Tuesday, April 13, 2010

Pemuda UMNO jangka provokasi di Ijok akan berulang di Hulu Selangor



Peristiwa provokasi penyokong parti pembangkang semasa hari penamaan calon pilihan raya kecil Ijok 2007 dijangka berulang sekiranya tidak ada tindakan tegas diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil P94 Hulu Selangor 25 April ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar sememangnya menjangkakan sepanjang kempen di kawasan pilihan raya kecil ini suasananya ‘panas’ dan provokasi kali ini cukup hebat kerana situasi politik yang agak hangat ketika ini.

Beliau menjawab soalan wartawan di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Jumaat.

Khairy berkata, “saya jangka provokasi kali ini agak hebat sebab suasana politik memang hangat, saya dan Datuk Razali (Naib Ketua) akan pastikan di peringkat Pemuda BN akan mengikut disiplin dan peraturan SPR.”

Menurutnya, “kita tidak mahu apa-apa pergaduhan atau insiden yang berlaku kerana tumpuan kita adalah pengundi bukannya jentera pembangkang. Kita kena ingatkan pada jentera kita bahawa tumpuan kita adalah pengundi bukannya nak cari gaduh dengan pembangkang.”

Tetapi, katanya, “yang pasti pembangkang akan buat segala bentuk provokasi, saya minta SPR ambil tindakan, contohnya hari penamaan calon, mereka akan buat isyarat-isyarat yang tidak boleh kita terima seperti melambai wang kertas, gambar-gambar memburukkan pemimpin kita, patung dan sebagainya, ini kena ambil tindakan”.

“SPR kena serius terhadap bentuk provokasi seumpama ini, sesuatu yang menghina pemimpin kita akan memberi kesan kepada penyokong kita walaupun kita sudah meminta supaya berdisiplin tapi situasi ini akan menyukarkan kita mengawal keadaan emosi penyokong,” tegasnya.

Beliau berharap SPR adakan peraturan yang jelas termasuk juga poster, bendera dan ‘banner’ yang dinaikkan masa pilihan raya tersebut kerana sebelum ini perkara tersebut tidak diambil tindakan tegas oleh SPR”.

Mengulas persiapan pembangkang menggunakan cakera padat (CD/VCD) yang dirakamkan serta diedit bagi memberi gambaran sikap kerajaan yang tidak adil dan demokratik semasa sesi Parlimen sekarang bagi tujuan kempen pada pilihanraya ini, Khairy berkata, “kita pun ada juga, jangan kita ingat apa yang dibangkitkan dalam Parlimen itu semua pro pembangkang, banyak ucapan yang dibuat di Parlimen terutamanya dari Ahli Parlimen Bebas telah menelanjangkan pembangkang, kita akan bawa juga. Saya rasa tidak ada masalah dari segi perang saraf itu”.

Khairy memberitahu mesyuarat Exco Pemuda UMNO telah berbincang persiapan jentera Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor kini berada di tahap yang baik dan gerak kerja kempen akan mula selepas penamaan calon yang melibatkan banyak program pemuda dengan mensasarkan pada pengundi-pengundi muda yang dianggarkan hampir 20,000 orang.

Menurutnya,12,000 pengundi muda lelaki akan dekati dengan pelbagai program penerangan, ceramah, lawatan ke rumah dan program kebajikan.

Pada Ahad ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turun beramai-ramai ke Hulu Selangor untuk mengagih tugas mengikut peti undi di mana setiap Exco akan menjaga satu peti undi dan akan bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang juga telah ditugaskan menjaga peti undi masing-masing.

Mengulas mengenai calon, Khairy berkata, “Pemuda UMNO menghormati keputusan Presiden yang memutuskan kerusi itu ditandingi oleh calon MIC, ia melambangkan perpaduan dan muafakat dalam BN, ia juga benar-benar melambangkan konsep 1Malaysia.”

Katanya, “walaupun kawasan ini majoriti Melayu dan ada juga permintaan dari kalangan pemimpin UMNO tempatan untuk dicalonkan seorang dari UMNO atau Melayu tetapi kita tetap dan tegas dengan perkongsian kuasa formula BN.”

