Friday, April 3, 2009

Terima Kasih Pak Lah...

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah bergambar bersama-sama dengan staf di kediaman rasmi beliau di Putrajaya, semalam.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Pertahanan melambai pada majlis perpisahan di kementerian tersebut, semalam.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Negara sekitar 11 pagi semalam selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan baginda berhubung dengan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diarak pada majlis perpisahan di Kementerian Pertahanan, semalam.




Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima tabik hormat pada majlis perpisahan di Kementerian Pertahanan, semalam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diarak pada majlis perpisahan di Kementerian Pertahanan, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Pertahanan memeriksa perbarisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Norhisyam Kamar sebaik tiba untuk diraikan pada majlis perpisahan di sini, semalam. --fotoBERNAMA


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah ketika tiba pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini, semalam. -- fotoBERNAMA


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah bersalaman dengan sebahagian tetamu yang menghadiri majlis makan tengah hari di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. -- fotoBERNAMA

Najib Perdana Menteri keenam, Abdullah dan Jeanne anugerah Tun

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia kenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Upacara yang penuh adat istiadat itu, yang berlangsung di Balai Rong Seri Istana Negara di sini, menyaksikan Najib melafazkan ikrar berbunyi berikut:

"Bismillahirahmanirrahim.Wallahi, Wabillahi, Watallahi.Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala dayaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan juga memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."
"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan diketahui oleh saya sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagai mana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sempurna kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagai mana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

Abdullah dan Jeanne anugerah Tun

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini masing-masing menerima anugerah bergelar "Tun" daripada Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini hari ini.

Abdullah, 69, menerima anugerah tertinggi negara "Seri Maharaja Mangku Negara" (SMN) manakala Jeanne, 55, menerima anugerah "Seri Setia Mahkota" (SSM).

Istiadat penganugerahan itu berlangsung selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

Abdullah, yang dilantik sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003, melepaskan jawatan itu semalam.

Monday, March 23, 2009

Kenapa KJ Menjadi Pilihan Saya

[Dikemaskini : March 23/5:42 pm]
  • BIAR ORANG MUDA JADI PEMIMPIN MUDA
  • BERTANDING DIATAS FAKTOR KEKUATAN DIRINYA SENDIRI TANPA DIPENGARUHI OLEH SEBAB LAIN
  • DIGERUNI OLEH PIHAK LAWAN PEMBANGKANG
  • MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU
  • DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIDATO TERBAIK
  • MEMPUNYAI INTELEK TAJAM DAN KUAT
  • NKP SEMEMANGNYA LAYAK MENJADI KP
  • YANG PERIHATIN DENGAN KEBAJIKAN
  • PEMBAHARUAN DALAM PEMUDA
  • TIADA PROTOKOL

  • Setiakawan
  • PEMUDA UNTUK PEMUDA




Tidak ada sebab beliau yg berjaya melaksanakan tanggungjawab, terpaksa menempuh berbagai dugaan dalam kerjaya politiknya tidak mampu untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Semoga berjaya YB Khairy Jamaluddin


Salam Setiakawan


Salam Perjuangan



BJ



MESTI BACA >[Kamalfarsya blog] KETUA PEMUDA:Kenapa KJ Menjadi Pilihan



May 11, 2008 / Imbas kembali video PRU yang lalu...


Khairy diugut RM100,000.00





Bro Jinggo

Naib timbalan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis terhadap penerbitan buku yang bertajuk “ Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin” kerana telah mengugut beliau dengan bayaran wang sebanyak RM100,000.00. Yahya Ismail yang juga penerbit buku berkenaan telah datang bertemu mengugut Khairy bahawa sekiranya Khairy gagal membuat pembayaran beliau akan menerbitkan buku tersebut. Tujuan buku tersebut diterbitkan ialah untuk dihantar kepada semua perwakilan UMNO Malaysia kerana kandungan buku tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Khairy yang cuba memberi imej buruk kepada perwakilan beliau.

Beliau membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur. Menurut Khairy lagi, Yahya Ismail berkata bahawa beliau ditaja oleh musuh-musuh politik Khairy dalam UMNO sendiri.

Di sini berlakunya ugutan dan khairy menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk pada sebarang ugutan walaupun Yahya meminta beliau membayar sebanyak RM100,000.00 agar buku tersebut tidak dicetak , dijual dan diedarkan kepada perwakilan.

