Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Rakyat Persoal Cadangan Bina Terowong Dasar Laut


Cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk membina terowong dasar laut di negeri ini mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada rakyat khususnya yang melibatkan aspek keselamatan pengguna serta kesan terhadap alam sekitar.

Beberapa peserta majlis dialog mengenai cadangan pelaksanaan projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini, mempersoalkan keperluan pembinaan terowong dasar laut itu.

Tony Phuah, 30an, seorang penyelidik bebas mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tergesa-gesa mengumumkan cadangan pembinaan terowong itu pada waktu yang hampir dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Mengapa projek ini diumumkan dalam masa yang begitu hampir dengan pilihan raya dan adakah sekiranya pembangkang berjaya ke Putrajaya projek terowong ini akan dibatalkan dan kerajaan akan memperkemaskan sistem pengangkutan awam," katanya dalam soalan kepada Guan Eng.

Guan Eng dalam jawapannya berkata cadangan pembinaan terowong itu telah dirancang sejak 2011 bertujuan membantu menyelesaikan masalah kesesakan di negeri ini.

Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu menghubungkan Gurney Drive di pulau ini dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar bertujuan mengurangkan kesesakan serta menambah pendapatan negeri.

Bagaimanapun menurut kajian Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad pembinaan terowong itu tidak relevan kerana infrastruktur yang ada hari ini sudah memadai.

Beberapa peserta lain pula meminta kerajaan negeri memperkemas sistem pengangkutan awam di negeri ini agar lebih cekap.

"Rakyat sudah tidak mahu tunggu lagi. Kerajaan perlu laksanakan segera apa sahaja yang telah dirancang untuk selesaikan semua masalah trafik di Pulau Pinang," kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Michael.

Dalam jawapannya, Lim tetap menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak membantu kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di negeri ini.

"Kita sudah bekerja keras dalam masa lima tahun ini untuk meningkatkan pengangkutan awam tetapi kerajaan BN yang bercadang untuk membina monorel pada 2006 hingga kini masih belum melaksanakannya.

"Tetapi bagi kita monorel itu sememangnya tidak sesuai dibina di sini dan kita akan membangunkan semula trem yang pernah wujud dahulu," katanya.

-AntaraPos

Sunday, March 10, 2013

Anwar Ibrahim Kecewa Konvensyen Pakatan P. Pinang Hambar


Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang diadakan di Komtar hari ini dilihat agak suram berikutan ramai ahli yang hadir 'lenyap'.

Konvensyen yang dihadiri pemimpin tertinggi PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diserikan dengan ucapan aluan serta ulasan manifesto PR yang diumumkan baru-baru ini.

Antara pemimpin tertinggi yang hadir, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man Mat Aji dan Ketua PKR negeri,Datuk Mansor Othman.

Pada mulanya kira-kira 300 hadirin yang hadir namun dilihat meninggalkan dewan dalam beberapa jam.

Selepas Anwar memberi ucapannya dan meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bertemu ahli parti, hadirin juga dilihat meninggalkan dewan.

Guan Eng dalam sidang medianya selepas konvensyen itu berkata, keadaan itu berlaku berikutan ahli parti kepenatan kerana menghadiri program ulangtahun ke-5 PR di Padang Kota malam kelmarin.

"Dewan didapati kosong kerana jadual PR yang disusun padat bermula malam semalam(kelmarin) iaitu majlis ulangtahun PR 5 yang tamat agak lewat. Banyak ahli penat.

"Saya tidak anggap ia perkara luar biasa kerana jadual kita untuk dua hari ini amat padat," katanya.

Sementara itu,Setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik berkata, ia adalah 'keadaan biasa' dalam mana-mana konvensyen yang diadakan.-Antarapos

Tak payah nak berselindung lagi... Sudah terbukti kepimpinan Anwar Ibrahim ditolak oleh puak pembangkang sendiri.. malah lebih jelas lagi rakyat sudah muak dengan janji manis dan tipu muslihat pembangkang...

Sunday, February 10, 2013

BN Pacak Bendera 1 Malaysia Di Pulau Pinang Sempena Kehadiran PSY Gangnam #gangnammalaysia




Bendera BN 1 Malaysia telah dipasang disepanjang kawasan Parlimen P49 Tanjong sempena menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada petang ini. Namun ura-ura menyatakan pihak DAP telah mengeluarkan arahan supaya bendera ini diturunkan.