Menurut Khairy, “kita harap PM diberi kebebasan memilih calon paling sesuai dan kita harap calon dipilih itu adalah calon mesra kepada orang muda iaitu pengundi muda”.

Menurutunya, walaupun pengundi muda tidak sampai 50 peratus dari jumlah pengundi Hulu Selangor tetapi berdasarkan kajian pengundi muda ini bakal menentu pilihan raya tersebut. Sebab mereka ini boleh ‘swing’ dari satu parti ke satu parti.

“Pengundi muda akan melihat pada isu calon dan kempen berbanding pengundi dewasa yang dilihat lebih setia pada parti. Kita berharap PM boleh memilih seorang yang mesra dengan pengundi muda tetapi tidak semestinya muda tetapi boleh diterima pengundi muda,” tambahnya.

Ditanya strategi menghadapi kempen fitnah pembangkang, Khairy berkata, “kita kena ada satu saluran penerangan yang berkesan, sebab bermacam isu, tuduhan terhadap kerajaan dan parti akan dibangkitkan, pemuda akan menghadapinya dengan beberapa ceramah besar atas pentas pemuda dengan undangan penceramah hebat yang boleh bagi ‘inside story’ kepada apa yang berlaku dalam PKR. Penceramah Bebas akan dijemput tetapi tertakluk pada kesudian mereka untuk menceritakan pada rakyat tentang pengalaman mereka dan kenapa mereka meninggalkan parti”.

Khairy juga menafikan desas-desus adanya sekumpulan pemuda yang ingin membantah calon MIC di Hulu Selangor namun sekiranya ada pun mungkin ia sekumpulan kecil.

“Saya sudah mendapat sokongan daripada Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor yang telah memberi sokongan keputusan tersebut dan ianya tidak menjadi masalah,” jelasnya.

Ditanya kemungkinan bantahan itu berlaku, Khairy menegaskan, “kita akan lihat siapa yang berani buat dan kita akan tangani masalah ini, ianya bukan satu masalah besar tapi mungkin juga ianya agenda pembangkang, taktik mereka”.

Beliau umumkan Pengarah pilihan raya Pemuda BN adalah Naib Ketua Datuk Razali Ibrahim bersama pemimpin pemuda parti-parti komponen dengan mengambil pendekatan bersepadu sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Khairy juga menyifatkan tindakan pembangkang sebagai menjilat ludah sendiri apabila turun ke Hulu Selangor memberi pelbagai kelulusan ‘buah tangan’ kepada penduduk Hulu Selangor termasuk memberi kelulusan geran tanah padahal sebelum ini mereka menuduh BN turun ke kawasan pilihan raya memberi pelbagai bantuan kepada pengundi.

“Sekarang tengok siapa yang bagi, sejak seminggu lepas Menteri Besar Selangor dan para exconya berkampung di Hulu Selangor setiap hari memberi bantuan tunai, lulus geran tanah dan macam-macam lagi kepada pengundi Hulu Selangor,” katanya.

Ketika ditanya pendirian Pemuda UMNO dalam isu APCO, Khairy menjelaskan bahawa Pemuda UMNO menerima jawapan yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengenai isu tersebut.

“Kita melihat isunya, bukan soal kerajaan ambil pakar runding kerana kerajaan memang sering ambil pakar perunding dari mana-mana pun tetapi isu sebenar adalah bahawa Ketua Pembangkang telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan APCO dengan Israel melalui Satu Israel dengan 1Malaysia yang jelas tidak dibuktikan,”

“kita akan hanya mendapat gambaran yang jelas apabila usul untuk merujuk Ketua Pembangkang kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibentangkan pada 22 April ini. Perkara ini dimasukkan dalam jawatankuasa hak dan kebebasan, di situ boleh dibentangkan segala bukti dan sekiranya tidak ada, maka kerajaan tidak ada pilihan terpaksa mengambil tindakan terhadap beliau jika tidak rakyat akan tertanya-tanya,” jelasnya.

Mengulas dakwaan mengatakan rakyat menolak gagasan 1Malaysia, Khairy memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mendapat tahap sokongan 68 peratus baru-baru ini berbanding 44 peratus semasa baru menjadi PM.

