Monday, March 11, 2013

Dulu PAS Membangun Bersama Islam, Kini Membangun Bersama ‘Mak Nyah’


Nampaknya penyakit maksiat yang telah menjadi kurap di negeri Selangor kini telah merebak ke negeri Kelantan... inilah padahnya apa bila PAS berkawan dengan DAP dan PKR... semuanya kini halal beb!

Blog tukar-kelate semalam mendedahkan rakaman makyah di Kelantan sebagai menemplak pentadbiran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mendabik dada kononnya negeri itu berjaya ditadbir olehnya lebih Islamik selama 23 tahun jika dibandingkan negeri-negeri lain.

Rakaman aksi mak yah itu dirakam di Pantai Cahaya Bulan iaitu hanya 11.5 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Menurut kata laman blog tersebut, aksi melibatkan perlakuan maksiat malah lebih menjijikkan ia adalah aksi lelaki yang menyerupai wanita.

Rakaman video di atas adalah aksi yang dirakam dalam sebuah resort di mana pihak penganjur secara terbuka menganjurkan acara pertandingan Ratu Cantik melibatkan 'Mak Nyah', lebih hebat ia setiap minggu diadakan. Selain itu ia turut diselitkan dengan acara nyanyian serta pergaulan bebas melibatkan wanita dan lelaki.

Lebih memalukan lelaki bergaul sesama lelaki.

Apakah sejak slogan 'Membangun Bersama Islam' digugurkan dan digantikan dengan 'PAS FOR ALL' kini PAS bersikap lebih terbuka sehingga acara begini dibenarkan dianjurkan setiap tahun tanpa pemantauan pihak berkuasa?

Sebagaimana kami nyatakan kami mempunyai bukti bahawa terdapat 17 pusat maksiat di Kelantan di mana sebahagian daripadanya dilindungi oleh pihak tertentu. Dua lokasi yang kami dedahkan sebelum ini hanya menghentikan operasi mereka sehari tetapi kini kembali beroperasi.

PAS dulu Membangun Bersama Islam, kini Membangun Bersama Maksiat!

Video url: http://youtu.be/eOBCJ8lapxY

Gambar Terbaru Anwar Ibrahim Jumpa Nur Misuari


Akhirnya, Anwar Ibrahim dikantoikan sendiri oleh kelab penyokongnya dalam Twitter.

Pada 17/7/2012, Anwar Ibrahim ada membuat pertemua sulit dengan Nur Misuari tidak lama sebelum insiden pencerobohan pengganas Sulu.

Gambar di atas menunjukkan Anwar sedang berjalan laju menuju ke satu pertemuan rahsia bersama Nur Misuari. Menurut sumber gambar-gambar lain akan dedahkan selepas ini. Pertemuan rahsia Anwar-Nur Misuari dijalankan secara berasingan dalam majlis tersebut.

Apa lagi yang mahu dinafikan oleh Anwar Ibrahim? Bukan sekeping gambar tetapi sudah ada dua bukti sekarang ini.

Gambar terdahulu

Sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, Anwar sering menyanyikan lagu yang mempersendakan Datuk Seri Najib dimana Anwar Tukar Lirik Lagu "Tanya Sama Pokok.." Isyarat Sabah Bakal Di Ceroboh Pengganas?

Sila perhatikan tarih-tarih di dalam video ini...


Walaupun Anwar sangat berani menyaman Utusan dan TV3, tetapi yang menjadi persoalan, kenapa Anwar takut untuk menyaman pendakwa utama akhbar-akhbar dan media-media online seperti Reuters, Manila Times dan sebagainya.

Malah yang terbaru media Kanada turut mendakwa Anwar Ibrahim adalah dalang pencerobohan Lahad Datu...




Tanya sama Anwar... apa sebab goyang? Nanti jawab Anwar tembelang dah pecahhhhh!


Rakyat Persoal Cadangan Bina Terowong Dasar Laut


Cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk membina terowong dasar laut di negeri ini mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada rakyat khususnya yang melibatkan aspek keselamatan pengguna serta kesan terhadap alam sekitar.

Beberapa peserta majlis dialog mengenai cadangan pelaksanaan projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini, mempersoalkan keperluan pembinaan terowong dasar laut itu.

