Sunday, February 21, 2010

Desakan Ahli Parlimen Australia gugur kes liwat Anwar….ini pendirian Haji Hadi



Aganda Daily hari ini melaporkan, tidak dapat dipastikan samaada Datuk Nik Aziz Nik Mat setuju atau tidak… tetapi itulah pendirian Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Presiden PAS itu menyuarakan pandangannya tentang isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia agar kerajaan mengugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen kawasan Marang,Terengganu menegaskan beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat Marang Jumaat beliau bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

"Campur tangan asing tak boleh, tapi dalaman sendiri mesti ada kehebatan," katanya.

Menurutnya Malaysia perlu mengkaji dengan teliti faktor yang mendorong tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia cuba campur tangan dalam kes liwat Anwar.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki segala kelemahan mencakupi sistem perundangan dan kehakiman negara ini bagi menjamin keutuhannya sekali gus terselamat daripada menjadi sasaran pihak asing.

"Saya rasa jika kita adil dan ikut konsep yang tepat, kita ada kehebatan dan pihak asing tak berani campur tangan. Mungkin kita ada kelemahan yang beri peluang orang asing campur tangan.”katanya.

Sementara itu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas pendirian Hadi selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur,berkata,"nampaknya Presiden PAS amat memahami akan keadaan yang sebenarnya bahawa sebagai sebuah negara berdaulat, maka apa yang kita lakukan adalah hak kita.

"Dan mereka dari negara lain perlu mematuhi proses perundangan dan juga peruntukan perlembagaan di mana keluhuran perlembagaan dan keadilan untuk semua serta pengasingan kuasa adalah merupakan tonggak dalam sistem perlembagaan negara dan semua negara mesti menghormatinya tanpa memperlekehkan kita dengan membuat sendaan yang tidak berasas sama sekali."

Najib berkata kenyataan Hadi itu menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan pendapat anggota Parlimen Australia itu yang mendakwa bahawa pendakwaan kes liwat terhadap Anwar adalah satu tindakan politik ataupun perbicaraan politik.

"Kita tidak pernah bersikap sedemikian dan kita akan tentukan prinsip adil akan berlaku bagi kesemua yang terlibat termasuk dalam kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan dapat perbicaraan yang adil...itu yang akan kita boleh bagi jaminan," katanya.

Friday, February 19, 2010

LGE Samseng Jalanan! PENIPU!

Cukup biadap Cina, Lim Guan Eng ni... Kenapa kau nak sembunyikan fakta sebenar di sebalik dakwaan kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun ini.

Ini kerana, jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu didakwa hanyalah RM11 juta, lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.

Peruntukan RM24.3 juta yang dinyatakan kerajaan negeri sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi agama Islam.

Bajet pengurusan berjumlah RM13 juta adalah bajet mengurus yang diperuntukkan secara tahunan untuk membayar emolumen termasuk gaji kakitangan agensi di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam.

Jadi, jika ditolak (RM13 juta) daripada RM24 juta, peruntukan sebenar hanyalah RM11 juta. Nampaknya, fakta-fakta yang diberikan tidak jelas malah menimbulkan keraguan!

Jawab LGE! Jawab!!!

Khairy desak Guan Eng beri penjelasan


Penafian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai pembatalan perarakan sambutan Maulidur Rasul di negeri itu mula menjerat leher sendiri.

Ia ekoran pendedahan surat bertarikh 5 Februari yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir, mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri yang dengan jelas menyatakan bahawa majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta penjelasan daripada Guan Eng mengenai kesahihan surat berkenaan yang menurutnya turut dimuat naik ke laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP).

"Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan Guan Eng bahawa sambutan (Maulidur Rasul) kali ini akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut bermula daripada 25 Februari 2010.

"Namun, Pemuda UMNO ingin bertanya kepada Guan Eng kesahihan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyatakan Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pulau Pinang memutuskan untuk membatalkan perarakan tradisi Maulidur Rasul dalam mesyuaratnya 3 Februari lalu.

"Guan Eng harus menjelaskan perkara ini dengan telus dan jujur sebagaimana cogan kata bagi pentadbiran beliau yang menjurus kepada tema Cekap, Akauntabiliti dan Telus," katanya dalam laman blog beliau http://www.rembau.net.my/.

Menurut Khairy sekiranya laporan itu benar, pembatalan perarakan itu yang merupakan amalan tradisi bagi seluruh Umat Islam di negara ini, adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan juga umat Islam di Pulau Pinang.

"Pembatalan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia seakan menidakkan kehendak rakyat Pulau Pinang beragama Islam berarak bagi menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah.

"Malah ia juga adalah satu gambaran yang langsung tidak memahami dan menghormati sensitiviti masyarakat majmuk dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia," ujarnya.