Menurut Khairy, “dalam kajian BN Youth Lab yang akan diumumkan dalam masa terdekat menunjukkan bahawa di kalangan pengundi muda pun telah mencapai tahap keyakinan kepada BN jauh lebih baik daripada tahap keyakinan kepada pembangkang.”

Katanya, “1Malaysia, di Hulu Selangor, walaupun kawasan majoriti Melayu kita masih meletakkan calon dari kaum India sedangkan pembangkang tidak berani.”

“Saya cabar PKR meletak calon dari kaum minoriti di kawasan itu, sebab dia kata tidak penting sama ada dari kaum Melayu, Cina ataupun India maka saya cabar letaklah calon dari kaum India di Hulu Selangor kalau ingin menunjukkan mereka lebih dari ‘multiracial approach’ ,” ujarnya.-10/4/2010

Sumber: Agendadaily


Komen dari KJFC Facebook

Thursday, April 8, 2010

Nyahkan spesiess lidah bercabang dan mengkarung yang pandai tukar warna dari memasuki Dewan Rakyat!!!!


Karpal Karam (DAP - Bukit Gelugor) hari ini digantung selama 10 hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana bertikam lidah dan menuduh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang diktator. Tapi siapa yang diktator sebenarnya!!!!!!!

Perangai Pakatan Rosak ni semuanya sama jer.. Hantar jer dia org ni bersidang dalam zoo, abis cerita...


Baca lagi...

MIC bertanding di PRK Hulu Selangor - DS Najib..


Tak kiralah siapa wakil dari MIC atau UMNO yang akan diletakkan sebagai calon pada PRK di Hulu Selangor, Perjuangan tetap akan di teruskan!!! Tumpukan untuk kemenangan!

Keputusan yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat atas semangat setiakawan dalam BN. Berilah kepercayaan kepada PM untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja!!! Berjuanglah untuk parti, bukan atas kepentingan seseorang!!

Elakkan mengkhianati parti dan sabotaj kepada parti sendiri. BN mampu berubah... Sedia GEMPUR!!!!!

Friday, April 2, 2010

PRK HULU SELANGOR... GEMPUR!!!



Pilihan Raya Hulu Selangor: Penamaan 17 April, Pengundian 25 April:

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.

SEDIA GEMPUR!!!! SEDIA GEMPUR!!!! SEDIA GEMPUR!!!!

Baca lagi...

Thursday, April 1, 2010

NIZAR BERJAYA MEMBUKTIKAN PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL DAN RENDAH AKHLAK.. PAS FOR ALL....


KECOH... KECOH..KECOH!!!

"Sidang terus jadi ‘pasar borong’ tidak lama selepas bermula jam 10 pagi. Semua Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang bertindak keluar dari sidang pada jam 11 pagi selepas buat kecoh pertikai itu ini hingga keadaan jadi riuh."

Terjerit terpekik terlolong!
Macam budak baru masuk sekolah darjah satu!
INI LAH WAJAH PENDERHAKA DAN PENGKIANAT... DIA INGAT UNDANG-UNDANG & MAHKAMAH DIA YANG PUNYA KA???..

Tuesday, March 30, 2010

KJ kasi bongkar! Tokoh Apco sahabat Anwar juga


Oleh: Salhan K Ahmad

Ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap selektif dalam mendedahkan maklumat mengenai Apco Worldwide sedangkan ketua umum PKR itu juga didakwa mengenali dan bersahabat dengan tokoh-tokoh dalam syarikat perunding tersebut.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata, maklumat berkenaan tidak didedahkan Anwar yang ingin membina imej yang baik di gelanggang antarabangsa.

"Kita mendengar penjelasan daripada ketua pembangkang mengenai Apco yang saya kira satu hujah yang panjang bahawa Apco dikaitkan dengan rejim Israel dan keselamatan negara terancam apabila Malaysia mengupah Apco sebagai perunding komunikasi.

"Persoalan tentang fungsi Apco dan 'terms of reference' mereka, biar kerajaan jelaskan. Hari ini saya ingin dedahkan perkara yang tidak didedahkan oleh Anwar.