Kata Khairy, beliau mempunyai pendirian bahawa beliau tidak perlu membayar pada buku tersebut kerana, ini ialah ugutan politik dan beliau berpengang pada prinsip beliau bahawa tidak akan tunduk pada mana-mana pihak yang meminta atau memaksa beliau dalam bentuk ugutan black mail untuk memenuhi permintaan mereka sebelum mengeluarkan buku dan juga bahan-bahan yang boleh memburukkan kredibiliti beliau.

Khairy berkata, bahawa penting bagi beliau untuk membawa kepada pengetahuan umum terutamanya kepada perwakilan Pemuda UMNO Malaysia bahawa buku ini sebenarnya tidak ada kredibiliti kerana buku ini ditaja dan kedua tidak ada kredibiliti kerana penulis ini telah meminta wang dari beliau sebelum buku ini diterbit dan dicetak.

Disini kita tahu bahawa ada unsur ugutan secara black mail dan penulis buku tersebut sebenarnya bukan mahu mencari kebenaran sebaliknya mencari keuntungan peribadi. Pihak Khairy telah mengenal pasti mereka yang berada dibelakang penerbitan buku ini. Yang untung adalah Yahya Ismail yang mana telah menerima wang dari mereka yang menaja dan mengharapka agar Khairy pula membayar wang kepada beliau. Inilah kekotoran hidup seorang penulis yang bernama Yahya Ismail.



KHAIRY DI FITNAH LAGI

Writer Yahaya Ismail blackmails KJ

Saturday, March 21, 2009

KJ berpeluang besar untuk menang kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia



Hanya tinggal 4 hari saja lagi pemilihan Pemuda UMNO, semua kem telah bersedia dengan mempertarungkan jaguh masing- masing. Berbagai strategi yang telah diatur bagi memancing undi perwakilan dan segala tugas telah dijalankan oleh jentera masing-masing dan masing-masing mengakui akan memenangi pemilihan Pemuda kali ini. Bila ditanya kem Mukhriz , mereka yakin Mukhriz akan menang dan bila ditanya kepada Kem Khir Toyo mereka yakin Khir Toyo akan menang dan bila di tanya kepada Kem KJ mereka juga yakin KJ akan menang. Apa juga jika kita dengar cakap-cakap dibawah kita akan mendapat raeksi yang berbeza-beza, ada yang mengatakan bahawa Mukhriz telah menggunakan senjata akhir beliau dengan menggunakan pengaruh ayahnya , seperti biasa lah untuk sabotaj dua calon yang lain. Itu kata mereka. Ranking sebenarnya menunjukkan Mukhriz sekarang sukar untuk menang dan itulah sebab beliau terpaksa menggunakan senjata akhir. sejauh mana kebenarannya tidak pula kita ketahui.

Ada juga yang mengatakan bahawa Pemuda tidak akan memberikan kepada Khir Toyo kerana Pemuda mahukan pemimpin segenerasi dan Pemuda mahukan pemimpin yang tidak berkaliber untuk memimpin Pemuda UMNO. Rekod Khir Toyo di Selangor juga menjadi ukuran dan ramai yang mengatakan bahawa faktor ini adalah kelemahan Khir Toyo. Peluang KJ amat cerah kerana belia memenuhi ciri-ciri kepimpinan pemuda UMNO. Beliau menepati ceteria sebagai pimpin Pemuda dan beliau juga adalah di kalangan Ketua Pemuda dan beliau juga adalah penyandang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dari segi susunan jentera juga menyebelahi kepada KJ kerana KJ mendapat pengiktirafan dari Ketua Pemuda UMNO dan beliau yang telah membuktikan bahawa segala gerak kerja dan idea-idea bernas untuk Pemuda datang dari beliau sendiri dan tiada pengaruh dari Pa Lah . Isu lembaga displin UMNO juga , beliau telah mendapat simpati dari perwakilan dan di sini KJ mendapat ‘ advantage ‘ dan kemungkinan besar KJ akan menterjemahkan segala kerja kuat beliau sebelum ini akan berbaloi dan akan mengisi kekosongan Ketua Pemuda UMNO, Selamat Bersidang…

Thursday, March 19, 2009

Kita menghormati Lembaga Disiplin dan kita juga perlu dihormati oleh Lembaga Disiplin




Oleh : tepakberusulam

Lembaga Disiplin UMNO kini menjadi tumpuan dan fokus utama setelah lama agak dingin dan tidak menyengat. Seperti yang dikatakan oleh Rais Yatim , menteri luar , jika kita tidak menghormati Lembaga Disiplin UMNO siapa lagi yang mahu menghormati Lembaga disiplin UMNO. Betul kata Rais Yatim itu, jika kita orang UMNO tidak menghormati Lembaga Disiplin UMNO siapa lagi yang akan menghormati Lembaga Disiplin UMNO. Mungkin Rais boleh berkata demikian kerana bukan Rais yang menghadapi tindakan Lembaga Disiplin , belum tahu lagi samada Rais boleh menghormati Lembaga Disiplin UMNO jika terkena pada batang hidung beliau, oleh kerana menghormati UMNO , Rais yang dahulu membakar jambatan dan menyertai semangat 46 dan kembali kepada UMNO kerana menghormati UMNO. Apa-apa pun itu dahulu, masa berlalu , zaman berubah.