Bendera BN 1 Malaysia ini adalah kali pertama dipasang di Pulau Pinang dan sebelum ini tidak pernah dilihat dimana-mana tempat. Ini tranfomasi baru yang dibawa oleh PM yang bakal mengugat Pakatan haram khususnya di Pulau Pinang.

foto - Mat Kilau Pinang

Wednesday, February 6, 2013

DVD Lucah Dijual Berhampiran Masjid P.Pinang


Semenjak "Khalifah" Lim Guan Eng memerintah, semakin banyak gejala buruk menimpa negeri tersebut, yang amat menyedihkan kes jenayah dan maksiat semakin menjadi-jadi di negeri tersebut...

Adakah Guan Eng mahu jadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas seks?

GEORGETOWN - Beberapa pengguna Lebuh Acheh di sini tidak berpuas hati gara-gara adanya cakera padat digital (DVD) lucah dijual secara terbuka di situ.

Pereka grafik, Saifudin Ali berkata, tindakan peniaga berkenaan dianggap kurang sopan dan tidak bermoral kerana masjid terletak kira-kira 200 meter sahaja.

“Bagi saya dan kawan-kawan ini adalah sesuatu yang tidak patut kerana lokasi mereka berniaga pun di hadapan Muzium Kesenian Islam Pulau Pinang, agak kurang sopan.

“Daripada yang kami lihat jika tidak silap, peniaganya orang Melayu, jadi saya berharap supaya ada tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan pada 22 Januari lalu mengenai lokasi yang sama.

Dalam laporan berkenaan, penduduk di sekitar Lebuh Acheh memohon Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau sebuah pasar misteri yang terletak di situ.

Hal ini kerana ada penduduk yang mendakwa lokasi berkenaan dijadikan sebagai tempat kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat tilikan atau ramalan kepada umat Islam.

Perkara tersebut sememangnya berlaku memandangkan ada antara penduduk yang terserempak dengan ‘bomoh’ berkenaan.

Pengadu yang hanya mahu dikenali dengan nama Mat berkata, dia sendiri hairan bagaimana sebuah tempat perniagaan menjadi tumpuan orang ramai ketika pertama kali datang ke lokasi pasar tidak berlesen itu.

Menurutnya, rupa-rupanya seorang lelaki mengaku dirinya bomoh sedang membuat ‘tilikan’ dan bacaan doa.

Difahamkan pasar berkenaan diadakan pada setiap petang Ahad dan dipenuhi dengan pelbagai barangan yang agak mencurigakan.

Pissstttt mamat tu jual DVD lucah Anwar Ibrahim kot hehe...

Monday, October 8, 2012

Memang DAP Mahu Halau Melayu Dari Pulau Pinang


Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang.

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).
Hasil kajian membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.

Strategi disusun kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

“Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang?

Lim Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Sumber: Perak Today

Tuesday, December 27, 2011

Gejala Sosial Di Penang Menjadi Jadi.. Remaja Wanita Dicekup Lentuk Atas Paha Teman Lelaki


Syabas di ucapkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Khalifah Umar Lim Guan Eng... Hari-hari keluar cerita pasal maksiat di Penang!

Setiap hari media melaporkan gejala sosial bertambah di Penang. Rumah urut, pusat hiburan jangan cakap lah... yang ada pada hari ini sudah menyimpang jauh. Rumah urut bukanlah lagi tempat membetulkan urut-urat tergeliat semata, malah tempat urut batin dan dalam masa yang sama ada servis sampingan yang melibatkan hubungan seks.

Kini kita melihat beberapa negeri di bawah kuasa Pakatan Pembangkang, kes maksiat semakin meningkat, gejala sosial meningkat, zina semakin meningkat, HIV semakin meningkat, anak muda juga ramai yang telah mencuba servis di “rumah urut”, ramai pelajar yang bekerja sampingan sebagai tukang urut.

GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan menggunakan alasan sakit kepala ketika dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Dia dicekup akibat berkelakuan tidak sopan di tempat awam dengan baring di atas paha teman lelakinya.

“Kami tidak buat apa-apa ustaz, saya hanya baring di pahanya kerana sakit kepala,” katanya memberi alasan ketika ditanya penguat kuasa.

Kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an itu dicekup ketika bermesra-mesraan di sebuah hentian rehat di negeri ini.

Ketika menjalankan pemeriksaan, mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan di bahagian bahu jalan dengan keadaan yang agak gelap walaupun terdapat lampu beberapa meter dari kawasan itu.