"Dia kata Apco ada hubungan dengan rejim Zionis Israel, tapi saya ingin katakan, majlis penasihat antarabangsa Apco mempunyai ramai personaliti yang ada kaitan dengan Anwar. Ahli majlis penasihat antarabangsa ini ada kaitan peribadi dan professional yang kuat dengan Datuk Seri Anwar," katanya.

Beliau turut menamakan enam daripada tokoh berkenaan yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Anwar.

Katanya lagi, Anwar juga gagal menjelaskan bagaimana Apco terlibat menasihati negara dalam membentuk gagasan 1Malaysia.

"Apa yang dilakukan oleh Anwar ini berbeza daripada apa yang ditimbulkan oleh (ahli parlimen) Kota Belud. (Ahli parlimen) Kota Belud membangkitkan isu bahawa Apco ialah pencipta 1Malaysia ini tidak dibuktikan.

"Apa yang dipertikaikan ialah soal 'timing' dan apa-apa lagi, tapi tidak ada bukti, tidak ada satupun bukti bahawa Apco bertanggungjawab ke atas pembentukan 1Malaysia," katanya lagi.

Menurutnya, Anwar juga gagal membuktikan bahawa Apco terlibat menasihati Ehud Mubarak berkaitan 1Israel, yang turut ditimbulkan oleh ahli parlimen Kota Belud sebelum ini.

Jelasnya lagi, 1Malaysia mula disebut oleh Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sulung sebaik menjadi perdana menteri pada April tahun lalu, sedangkan kontrak lantikan Apco itu dibuat pada Ogos.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas Anwar menyampaikan penjelasannya, Khairy juga berkata tindakan itu merupakan taktik daripada pembangkang untuk mengalihkan perhatian daripada masalah dalaman mereka.

Katanya lagi, Anwar mengaitkan kerajaan dengan isu Apco untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu-isu yang menyentuh peribadi ahli parlimen Permatang Pauh itu.

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah untuk mengalih pandangan terhadap usaha melobi di peringkat antarabangsa yang dilakukan Anwar untuk mendapatkan sokongan ke atas kes mahkamahnya.

"Dia sedang menggerakkan tekanan antarabangsa. Dia pergi ke UK, surat daripada MP Australia... perjumpaan dengan bekas naib presiden AS Al Gore di UK, semua ini untuk mengalih perhatian dan menunjukkan bahawa dia sedang mendapatkan sokongan antarabangsa, yang dia mungkin akan terhutang budi pada masa depan," katanya lagi.

Mengulas mengenai peranan Ethos Consulting pula, yang dibangkitkan Anwar terdahulu, Khairy berkata, perkara itu sengaja dibangkitkan oleh Anwar untuk memburuk-burukkan imej beliau.

Anwar berkata, antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan Apco ini diperkenalkan kepada perdana menteri oleh Omar Mustapha, penasihat perdana menteri, yang menurut Anwar, juga teman lama ahli parlimen Rembau dan rakan kongsi dalam firma perunding Ethos Consultancy.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau tidak menafikan mengenali Omar Mustapha.

"Itu anda kena tanya Mustapha. Adakah saya kenal dia, ya. Adakah kami pergi ke universiti yang sama, ya. Adakah saya bekerja dengan dia? Tidak. Adakah saya tahu apa yang beliau lakukan, tidak. Itu hanya untuk memburukkan nama saya," katanya.

Ketika ditanya, beliau juga berkata kerajaan perlu menjelaskan mengenai bentuk maklumat yang diberikan kepada Apco.

"Biasanya, maklumat ini cuma statistik yang boleh diperolehi di domain awam, mungkin tidak didedahkan dan diberikan kepada pelabur asing dan sebagainya.

"Itu kita kena tunggu jawapan daripada kerajaan. Itu bukan tugas saya. Tugas saya ialah untuk mendengar (ucapan) Anwar dan beritahu apa yang tidak diberitahu oleh Anwar," katanya lagi.

Terdahulu, Khairy berkata kerajaan tidak mungkin akan mendedahkan rahsia negara kepada agensi yang diupah seperti itu.

