Thursday, January 10, 2013

#KL112 Kalau Tak Mau Stadium Merdeka... Boleh Pakai Stadium Bukit Jalil



Mukadimah: Stadium dah bagi... cukup ke untuk sejuta perusuh nak masuk?

12 Jan nanti kita akan lihat orang yang sama berdemo.. yang biasa dapat upah setiap kali puak pakatan adakan rusuhan di ibu kota.. pendek kata tada kebangkitan pon!

Puak pembangkang ni ibaratkan Tin Kosong penuh retorik sahaja!

Agendadaily: Pengurusan Stadium Merdeka menetapkan penganjur himpunan pembangkang Sabtu ini memastikan jumlah peserta tidak melebihi 30,000 orang selari dengan kemampuan kapisiti stadium berkenaan.

Syarat ini mengambil kira kapasiti stadium tersebut yang hanya boleh menampung seramai 30,000 orang bagi memastikan struktur dan harta benda Stadium Merdeka yang diwartakan sebagai hartanah warisan kebangsaan sentiasa dijaga dan dipelihara

Merdeka Heritage Trust dalam satu kenyataan Rabu kata penganjur memohon menggunakan premis itu mulai pukul 2 hingga 5 petang Sabtu ini.

Sementara itu penganjur ada pilihan selain Stadium Merdeka sebagai lokasi himpunan yakni Stadium Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) PSM, Ahmad Halmi Harun dalam satu kenyataan kata pihaknya tiada halangan untuk meluluskan permohonan pakatan pembangkang menggunakan stadium  berkenaan.

Katanya  penganjur bagaimanapun perlu mematuhi prosedur tempahan dan penggunaan selaras dengan kelulusan yang diberi PSM.

Berbanding Stadium Merdeka yang hanya boleh menampung 30,000 orang, Stadium Bukit Jalil mampu isi sampai 100,000 orang.

Kalimah Allah : Hadi dan Khalid Pening Kepala...


Nasib dua pemimpin besar pakatan PAS-PKR-DAP ini nampaknya hampir sama.

Bukan sahaja Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga nampak haru biru berdepan isu kalimah Allah.

Ada cerdik pandai berkata, dalam hidup, mustahil boleh dapat segala-galanya.

Begitu jugalah nasib Hadi dan Khalid yang terpaksa meranduk duri dalam isu yang mencetuskan rasa kecewa dan marah dikalangan ramai orang Islam di negara ini.

Kini sudah termaktub dalam hitam putih pakatan pembangkang sepakat menyatakan kalimah Allah boleh digunakan penganut agama lain.

Bayangkan Hadi sendiri mewakili parti yang mendakwa memperjuangkan Islam 'ditolak' ke depan membacakan kenyataan pendirian  itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang duduki disisinya dalam sidang media mereka, Selasa.

Dan di situ juga Anwar seolah-olah memperkecilkan pendirian dan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bahawa kalimah Allah eksklusif bagi umat Islam.

Ketua Pembangkang itu meremehkan pendirian tersebut dengan memberi gambaran seolah-olah MAIS tiada kaitan dengan kerajaan Selangor pimpinan PKR.

Dalam situasi itu sudah tentu Khalid tersepit antara patuh titah Sultan atau akur pendirian parti berhubung isu itu.

Namun, berdasarkan kenyataan Khalid pada sidang medianya Rabu, Selangor akur dengan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada ketetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010.

"Mengikut warta kerajaan, lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat," katanya.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Khalid seperti tidak ikhlas dengan perakuan itu apabila mengaitkan soal lagu negeri Selangor yang mengandungi kalimah Allah dan turut dinyanyikan golongan buikan Islam.

Khalid sebenarnya mungkin tidak faham atau tidak tahu, bahawa selama ini jika lagu negeri malah NegaraKu dinyanyikan, ada menyanyikannya dan ada pula menghormati dengan bangun atau berdiri tegak.

Ini sama juga dalam program atau majlis apabila ada bacaan doa.