Tony Phuah, 30an, seorang penyelidik bebas mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tergesa-gesa mengumumkan cadangan pembinaan terowong itu pada waktu yang hampir dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Mengapa projek ini diumumkan dalam masa yang begitu hampir dengan pilihan raya dan adakah sekiranya pembangkang berjaya ke Putrajaya projek terowong ini akan dibatalkan dan kerajaan akan memperkemaskan sistem pengangkutan awam," katanya dalam soalan kepada Guan Eng.

Guan Eng dalam jawapannya berkata cadangan pembinaan terowong itu telah dirancang sejak 2011 bertujuan membantu menyelesaikan masalah kesesakan di negeri ini.

Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu menghubungkan Gurney Drive di pulau ini dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar bertujuan mengurangkan kesesakan serta menambah pendapatan negeri.

Bagaimanapun menurut kajian Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad pembinaan terowong itu tidak relevan kerana infrastruktur yang ada hari ini sudah memadai.

Beberapa peserta lain pula meminta kerajaan negeri memperkemas sistem pengangkutan awam di negeri ini agar lebih cekap.

"Rakyat sudah tidak mahu tunggu lagi. Kerajaan perlu laksanakan segera apa sahaja yang telah dirancang untuk selesaikan semua masalah trafik di Pulau Pinang," kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Michael.

Dalam jawapannya, Lim tetap menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak membantu kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di negeri ini.

"Kita sudah bekerja keras dalam masa lima tahun ini untuk meningkatkan pengangkutan awam tetapi kerajaan BN yang bercadang untuk membina monorel pada 2006 hingga kini masih belum melaksanakannya.

"Tetapi bagi kita monorel itu sememangnya tidak sesuai dibina di sini dan kita akan membangunkan semula trem yang pernah wujud dahulu," katanya.

-AntaraPos

Sunday, March 10, 2013

Video Panas: Anwar Ibrahim MR Mansuh


Mari kita tengok bagaimana Anwar Ibrhaim menghancurkan negara kita video url:http://youtu.be/Tse1vXSAq64

Media Kanada Pula Dakwa Anwar Dalang Lahad Datu



Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan saman ke atas TV3 dan Utusan Malaysia agar tidak mensabitkan nama beliau dalam isu pencerobohan pengganas di Sabah, namun itu tidak dapat menghalang media seluruh dunia melaporkan apa yang mereka rasa benar.

Pendakwaan terpilih ini memang sukar untuk diterima...

Selain media Filipina dan badan perisikan negara itu yang mendakwa Anwar terbabit, terkini, sebuah media berpengkalan di Kanada juga membuat dakwaan yang sama.

Anggota PGA Yang Cedera Stabil, Dirawat Di Hospital Sandakan


Sandakan - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera dalam serangan berselang-seli di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.

Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol yang ditemui selepas melawat anggota terbabit di sebuah hospital di sini berkata kedua-dua mereka kelihatan sihat dan sedang menerima rawatan susulan.

"Kedua-dua anggota itu kelihatan sihat, keadaannya okay dan sedang menerima rawatan daripada doktor. Rakyat Sabah terhutang budi kepada pasukan keselamatan dan mendoakan mereka cepat sembuh," katanya.

Sementara itu ketika ditemui di luar Wad Ortopedik hospital itu, seorang anggota keluarga terdekat Kpl Affendi Rusli, iaitu seorang daripada anggota PGA yang tercedera, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibunya sebelum bergegas ke hospital.

Beliau, yang enggan identitinya dikenali, bagaimanapun tidak dibenarkan melawat Affendi, namun difahamkan anggota dari Batalion PGA Miri itu dihantar ke hospital pada 8.30 pagi dan menerima rawatan daripada doktor pakar.

"Saya dimaklumkan keadannya stabil, boleh makan dan sedang dirawat oleh pakar," katanya.

Tinjauan Bernama di hospital itu mendapati pasukan keselamatan membuat kawalan ketat dan tiada sesiapa dibenarkan melawat anggota berkenaan, kecuali individu tertentu.

Dalam kejadian berbalas tembakan antara 8 malam semalam hingga 4 pagi ini, dua anggota PGA itu mengalami kecederaan di betis dan paha.

- Bernama