"Jika itu berlaku, kita juga akan bantah. Apa dia agensi perhubungan awam ini? (Mereka) hendak bawa konsep 1Malaysia tapi untuk memastikan gambar yang diberi kepada pelabur asing itu betul mengenai Malaysia. Inilah yang dilakukan oleh Apco, saya rasa. Kita akan tunggu jawapan daripada kerajaan," katanya lagi.


Nota: Bila KJ bersuara kenapa Parpukari and the GENG mengelabah semacam bro?

Anwar KANTOI!!


Anwar KANTOI!!!

Anwar tuduh APCO = Zionis.

Tapi dia sendiri bersahabat karib dengan panel penasihat antarabangsa APCO!

ANWAR MAU CERITA APA LG? SEKARANG SUDAH KANTOI!!!!

Anwar sudah kehilangan taringnya?? Menikus dalam dewan rakyat!!! Lari keluar Dewan Apabila pekongnya dilondehkan, tidak membenarkan Ahli Parlimen BN mencelah apabila beliau memberi ucapan!!!

NAK TANYA SIKIT! ANWAR ADA GOYANG KA?

Baca Lagi...

Friday, March 26, 2010

Komen di Facebook lebih meriah.. Sedia GEMPUR!!!!


PILIHANRAYA KECIL di Hulu Selangor, BN sedia Gempur!!!


Satu pilihanraya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor pulu diadakan dalam tempoh 60 hari. Mengikut daftar pemilih Mac 2008 terdapat seramai 63,593 pengundi di kawasan parlimen berkenaan. Keputusan 2008 PKR - 22979 org...BN (mic) - 23177 org. PKR menang hanya majoriti 198 orang....




Mesej atau isyarat sudah jelas disampaikan oleh pengundi di Selangor... Mereka sebenarnya sudah bosan, muak dan kecewa dengan telatah pembangkang yang lebih seronok mengkhianati amanah dan undi rakyat !!!

BN akan GEMPUR PKR supaya nyah dari bumi Selangor !!!! SEDIA GEMPUR!!!! UNDILAH BN....

Thursday, March 25, 2010

AL-Fatihah kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor...

Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam, 25 Mac 2010.

Akan diada pilihanraya kecil parlimen hulu selangor tak lama lagi. Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari parti MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu. AL – FATIHAH
Fakta P94 : Hulu Selangor. Jumlah pengundi berdaftar: 63593 org. Keputusan 2008 PKR - 22979 org...BN (mic) - 23177 org. PKR menang hanya majoriti 198 orang....

Usaha Terdesak Pakatan Haram Pembongak, Fitnah PM dan Isteri...

YB Zulkfili Nordin mengatakan dia pernah diminta buat akuan sumpah bohong mengaitkan YAB Dato' Seri Najib & YABhg Datin Seri Rosmah dalam kes Altantuya dgn tawaran yang boleh menggoyahkan iman. YB Zulkifli Noordin mahu berjumpa & mohon maaf dengan YAB Dato' Seri Najib yg menjadi mangsa fitnah membabitkannya dengan kes Altantuya. BACA LAGI...

KJ berubah ikut tuntutan zaman



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau berubah daripada seorang yang dilihat 'radikal' kepada 'liberal' disebabkan oleh tuntutan zaman dan kedudukannya sebagai ketua Pemuda BN.“(Saya berubah) sebab sekarang saya ketua.

Dulu saya ada kebebasan sedikit, jadi saya main ikut rentak rakan yang ada. Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) sebagai menteri lebih kepada pandangan nasionalis, demi negara. BACA LAGI...

Tuesday, March 23, 2010

Utamakan 1Malaysia dahulu, Barulah Perkasa - KJ



KJ org pertama yang terangkan perbezaan antara agenda Perkasa dan 1Malaysia. Perkasa pertahankan hak melayu manakala Umno dan 1Malaysia lebih daripada itu...

Kami menghormati Perkasa, tetapi utamakan 1Malaysia dahulu baru Perkasa. Nakhoda kita PM, DS Najib bukannya Datuk Ibrahim Ali... Seperti yang dikatakan oleh YB KJ, Agenda Melayu kita adalah lebih daripada pertahankan hak melayu. Agenda Melayu juga tentang memajukan Melayu...



Khairy, antaranya mengulas panjang berhububung Pertubuhan Pribumi Perkasa yang dilihat banyak pihak sebagai mula menggantikan peranan Umno dalam mempertegaskan hak-hak istimewa orang Melayu.