Sememangnya sebagai ahli UMNO kita perlu menghormati lembaga disiplin kerana jika bukan kita menghormati siapa lagi ? Tapi untuk di hormati , Lembaga Disiplin perlu memperlakukan seperti yang perlu dihormati. Baiklah , kita menghormati keputusan Lembaga Disiplin , kita terima kerana kita kena terima, tetapi kita juga tidak mahu menipu. Berapa kerat yang menghormati keputusan Lembaga Disiplin ini ? .Turunlah ke akar umbi dan bertanya kepada akar umbi dan tanya lah pemimpin UMNO , berapa kerat yang menghormati keputusan Lembaga Disiplin ini ? Kita jangan menipu diri kita sendiri. Kita jangan menyumbat perkara buruk di bawah karpet. Lambat laun ianya akan berbau juga. Jika Lembaga Disiplin mahu tahu apa kata akar umbi , eloklah kiranya diperjelaskan agar mereka tahu , apakah sebenarnya yang mereka pertikaikan,

1) Bagaimana Lembaga Disiplin implimentasikan cara memantau dan cara memilih mereka yang mahu disiasat ?

2) Mengapa hanya pemimpin dan calon tertentu saja yang dipilih untuk dibicarakan?

3) Apakah dengan siasatan yang dilakukan oleh Lembaga Disiplin kepada sebilangan calon dan ahli UMNO ini bererti semua yang lain adalah bersih? .

4) Apakah hanya berdasarkan aduan tertentu sahaja Lembaga Disiplin mengambil sebagai kes Disiplin UMNO?

5) Mengapa Ali Rustam , Khairy Jamaluddin , Khir Toyo , Azalina Othman Said, Datuk Norza sahaja yang disiasat? Bagaimana dengan Mukhriz? Muhiyuddin Yassin , Mohammad Mohd Taib , Sharizat , Rafidah dll ? Apakah Lembaga Disiplin telah merasa yakin bahawa mereka - mereka ini bersih walaupun tidak ada sesiapa yang membuat aduan.

6) Mengapa Mukhriz tidak disiasat ? Semua orang tahu apa yang berlaku walaupun Lembaga Disiplin yang tidak tahu , Apa jaminan Lembaga Displin memastikan Mukhriz bersih, Muhiyuddin Yassin bersih ?

Saya setuju dengan saranan Hishamuddin –

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua calon yang bertanding pada pemilihan Umno, termasuk dirinya sepatutnya disiasat. Calon Naib Presiden Umno itu berkata sekiranya ada bukti kukuh maka tindakan daripada Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlulah adil kerana kredibiliti mereka sentiasa diuji.

“Saya harap semua termasuk diri saya sendiri perlu disiasat. Dengan syarat bahawa siasatan itu adil dan tidak ada syak wasangka bahawa calon tertentu sahaja disiasat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Menara Parlimen di sini hari ini.

7) Kenapa hanya yang memberi disiasat dan diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin , kenapa yang menerima dan yang membuat aduan mereka menerima tidak diambil tindakan. Menerima adalah lagi buruk dari memberi.

9) Kenapa yang disiasat adalah orang-orang yang rapat dengan Pak Lah, bermula dengan Datuk Norza , Ali Rustam , Khairy Jamaluddin , saya tidak mahu menyebut Khir Toyo dan kemungkinan besar Azalina akan dipanggil dan sekiranya Azalina disabit kesalahan fasa 10.1 jiga Lembaga Disiplin mengaitkan dengan SU beliau yang ditahan oleh SPRM , sahlah kesemua yang terbabit adalah orang-orang Pak Lah kerana Khir Toyo tela terselamat dari tuduhan.

10) Kenapa baru sekarang , tinggal beberapa hari saja lagi untuk perhimpunan UMNO , baru Lembaga Disiplin mengumumkan keputusan siasatan , kerana untuk membuat rayuan dan untuk Lembaga Disiplin menimbang dan mengemukakan kembali rayuan mungkin mereka ini tidak sempat untuk bertanding. sama macam tidak perlu membuat rayuan.

