sehari, mahu tidak mahu loji baru tetap diperlukan.
Jumlah penduduk akan kian meningkat, kilang-kilang dan pejabat akan bertambah dan semuanya ini memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian kecualilah kalau Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu boleh membuktikan air empangan dan sungai yang masih mentah boleh diminum begitu sahaja barangkali bolehlah ditangguhkan dulu loji rawatan air Langat 2.
Zaman sekarang mana ada lagi orang basuh pinggan mangkuk, mandi seharian atau basuh kereta guna air sungai, rata-ratanya guna air paip yang telah dirawat di loji-loji rawatan. Masing-masing tahu air yang belum dirawat risikonya boleh memudaratkan kesihatan dan tak sesuai untuk kegunaan harian.
Tak tahulah kalau Khalid dan Ronnie sudah terbiasa mandi pagi petang guna air lombong, minum siang malam pula dari sumber air mentah dari empangan, maka mungkin sebab itu wajah kelihatan kusut masai dan akal cuma sejengkal.
Sementelah 33 buah loji rawatan air sekarang masih berkemampuan menampung bebanan keperluan air bersih untuk kegunaan harian, semolek-moleknya kita sediakan payung sebelum hujan dengan bertindak segera menyiapkan satu lagi loji rawatan air Langat 2.
Dengan demikian, tidaklah nanti bila loji-loji sedia ada terpaksa diselenggara dek kerana kerap beroperasi melebihi kemampuan kapasitinya, maka tidaklah kerap sangat bekalan terputus atau terpaksa dicatu selalu.
Jikapun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang gagal menjangka apa yang bakal berlaku beberapa tahun mendatang dek kerana akal sejengkal, janganlah pula digadaikan keperluan air bersih untuk kegunaan harian para hamba rakyat jelata.
Cukuplah sekadar Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu sahaja yang kekal bebal tapi kami rasa jelata masih belum bangang untuk minum air mentah dari sungai dan empangan.
Wednesday, July 18, 2012
PAS Malu Besar Peneroka Tidak Sokong Himpunan OREN
Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran parti itu Sabtu lalu.
Selama hampir sebulan, media rasmi PAS, Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka.
Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut, malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang.
Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan pembangkang.
PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc.
Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara.
Sejak diasaskan oleh ayahanda Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu, Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri.
Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset, kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.
Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri.
Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau 'milestone' dalam sejarah panjang Felda.
Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini peneroka biberi peluang pula memiliki pegangan saham dalam salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.
Masa depan yang cerah bagi sektor perladangan dengan unjuran permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit bermakna saham peneroka di dalam FGVH akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.
Bagaimanapun semua kejayaan Felda yang dikecapi oleh golongan peneroka (termasuk juga ramai ahli PAS!) tidak bermakna bagi PAS kerana parti itu hanya melihat kepentingan politik sempat parti itu dan bukannya kepentingan bangsa Melayu.
PAS juga malu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertindak membeli 500,000 unit saham FGVH.
Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata keputusan PKNK mungkin berdasarkan faktor keuntungan dan bukan pegangan politik.
Apabila dilihat memberi keuntungan, pemimpin PAS dengan segera boleh mengeluarkan fatwa menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram baginya!
Himpunan Oren yang gagal itu juga memperlihatkan sikap bermuka-muka parti rasis DAP yang menepuk dada sebagai pejuang bangsa Melayu.
Jika benar dakwaan PAS penyenaraian FGVH merugikan orang Melayu, mengapa satu batang hidung pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng tidak kelihatan pada himpunan tersebut?
PAS sanggup bersekongkol dengan parti anti-Melayu itu demi kepentingan politiknya tetapi dalam banyak hal DAP sebenarnya tidak menyokong PAS, termasuklah Himpunan Oren yang dianjurkan.
PAS menghasut warga peneroka Felda untuk menentang kerajaan kononnya atas kepentingan Melayu tetapi mereka lupa melihat diri dalam cermin sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.
Mungkin pemimpin PAS seperti Abdul Hadi, Nik Aziz dan Mat Sabu boleh jelaskan ke mana perginya dana RM50 juta hasil pelaburan 20,000 anggota parti di dalam Koperasi Al-Hilal milik parti itu?
Ke mana lesapnya wang ahli PAS yang sebegitu banyak?
Alasan yang diberi ialah kegagalan pelaburan atau ini hanyalah sandiwara pak lebai untuk menutup skandal pemimpin PAS yang menyonglap wang tersebut?
Bak kata pepatah, PAS ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi; mengata orang itu dan ini, tidak betul, tidak Islamik tetapi diri sendiri penuh dengan kecacatan dan keburukan yang tidak mampu diselindungi lagi.