Ikuti wawancara bersama KJ:

KJ: Tiada agenda rahsia Umno dengan PERKASA

Umno mahu berhaluan tengah, tetapi yang radikal dalam Umno bergerak Melayu PERKASA. Bagaimana YB melibat fenomena ini?

Saya rasa kita perlu jelaskan kepada mereka pendekatan yang diambil kerajaan, perdana menteri, malah Umno dan Pemuda Umno. Mungkin mereka rasa proses ini, melihat kepada liberalisasi (ekonomi) dan sebagainya sebagai proses yang menghakis kedudukan Melayu. Tetapi saya rasa ini tanggapan yang salah.

Kita tak boleh kata kumpulan macam PERKASA tak boleh ada, sebab (atas semangat) kebebasan. Ada kumpulan macam PERKASA, ada Su Qiu ada Dong Ziao, Hindraf dan sebagainya yang bangkitkan soal kaum masing-masing. Tetapi atas semangat kebebasan bersuara kita kena hormati.

Kita kena jelaskan (perbezaan) antara Umno dan gagasan Satu Malaysia dengan apa yang dibawa PERKASA. Tak apalah kalau ada orang Umno nak pergi sertai PERKASA. Tetapi akhirnya kalau perlu buat keputusan, saya harap mereka buat keputusan bahawa Satu Malaysia inilah satu gagasan yang terbaik untuk kaum Melayu.

Bagaimana YB melihat PERKASA secara keseluruhannya?

Seperti saya katakan, ia ada agenda. Agenda Ibrahim Ali untuk membela Melayu dan sebagainya. Saya hormat dia sebagai seorang pejuang yang hendak buat sesuatu. Dia orang lama dalam politik. Tetapi retorik (PERKASA ) itu saya tidak setujulah. Saya tidak bersetuju dengan retorik PERKASA bukan sahaja dari segi sama ada ianya baik untuk orang Melayu, tetapi juga kerana ia (berunsur) ofensif terhadap bukan Melayu. Ini tidak selaras dengan masyarakat yang saling menghormati, yang Malaysia perlukan.

Janganlah kita lihat pada satu perkara yang menjadi penghalang, yang goncang orang Melayu. Saya sebut dalam ucapan sebagai ketua Pemuda, ucapan sulung saya. Saya kata bukan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang jadikan kita istimewa, tetapi kebolehan kita. itu yang betul-betul menjadikan kita istimewa dalam erti kata sebenar.

Ada yang berhaluan kanan dalam Umno mahu parti lebih Melayu, mahu Melayu dilindungi?

Saya saya ia proses yang berterusan. Kita kena selalu mendekati untuk pastikan mereka memahami. Sesetengah daripada mereka mungkin mengikut PERKASA dan sebagainya. Mereka mungkin bereaksi dan mungkin rasa tidak selamat, tetapi kita hendak beri jaminan, sebenarnya tiada apa yang menjadi kekhuatiran pada mereka. Jangan runsing.

Sebab apa yang kita buat (dalam Umno) ini perkara yang positif, yang tidak akan sekali menggugat orang Melayu. Sebenarnya dia lebih matlamat akhir. Saya rasa matlamat akhir Umno dan PERKASA sekarang ini lebih kurang sama, mahu orang Melayu maju. Saya rasa pembangkang pun tak akan bantah. Tetapi sikap, pendekatan itu yang berbeza.

Antara Umno dan PERKASA, lebih banyak persamaan atau lebih banyak perbezaan?

Saya tak tahu. Tetapi sebenarnya saya tak hendak samakan Umno dengan PERKASA,sebab umno parti politik, PERKASA NGO. Jadi modes operandi kita lain. Objektif kita, dari segi gerakan lain. Mungkin objektif kita untuk melihat Melayu berjaya itu sama, tetapi objektif gerakan, modus operandi kita, keahlian kita, struktur memang lain.

Jadi saya tak suka samakan Umno dengan PERKASA, seolah-olah PERKASA itu pasukan alternatif untuk Umno.