Agak lama juga kenderaan JAIPP berada bersebelahan dengan kereta itu bagi memerhatikan gelagat pasangan muda berkenaan.

Lebih teruk apabila sebuah lagi kereta yang dimiliki sepasang kekasih lain berada di hadapan kereta pasangan yang dicekup JAIPP itu masih tidak berganjak walaupun terlihat anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan.

Lelaki yang ditahan JAIPP itu turut memberikan alasan duduk di tempat yang cerah bukannya gelap gelita.

Namun, penguat kuasa memberitahu ia tetap satu kesalahan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua remaja itu turut diarahkan keluar dari kenderaan mereka bagi membuat pemeriksaan.

Hairannya setelah ditanya kali kedua, si gadis menafikan pula dia sakit kepala sehingga ditegur penguat kuasa kerana memberikan kenyataan berbeza.

Si lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah bertunang dengan teman wanitanya itu.

“Saya sudah bertunang dan sedang merancang untuk berkahwin,” katanya.

Namun, Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan menasihatkan supaya kedua-duanya segera melangsungkan pernikahan bagi mengelakkan sebarang perkara maksiat.

“Jika sekarang sudah bertunang, cepat-cepatlah melangsungkan perkara yang wajib bagi mengelak maksiat,” katanya.

Fikir-fikirkan lah....

Saturday, December 10, 2011

Permis Hiburan 10 Kali Di Serbu Masih Lagi Beroperasi... Ada Kabel Besar Ka?



Kalau nak buka pusat maksiat pergi lah ke Pulau Pinang... 10 kali diserbu pun masih boleh terus beroperasi lagi!

Kenapa bila perkara seperti ini berlaku di negeri pakatan haram, ramai yang tutup mulut? Mana Nurul Izzah? kenapa tak nak kecoh-kecohkan isu ini? Double standard lah you.. Izzah!

GEORGE TOWN: Sebuah pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu.

Gan berkata serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing.

Katanya operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.

"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan pemilik premis itu," kata Gan.

Katanya pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - Bernama

Sunday, November 27, 2011

PERTIGA Desak Guan Eng Tutup Permis Judi


Hari ini Sabaruddin bin Ahmad - Presiden PERTIGA mengadakan sidang akhbar di tepi pantai Jerejak, Persiaran Bayan Mutiara, Pulau Pinang bagi mendesak Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang menutup semua premis judi mesin kuda dan Kafe Internet di seluruh Pulau Pinang.

Seramai 140 orang yg terdiri ahli PERTIGA berkumpul pada hari ini untuk membuat demonstrasi aman kerana terkesan terlalu banyak mesin judi.

Pulau Pinang dikhautiri menjadi mini Las Vegas dan mendatangkan banyak masalah kpd masyarakat spt bunuh diri, pergaduhan rumah tangga, rompak, samun, gaduh yg menyumbang kepada gejala tidak sihat.

PERTIGA telah mengambil lebih kurang 300 lebih gambar tempat mesin judi dan mereka akan meneruskan pemantauan mereka agar kedai mesin judi tidak beroperasi.


PERTIGA juga ingin berjumpa dgn Lim Guan Eng DAP tentang permohonan litar lumba, tetapi telah ditolak oleh lidah biawak DAP itu, sedangkan beliau membenarkan banyak kedai mesin beroperasi.


Jika Guan Eng tidak mengendah permohonan PERTIGA utk membincangkan masalah remaja, maka mereka akan melancarkan demonstrasi besar-besaran.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kpd pihak polis kerana selama ini telah menjalankan banyak operasi untuk membanteras aktiviti mesin judi.


Sumber: MIM

Friday, November 25, 2011

Rasis, Biadap... Polis Siasat ADUN Komtar!


Puak DAP serpihan dari PAP Singapura memang dari dulu lagi kita kenali sebagai parti yang rasis, sombong dan angkuh! Mereka ni pantang berkuasa... Bila berkuasa mereka akan menjadi raja kepada segalanya!

Terbaru, Polis akan mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar Ng Wei Aik berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita terhadap wakil rakyat itu yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata, polis juga akan memanggil beberapa saksi lain untuk direkodkan keterangan mereka.

"Satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat, kita akan panggil mereka yang terbabit dengan kejadian itu termasuk ADUN berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bertemu Pelanggan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang semalam.