Kediaman Allahyarham Megat Junid disamun
Banglo milik bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, disamun awal pagi ini oleh tiga orang, dipercayai warga Indonesia.
Seorang pengawal keselamatan turut diikat sebelum ketiga-tiga penjenayah itu menggeledah banglo berkenaan dan melarikan pelbagai barangan berharga dalam kejadian yang berllaku kira-kira jam 5.40 pagi tadi.
Sementara itu Penolong Setiasuaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku keatas bonda beliau.
Lynas: 20,000 VS 28 juta rakyat
Pada 14 Julai lalu, sebuah NGO yang menamakan diri mereka Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan undian di 19 buah bandar dan pekan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mencari jumlah sokongan terhadap usaha mereka menentang operasi kilang Lynas di Kuantan.
Kesemuanya 28 lokasi di Malaysia yang dijadualkan menyertai program tersebut tetapi hanya 19 tempat sahaja yang mengadakan undian manakala tempat-tempat lain mengadakan aktiviti seperti mengumpul tandatangan, piket dan ‘flash mob’.
Undian yang yang bermula pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 9 malam mendapati 20,194 orang mengundi menentang Lynas sementara hanya 6 yang menyokong.
Berdasarkan pengiraaan ini, SMSL di dalam laman web rasmi mereka telah secara tidak langsung seolah-olah mengisytiharkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang Lynas!
Persoalannya, bagaimana SMSL mengira 20,194 sebagai majoriti sedangkan rakyat Malaysia keseluruhannya ialah 28 juta orang? Secara pecahannya pula, dari keseluruhan 19 kawasan membuang undi dan SMSL hanya mampu mendapat sokongan dari lebih kurang 20,000 orang bermakna, secara puratanya tidak sampai 1,000 orang yang menentang Lynas di satu-satu tempat.
Justeru, apakah layak dikatakan 1,000 sebagai suara majoriti setempat? Berapa ramaikah penduduk di setiap tempat membuang undi tersebut?
Hakikatnya, 20,000 dari 28 juta adalah angka yang memalukan bagi SMSL. Lebih buruk, undian juga menunjukkan dari kelompok bangsa yang sama iaitu Cina iaitu tidak menggambarkan pendirian realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Lebih dari itu, apakah jaminan yang proses pengundian yang dijalankan oleh SMSL adalah adil? Bagaimana kita memastikan yang tiada ahli-ahli SMSL yang membuang lebih dari satu undi? Apakah mereka menggunakan dakwat kekal? Sistem Biometrik? Atau menggunakan prosedur apa?
Siapakah yang memantau proses pengundian SMSL? Kenapakah undian dibuat secara ‘main pondok-pondok’ sedangkan di masa yang sama sebahagian besar pihak penganjur memakai baju kuning BERSIH yang kononnya amat mementingkan sistem pengundian yang bersih? Di manakah prinsip undian yang bersih yang dilaungkan mereka jika tiada pemantau dan tiada prosedur rasmi yang diwartakan?
Dan bolehkah kita mempercayai SMSL jika program pengudian tersebut juga dicampur aduk dengan isu kematian Teoh Beng Hock, di mana gambar mendiang menghiasi banner dan kotak undi di dalam program ini? Sedangkan Teoh Beng Hock bukannya meninggal dunia kerana terdedah kepada radioaktif Lynas tetapi kerana terjebak menjadi ‘kunci’ yang boleh membongkar skandal rasuah DAP di Selangor.
Lalu, bagaimana kita mempercayai pihak yang sanggup mempolitikkan kematian ‘orang mereka sendiri’ demi untuk menutup skandal rasuah yang dilakukan oleh parti politik yang disokong mereka?
Semua ini menunjukkan yang SMSL bersikap dwi-standard, tidak adil, tiada integriti, tiada moral sekali gus, tidak layak mempersoalkan apa-apa jua termasuk Lynas.
Kesimpulannya kini, terbuktilah sudah bahawa HANYA 20,000 ORANG YANG MENENTANG LYNAS berbanding 28 juta rakyat Malaysia. Dengan itu, secara rasminya diisytiharkan bahawa SMSL telah kalah atau telah gagal sama sekali. Dan jika benar SMSL memperjuangkan Malaysia yang “adil dan selamat” seperti yang tertulis di banner mereka, maka mereka perlu menerima keputusan demokrasi ini dengan matang dan tenang. Kata orang, dah kalah, buat cara kalah, jangan lagi terkinja-kinja membuat bising, mengganggu semua orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)