Thursday, April 9, 2009

Tahniah Diucapkan Kepada Barisan Angota Kabinet Baru



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini kecuali Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Ibrahim dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.


Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.


Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan belia dan sukan.



Turut dilantik ialah ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).


Manakala para menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.



Nota BJ : Perjuangan tetap diteruskan bagi memantapkan lagi perjuangan UMNO!!!


Salam Perjuangan

Salam Setiakawan

BJ

Enam senator baru angkat sumpah petang ini.





Menjelang pengumuman senarai kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini, enam orang - yang dipercayai turut disenaraikan - akan mengangkat sumpah sebagai senator petang ini.

Mereka ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Ketua Pemuda Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, bekas timbalan menteri kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dewan Negara telah mengeluarkan notis mengenai upacara mengangkat sumpah senator baru itu petang ini.

Selepas gagal mempertahankan Parlimen Lembah Pantai dalam pilihanraya umum lalu, Shahrizat telah dilantik sebagai penasihat kepada perdana menteri dalam hal ehwal wanita.

Dalam pemilihan baru ini, beliau menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyandang jawatan ketua Wanita Umno.

Awang Adek adalah bekas penolong gabenor Bank Negara. Beliau mula bergiat serius dalam politik apabila dipilih sebagai timbalan Ketua Umno bahagian Bachok pada 2001.

Beliau turut diamanahkan memegang jawatan bendahari Umno Kelantan pada 2003 dan turut dilantik sebagai ketua penaja Umno Bachok.

Awang Adek memenangi kerusi Parlimen Bachok dalam pilihanraya umum 2004 dan dilantik sebagai timbalan menteri kewangan. Bagaimanapun, beliau tewas dalam pilihanraya umum 2008.

Manakala Chew merupakan timbalan menteri di kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, yang pernah diterajui oleh Shahrizat.

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula merupakan seorang ahli perniagaan dan pemimpin Umno dari Wilayah Persekutuan.

Manakala Jamil Khir pula merupakan pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu difahamkan, dalam satu perkembangan yang berkaitan, peruntukan kuota empat menteri untuk MCA dikekalkan, walaupun sebelum ini, timbul kebimbangan yang jumlahnya akan dikurangkan.

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.



Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.

Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

"Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman," katanya.

Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Peguam Sirul - Hasnal Rezua Merican - berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.