Orang melihat Ibrahim Ali sedang membina 'tentera Melayu' yang besar. Dalam masa yang sangat singkat ia sekarang ada di setiap negeri. Secara perlahan-lahan PERKASA akan ambil alih peranan Umno?

Saya rasa terlalu pramatang untuk kita buat rumusan bahawa PERKASA akan ganti peranan umno. Saya rasa PERKASA tak boleh ganti peranan Umno. Umno ini parti politik yang berjuang untuk Melayu, Islam dan rakyat malaysia. Jadi kita total, PERKASA ini cuma satu NGO (bagi) mempertahankan hak orang Melayu dan sebagainya.

Dia ada mesej hendak mempertahankannya. OK, tetapi itu bukan mesej kita. Mesej kita lebih daripada itu. Mesej kita bagaimana hendak, maaf saya hendak gunakan perkataan, perkasakan orang Melayu.

Boleh kita kata saling lengkap melengkapi?

Tidak, tidak, ini bukan kata kita ada agenda rahsia dengan PERKASA! Ada yang berkata seolah-olah - ini bukan satu pembandingan yang tepat - tetapi seolah Umno adalan Sinn Féin dan PERKASA adalah IRA (Tentera Republik Ireland). Mengatakan Umno adalah wajah politik dan PERKASA ini Tentera Republik Ireland, tidak.

Perbandingannya sama ada umno ini 'polis baik' (good cop) dan PERKASA ini 'polis jahat' (bad cop) untuk bukan Melayu (juga) tidak timbul sebab kita tiada apa-apa agenda yang tersembunyi.

Bagaimana dengan penyertaan ramai ahli Umno dalam PERKASA?

Tetapi saya difahamkan, saya tidak tahulah betul atau tidak, tetapi saya difahamkan dalam PERKASA ada ahli Umno, ada ahli PAS dan ada juga ahli PKR. Jadi saya tak bolehlah buat rumusan bahawa PERKASA ini sama dengan Umno.

Saya nampak mesej PERKASA ini kalau kita tak fikir secara mendalam, ia mesej yang susah ditolak oleh orang Melayu. Orang Melayu mana hendak tolak mesej PERKASA?

Ibrahim Ali datang kata, dia datang sebagai orang Melayu, sebagai NGO yang berkecuali, tidak berpolitik, ahli parlimen bebas, (berkata) saya hendak mempertahankan orang Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam. Siapa hendak kata tidak setuju?

Jadi ramailah yang tertarik. Tidak ada sesiapa cakap macam ini sekarang. Jadi semua orang pergi (pada PERKASA). Soalnya sekarang kita sebagai orang Umno mestilah bagi tahu orang-orang kita dan ahli Umno secara keseluruhan bahawa itu pendekatan mereka, tetapi pendekatan kita lebih daripada itu.

(Kita) Bukan sahaja hendak mempertahankan (Melayu), tetapi kita juga hendak majukan orang Melayu, perkasakan bangsa mereka. Jadi mesejnya berbeza sepenuhnya.

Memanglah banyak ahli daripada pelbagai parti sertai PERKASA, tetapi daripada Umno ini 'taiko-taiko' (yang sertai). Macam di Selangor misalnya ada orang macam (exco agama Umno negeri) Datuk Zainal Abidin Sakom?

Tetapi yang paling penting, taiko yang utama Datuk Seri Najib (Razak) masih lagi tidak bersama PERKASA. Saya pun tak ada (sertai). Jadi kita kena bezakan dengan pemimpin peringkat bahagian dan negeri yang mungkin terlibat dalam PERKASA dengan kepimpinan parti Umno. Kepimpinan parti Umno masih lagi dengan pendirian kita yang saya katakan tadi berbeza dengan pendirian PERKASA.

YB lihat PERKASA ini sebagai satu ancaman kepada Umno?

Tidak, saya tidak rasa ancaman kepada Umno. Kalau dikatakan PERKASA ini adalah kenderaan Umno, maka mungkin ada yang kata, Umno cakap tak serupa bikin. Cakap Satu Malaysia tetapi di belakang lepaskan PERKASA.

PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946. Zaman itu kita tewaskan British, haluan kiri, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, haluan tengah, haluan kanan, semua haluanlah. Kita terus hidup.