Peniaga barangan lusuh, Sarimah Packeer Mohamed, 43, semalam membuat laporan polis mendakwa Ng telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina suaminya seorang warganegara Bangladesh di hadapan orang ramai ketika membuat lawatan ke kawasan kebakaran rumah kedai di Jalan Gudwara kemarin.

Tuesday, September 13, 2011

Update: Lim Guan Eng... Apologise or We Sue For RM30 Million


Penang Umno is demanding an apology from Penang Chief Minister Lim Guan Eng for allegedly accusing that Penang Umno was behind street demonstrations held outside his office and on the Penang Bridge on July 1 and an arson attempt at Penang DAP's office on Aug 17.

Its chief Datuk Zainal Abidin Osman said Penang Umno had sent a notice to Lim demanding an apology within seven days failing which Penang Umno would initiate a RM30 million defamation suit against him.

"If we win the case, we will use the money to help needy people like orphans and single mothers," he told reporters here Tuesday.

He said Penang Umno was not involved in the demonstrations or the arson attempt and that Lim's alleged accusations had tarnished the image of Penang Umno and Umno.

“We call on the police to carry out a thorough, free, fair and without-fear-or-favour probe,” he added.


UMNO P.Pinang Saman Lim Guan Eng RM30 Juta

UMNO P.Pinang Saman Lim Guan Eng RM30 Juta


UMNO Pulau Pinang hari ini akan saman RM30 juta kepada Lim Guan Eng DAP diatas pelbagai fitnah yang dilontarkan terhadap UMNO Pulau Pinang.

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kita ada bukti kukuh dan juga berharap pihak polis akan siasat dibawah kes jenayah S 499/500 kanun keseksaan.

Tuesday, August 23, 2011

Isu Rumah Kos Rendah: Lidah Guan Eng Terus Jadi Kelu Ekkk....


Sehingga kini, selama tiga tahun memerintah Pulau Pinang, kerajaan DAP dilihat gagal membela nasib rakyat termasuklah di dalam isu rumah kos rendah ini.

Tiga soalan yang perlu Lim Guan Eng perlu jawab berkenaan penipuan pembinaan Rumah Kos Rendah di Pulau Pinang. Baca di sini...

Sehubung dengan itu Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin terus mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar tidak menjadi pelakon bisu sebaliknya segera menunjukkan di manakah rumah kos rendah yang didakwanya telah dibina di negeri tersebut.

Tegasnya tindakan membisu Guan Eng hanya akan mengesahkan dirinya sebagai pemimpin yang sentiasa berbohong kepada rakyat.

Guan Eng sebelum ini lantang menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.

Sebaliknya Guan Eng mendakwa telah membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.

Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina.

“Kalau dah buat rumah tersebut mesti ada…kalau ada di mana? Ramai dah cabar Guan Eng tunjuk rumah tersebut tapi sampai sekarang Guan Eng tak tunjuk.

“Mungkin Guan Eng cuba cari rumah itu tapi tersesat tak jumpa sebab itu sampai sekarang dia tutup mulut”, kata Shaik Hussein secara sinis.

Beliau seterusnya berkata tindakan Guan Eng yang terus menyembunyikan kepala itu membuktikan bahawa bukan dirinya saja pemimpin yang tidak bertanggungjawab malah konsep Telus, Akauntabiliti dan Bersih yang kononnya diamalkan pentadbirannya tidak lebih sekadar satu retorik kosong semata-mata”,katanya.

Saturday, August 13, 2011

PAS Pulau Pinang Demo Anti Murtad



Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 40 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Aku masih tidak faham dengan pemimpin atasan parti PAS! Haji Hadi memperjuangkan Islam atau gereja?

PAS Berpecah!! Pemimpin Pas ‘Anwarinas’ Serang Nasrudin!

DAP Larang Azan Guna Pembesar Suara Waktu Subuh


PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.



Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Pelik takkan dengan keputusan diatas kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.

Yang Pasti wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan.

Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Walhal sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam dan ia bukan hanya tertakluk di Pulau Pinang saja tetapi di seluruh Malaysia. Amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-maan pihak kerana ia telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

Jelas telah terbukti bahawa Dap adalah parti politik yang anti Islam dan anti Melayu sejak tahun 1969 lagi dan ia berlarutan sehingga hari ini.

Dap masih sama dari dahulu hingga sekarang cuma formula politiknya hari ini dijelmakan dalam hubungan diplomatik yang akrab dengan kononnya berbaik-baik dalam pakatan Pas dan PKR tetapi agenda mereka tetap sama.