Wednesday, April 8, 2009

Barisan Kabinet Baru



Peralihan tampuk kepimpinan teraju Negara telah pun berjalan dengan jayanya dimana Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak telah menggantikan Tun Abdullah Badawi dalam satu proses yang lancar dan tertib.

Namun demikian, semua pihak bukan sahaja penganalisis politik malahan rakyat keseluruhannya menantikan pula barisan kabinet yang akan menjadi pendukung kepada kepimpinan Datuk Seri Najib.

Semua pihak sedar bahawa dengan pelantikan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac dan seterusnya Perdana Menteri pada 3 April lalu akan membawa satu era baru untuk menyuburkan semula perjuangan yang longlai khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Sesungguhnya, kepimpinan yang sebenar sebagai tampuk Negara hanya akan lengkap sepenuhnya apabila selesainya pelantikan dan rombakan kabinet yang akan dibuat.

Lantaran itu, pelbagai pihak menantikan kata putus yang akan diumumkan oleh Datuk Sri Najib bagi mengisi barisan kepimpinan dengan perancangan untuk terus memperkukuh dan memperteguh parti.

Tidak kurang juga ada pihak yang mula membuat spekulasi berkaitan hal tersebut dengan menamakan Si Polan dan Si Polan serta kementerian itu dan ini untuk orang-orang tertentu.

Sedang pihak media pula terus-terusan memaparkan makluman berkaitan kunjungan ketua-ketua pemimpin parti komponan ke pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Sebelum ini wujud spekulasi bahawa Najib kemungkinan mengecilkan saiz Kabinet dengan beberapa kementerian mungkin digabungkan bagi memastikan keberkesanan pentadbiran baru.

Dalam hal ini, siapa pun yang akan dilantik membarisi Menteri Kabinet di bawah teraju Perdana Menteri, Datuk Sri Najib, pastinya kepimpinan yang ampuh dan teguh diharapkan untuk mengemudi kegemilangan negara di masa hadapan dalam merialisasikan hasrat Misi Nasional dan Wawasan 2020.

Kini terdapat seramai 32 anggota Kabinet dengan 27 kementerian dan hampir dua pertiga anggota Kabinet yang dilantik adalah daripada UMNO, parti komponen terbesar daripada gabungan 13 parti, kerajaan Barisan Nasional.

Antara pemimpin yang telah mengunjungi Perdana Menteri ialah Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat;Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu; Presiden PPP, Datuk M. Kavies dan Presiden Gerakan, Datuk Koh Soo Kun.

Sumber : UMNO ONLINE

Kemenangan Pakatan Rakyat di dua bukit tidak memberi apa-apa keuntungan pun...

Pakatan tak untung apa BN tak rugi apa !

Apa juga keputusan yang telah diputuskan oleh rakyat kita perlu menerima nya dengan hati yang terbuka kerana negara ini adalah negara demokrasi dan kita tidak mahu menjadi pembangkang yang tidak boleh menerima kekalahan , sore looser. Mereka menang dan tidak menang semua , kita hanya kalah 2,789 undi di Bukit Gantang dan kalah 2,403 undi di Bukit Selembau, namun keputusan ini tidak merubah apa-apa kerana mereka menang ditempat mereka dan kita menang di tempat kita.

Keputusan ini tidak merubah mana -mana kerajaan , Perak , kedah mahupun kerajaan Malaysia. Anwar juga tidak boleh menjadi Perdana Menteri dengan kemenangan ini mahu pun Nizar tidak boleh menjadi menteri besar Perak dengan kemenangan ini. Penyokong BN tidak rugi apa-apa dan penyokong pembangkang tidak untung apa-apa.

Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi. Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.

Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi. Daripada pertambahan undi tersebut, BN memperolehi tambahan undi sebanyak sekitar 60 undi dari DUN Kuala Sepetang yang majoriti pengundinya kaum Cina berbanding undi yang diperolehi pada pilihan raya umum Mac 2008,

KPMU.NET

Tuesday, April 7, 2009

BN menang besar di Batang Ai



Kemaskini 22:29 PM

BN Menang besar di Batang Ai, BN menang lebih dari 806 majoriti undi yang pernah mereka perolihi pada pilihan raya 2006. Jelas PKR tidak boleh bertapak di Sarawak.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan sehingga pukul 6.40 petang ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 2,605 undi berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 1,281 undi.

Proses pengundian dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai ditutup tepat jam 5 petang ini.Bagaimanapun beberapa pusat pengundian di Batang Ai ditutup lebih awal kerana jumlah pengundinya tidak ramai.Sehingga jam 4 petang tadi, jumlah pengundian di DUN Bukit Selambau ialah 71.2 peratus. KPMU akan mengulas keputusan yang akan diumumkan.

Batang Ai - BN sudah mengatasi PKR

Bukit Gantang - BN masih mendahului - ada tentangan 50/50

Bukit Selembau - Insya Allah milik BN

Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

Polis menahan dua orang kerana menahan bas yang membawa perayu yang dikatakan sebagai Pnegundi Hantu , namun pois menafikan. Mereka adalah perayu undi - kurang ajar tuh orang PKR ini , ingat bapak dia beri dia kuasa nak tahan tahan orang. Padan muka mereka ditanhan oleh polis kerana menghalang hak awam.

Batang Ai - BN mendahuli dgn 31 undi - BN 331 PKR 300
Ulu Engkari - BN 42, PKR 33
Bertik - BN 107, PKR 47
Sempang - BN 37, PKR 52
Delok - BN 86, PKR 21
Mengiling - BN 59, PKR 147


9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.



Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.