Mereka beragama Islam akan menadah tangan dan mengaminkan manakala bukan Islam diam menghormati doa yang dibacakan.

Tindakan Khalid cuba mengaitkan lagu negeri Selangor seolah-olah mahu menggambarkan, senikata lagu itu juga salah kerana ada Kalimah Allah.

Apapun Menteri Besar Selangor itu enggan mengulas kenyataan Anwar dan keputusan pakatan pembangkang tentang isu itu.

Sendiri mau ingat...kenapa beliau tidak berani buka mulut bab itu.

Manakala Hadi pula lebih tersepit apabila isu itu mendapat tentangan bukan sahaja daripada Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, KetuaPenerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan parti itu tidak akan bersetuju dengan sebarang cubaan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Harun berkata, walaupun penggunaan kalimah Allah dibolehkan untuk bukan Islam namun kalimah suci itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada Bible versi bahasa Melayu.

"(Penggunaan kalimah Allah) bukan tak boleh diguna pakai (oleh penganut Kristian tetapi), saya rujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng nak pakai dalam kitab Bible, nak tukar kalimah 'God' kepada kalimah
Allah yang itu saya tak setuju,” katanya.

Katanya, Dewan Syura Ulama PAS akan bermesyuarat Sabtu ini untuk mengupas isu berkenaan.

Harun berkata, beliau akan membuat kenyataan lanjut selepas mesyuarat berkenaan.

"Saya tak akan buat komen baru kecuali lepas mesyuarat (Majlis Syura),sebelum mesyuarat saya tak komen. Komen (saya) yang lalu masih kekal,”kata beliau.

Bulan lalu, Harun berkata penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

“Agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali menggunakan kalimah suci itu, apatah lagi untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu,” katanya.

Apakah Dewan Ulama akan ubah pendirian selepas mesyuarat Sabtu nanti?

Kalau mengikut perkembangan setakat ini belum nampak lagi kemungkinan itu.

Ketika beban isu Amanat Hadi masih jadi bahan bualan ramai,Presiden PAS itu mungkin boleh ajak Khalid sembang-sembang tentang dilema ini bagaimana hendak keluar dari kontroversi isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh rakan politik mereka yakni Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menerusi perutusan Hari Krismas baru ini.-Agendadaily

Tidak Perlu Huru-Hara Untuk Bela Nasib Rakyat


Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru-hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.

Beliau berkata, ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.

"Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala "Arab Springs", Azraful berkata, ia sangat keterlaluan kerana keadaan di negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda "Arab Springs", termasuk Syria.

Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika "Arab Springs" menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang. - BERNAMA

Himpunan 12 Januari Untuk Menutup Sejarah Hitam Anwar-Shamsidar


12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin malap.

Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin.

Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin.

Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan Anwar gagal.

Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?

Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka.

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….

Kenyataan Presiden Pas Membelakangi Majlis Syura Ulama


Kenyataan dua pemimpin tertinggi PAS yang bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama adalah membelakangi Majlis Syura Ulama PAS, kata Ketua Penerangan Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Hasan Basri.

Katanya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mendahului mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jan ini.

Hasan yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Selangor berkata kenyataan kedua-dua pemimpin itu lebih bersifat politik dan menunjukkan PAS hanya menjadi “pak turut” kepada DAP untuk mendapat undi.

Beliau berkata isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dikhuatiri boleh menyesatkan generasi muda Islam – Bernama

Wednesday, January 9, 2013

Nga Kor Ming Ugut Dan Tabur Duit RM1,000 Untuk Cari Blogger Pisau.net


Apa celop RM1k saja untuk buru blogger ternama? apa kelass lu apek? Lu ingat maruah perjuangan boleh di jual beli kaaa! cee seey yaa! mati aaa!



Sementara itu blogger perak hari ini membuat laporan polis di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Sdr Amir Izwan Abdul Razak dan Sdr Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi

Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net. Baca lagi...