Showing posts with label Datuk Megat Firdouz. Show all posts
Showing posts with label Datuk Megat Firdouz. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Kediaman Allahyarham Megat Junid disamun


Banglo milik bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, disamun awal pagi ini oleh tiga orang, dipercayai warga Indonesia.

Seorang pengawal keselamatan turut diikat sebelum ketiga-tiga penjenayah itu menggeledah banglo berkenaan dan melarikan pelbagai barangan berharga dalam kejadian yang berllaku kira-kira jam 5.40 pagi tadi.


Sementara itu Penolong Setiasuaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku keatas bonda beliau.

Saturday, August 27, 2011

Pemuda Edar Kuih Raya Dan Bungkusan Berbuka Puasa Di KL Sentral


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mengedarkan Kuih Raya dan bungkusan berbuka puasa kepada warga kota yang hendak pulang ke kampung di KL Sentral.


Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pengedaran bungkusan tersebut, yang masuk tahun ketiga kali ini, dilakukan menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB).


Turut sama Exco Pemuda, Lokman Adam bersama Datuk Megat, Setiausaha Pemuda turut sama mengedarkan kuih raya kepada warga kota...


Kepada warga kota yang pulang beraya di Kampung semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Saturday, August 20, 2011

Pemuda Buat Laporan Polis Terhadap "Ali Setan"


Masih ingatkah lagi dengan pelakon Ali Setan? Filem kisah nakalnya remaja tahun 80-an yang dilakonkan bersama Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustafa(Ali Setan).


Dulu Ali Setan masa muda nak baca al-Fatihah pun tak pandai, sampailah dia sedar diri dan mula belajar agama. Sekarang dia khabarnya tinggal kat Syria untuk mendalami agama.


Sudah menjadi-jadi trend artis-artis yang baru kenal sejadah lantang bercakap soal agama dan mula meninggikan hidung seolah-olah mereka sahaja pandai dan orang lain bodoh belaka.

Sehubung dengan itu , Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kemarin, Khamis membuat laporan polis terhadap bekas Pelakon filem ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid berkata, laporan polis ini dibuat kerana tindakan Azmil yang berceramah di dalam Masjid An Nur Kg Melayu Subang malam tadi dengan ceramah politik berbaur hasutan yang keterlaluan.

“Dalam ceramahnya, Azmil secara tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah kerajaan yang ada pada hari ini mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah yang berpendidikan Islam.

“Pada masa yang sama, dia mempertikai Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara di mana dia mahu Keluhuran Perlembagaan ditukar kepada Keluhuran Al-Quran Nur Karim,” ujarnya selepas membuat laporan polis pagi tadi.

Tambahnya, dalam ceramah Azmil malam tadi turut menyebut tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang DiPertuan Agong, sebaliknya yang perlu diagungkan hanya tuhan sahaja.



“Kita sedih bila Azmil yang telah berubah dari ‘Ali Setan’ tapi meneruskan budaya ‘setan’ yang menghasut, menabur fitnah dan memecahkan umat Islam dengan ceramah tidak bertanggungjawabnya, walaupun di bulan Ramadhan yang mulia ini.

“Kita juga kesal dengan tindakannya yang berulang kalia menyebut “Melayu Bodoh” dan tidak ada ‘telor’. Apa tujuannya dia sebut perkara tersebut, adakah dia terlupa dia juga bangsa Melayu yang telah mendapat keistimewaan sebagai orang Melayu yang beragama Islam,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Dalam masa yang sama, dia melabelkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai Dasar Ekonomi Bodoh.

“Dia turut mempertikaikan dan mempersoalkan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan Paul Pope (paderi Kristian) baru-baru ini.

“Tindakan Azmil itu ditegur salah seorang jemaah (Tuan Haji Keman) namun Azmil dengan bongkak dan angkuhnya menyatakan segala ibadah menunaikan haji dan membayar zakat Tuan Haji Keman adalah sia-sia belaka.” tambahnya.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan kejadian tersebut beliau turut mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Azmil yang jelas ceramahnya menghasut serta bertujuan memecah belahkan masyarakat selain engkar perintah DYMM Sultan Selangor supaya tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik di negeri Selangor.

Sunday, August 7, 2011

Pemuda UMNO Selar Kerajaan Pakatan Pembangkang Robohkan Asrama Yayasan Selangor

Pen. Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, ini membuktikan kerajaan Selangor tak ambil peduli dan tidak tahu bagaimana nak mengurus tadbir satu Yayasan bagi kemajuan anak-anak Melayu Selangor dari segi pendidikan.

Adakah ini model negeri kebajikan yang sering diwar-warkan pakatan pembangkang? Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan membuktikan mereka kerajaan berkebajikan sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini.

Menurut Datuk Megat, “Menteri Besar, Tan Sri Khalid memandang remeh kewujudan Yayasan ini malah mengabaikan asrama dan pembelajaran anak-anak murid Yayasan, tiada pembelaan darinya.

“Inilah yang saya katakan, inilah kemungkinan modul negeri kebajikan pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR negeri Selangor.”

Asrama Yayasan Selangor selama ini telah memberi khidmat bakti melahirkan insan “khamil”, kini hendak dirobohkan semata-mata dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. Semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan ada pihak mengaut keuntungan peribadi.

“Saya percaya, alasan yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab sekadar “wayang dan lakonan” bagi kerajaan Tan Sri Khalid terus membodohkan rakyat Selangor.

“Tiada pembelaan oleh kerajaan selangor terhadap satu institusi yang cukup murni, yang selama ini menjadi harapan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang pintar tapi kurang kemampuan wang ringgit untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang tinggi. Ini membuktikan Tan Sri Khalid dan kerajaannya tidak ada rasa tanggungjawab sosial kepada anak-anak Selangor ini yang bernaung di bawah Yayasan,” tambahnya. -Pemuda UMNO