Tidak keterlaluan saya katakan apa yang berlaku sekarang membuat ahli UMNO bosan dan membuat ahli UMNO takut untuk bersama UMNO dan apa yang berlaku sekarang tidak lebih dari membersihkan UMNO dari ahli-ahli dan bukan membersihkan politik wang dalam UMNO. Budaya yang berlapuk ini tidak mungkin boleh dicuci dalam masa setahun dua. Formula untuk membersihkan politik wang patut dikaji dengan lebih mendalam seperti yang disebut di atas tadi, jangan hanya menghukum yang memberi , hukum juga yang meminta dan menerima. Kesimpulannya , apakah nama -nama yang diumumkan oleh Lembaga Dispilin ini adalah key person yang boleh memulihkan politik wang dalam UMNO. Sejauh manakah keyakinan Lembaga Disiplin UMNO telah membuat satu keputusan yang membolehkan UMNO jadi bersih dengan tersingkirnya Datuk Norza , Ali Rustam , kemungkinan satu dua nama lagi .

Kita simpati dan ahli UMNO simpati dengan mangsa Lembaga Disiplin kerana mereka tahu akan impak yang dihadapi oleh mereka . Walaupun mereka tidak bersalah atau tidak pasti kesalahan mereka kerana mereka dipaksa menghormati keputusan Lembaga Disiplin. Peluang mereka terjejas dan semua kerja keras dihanyutkan saja kedalam longkang dan menanggung malu. Kerjaya mereka akan perlahan-lahan terkubur.

Apa yang berlaku hari ini dan pendedahan Lembaga Disiplin solah-olah menepuk air di dulang, mendedahkan keburukan ahli UMNO dan seolah membuka pekung di dada. Seolah pemimpin UMNO ini sememangnya kaki politik wang , kaki rasuah . lembaga Disiplin UMNO jugalah yang mengesahkan bahawa UMNO ini sebenarnya mempunyai pemimpin yang rasuah. Lihat apa yang terjadi di Melaka apabila pihak pembangkang mahu Ali Rustam disiasat oleh SPRM. Ini masaalah dalaman UMNO , UMNO seolah-olah berbanga dengan mengaibkan Ketua Menteri Melaka berkenaan. Lembaga Disiplin juga yang menghebahkan kepada dunia bahawa ahli dan pemimpin mereka mengamalkan rasuah Mengapa perlu dipanggil sidang akhbar. Apakah hanya kerana mahu menunjukkan bahawa lembaga disiplin UMNO menjalankan tugas. Jika benar mereka menjalankan tugas , jalankan secara menyeluruh. Siasat semua calon termasuk kerusi Presiden UMNO. Kalau setakat secara rambang dan hanya menyiasat yang terpilih sahaja dan bagaikan melepaskan batuk ditangga , tak perlu lah diperbesarkan perkara ini. Memburukkan lagi apaila UMNO melibatkan SPRM didlam rumah tangga UMNO. Sepatutnya Rumah tangga UMNO adalah tanggungjawab UMNO bukan suruhanjaya yang lain. Siapa yang memburukkan UMNO ?

Tiga pilihan raya kecil yang akan jalan serentak, setelah kalah dalam dua pilihan raya kecil yang lalu , apakah kita mampu tewas lagi. Senjata dan peluru telah pun disediakan oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk menembak UMNO itu sendiri. Apakah kita mampu untuk tewas lagi . Apakah terlarat tentera UMNO berperang dan mengharungi peluru pembangkang dan diikuti oleh peluru yang dibekalkan oleh lembaga disiplin itu sendiri. Bila UMNO mahu berubah? Bila UMNO mahu menjadi bijak kerana pembangkang nampaknya lebih bijak dari kita sekarang. Semakin hari semakin kita robek kan kubu kita sendiri, lama-lama UMNO hanya tinggal pemimpin dan lembaga disiplin sahaja.

Bukalah mata , bukalah telinga , turun lah sendir idan dengar rintihan ahli UMNO. Ini adalah satu teguran ikhlas buat UMNO kerana saya sayangkan penulis sayangkan UMNO dan penulis malu melihat kemelut UMNO yang tiada henti. UMNO perlu direformasikan segera. Jangan punahkan UMNO dan janganlah lagi menanam kebencian rakyat kepada UMNO, dengarlah apa yang dirintihkan oleh rakyat kerana tanpa rakyat apa yang akan tinggal pada UMNO.

Dipetik dari www.tepakbersulam.com