Friday, July 2, 2010

Lagi keluar PKR!!!

Seramai 230 penyokong dari empat cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan parlimen Bagan Datoh telah keluar daripada parti itu untuk menyertai parti Makkal Sakhti.

Empat cawangan PKR itu ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25 M.Subaramaniam menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakhti Pusat, N.Ramu di sini malam tadi.

Kebanyakan mereka yang menyertai Makkal Sakhti berusia sekitar 35 tahun.

Subramaniam berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang sejak akhir ini tidak konsisten dalam memperjuangkan nasib masyarakat India selain gagal menunaikan pelbagai janji yang ditabur.

Beliau berkata kesemua bekas penyokong PKR itu berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Hutan Melintang daripada PKR.

Ramu pula berkata berkata pihaknya menyasarkan 2,000 anggota baru Makkal Sakhti dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Isu Israel: Ketua Dewan UIama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian



PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.

"Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu laporan akhbar Washington Post Isnin lalu yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington DC selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar, dan beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington DC yang menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Isu terbaru mengenai Anwar memohon maaf kepada Yahudi Amerika itu juga turut diperkatakan dengan meluas dalam blog-blog politik dan juga sosial tempatan.

Bagaimanapun Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan kenyataan Anwar itu lebih bersifat peribadi.

"Saya tak nak komen banyak mengenai laporan itu, kami anggap itu adalah soal peribadi beliau," katanya.

Namun tegasnya, PAS tetap dengan pendirian mereka seperti yang dibangkitkan pada Muktamar Tahunan parti itu baru-baru ini iaitu lantang mengutuk kekejaman Israel terutama selepas tragedi berdarah serangan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.

Artikel Menghasut: KJ Minta Suara Perkasa Disiasat



KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa berhubung penyiaran berita muka depan akhbar itu yang mahu Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Hari ini saya dengar Suara Perkasa keluarkan berita muka depan kata tahan Ka Siong bawah ISA, saya tidak setuju kerana benda macam itu menghasut dan salah.

"Saya lakukan ini bukan sebab saya nak pertahan Ka Siong tetapi kerana artikel ini salah dan harus disiasat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Suara Perkasa, yang merupakan akhbar Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa)dalam edisi sulungnya menyiarkan berita muka depan yang berunsur provokatif menerusi artikel "Tahan Ka Siong di Bawah ISA".

Konflik antara presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Wee bermula apabila anggota Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Ketua Pemuda MCA berkenaan mempersoalkan kontrak sosial serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Khairy berkata memperjuangkan hak orang Melayu bukanlah satu masalah, tetapi kepentingan kaum lain tidak diketepikan.

"Bagi saya BN (Barisan Nasional), Umno kita nak melihat inklusif untuk semua, tidak mengapa Perkasa berjuang untuk orang Melayu, tetapi cara dia buat, saya tidak setuju," katanya.

Sementara itu, Wee ketika ditemui berkata beliau akan mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil berhubung penyiaran artikel tersebut.

Katanya, beliau hairan kenapa perkara itu tersebut masih dibangkitkan sedangkan penjelasan berhubung isu biasiswa telah diberikannya. -BERNAMA

Thursday, July 1, 2010

Khairy dubs Anwar a ‘chameleon extraordinaire’



KUALA LUMPUR, July 1 — Umno Youth chief Khairy Jamaluddin continued his attacks against Datuk Seri Anwar Ibrahim today, calling him a “chameleon extraordinaire” for apparently apologising for a recent Pakatan Rakyat (PR) anti-Zionist protest outside the US embassy here.

The Washington Post had carried an article on June 28 quoting Anwar as saying that he was “regretful” over his anti-Zionist attacks and that he “needed to be more careful” in the future, which was today picked up by Umno-controlled Utusan Malaysia in an article headlined “Anwar pergi ke Washington untuk pujuk tokoh Yahudi.” (Anwar goes to Washington to pacify Jewish leaders.)

“Anwar was in Washington for a few days... where he spoke to US House of Committees chairman Howard Berman and apologised for his attacks. Anwar needs to explain to the 10,000 Malaysians who followed him for the protest outside the US embassy 2-3 weeks ago and then go to Washington to apologise.

“This shows his duplicitious character,” said Khairy .

The Rembau MP read excerpts from the Washington Post article titled “Flirting with zealotry in Malaysia”, quoting Paul Wolfowitz as defending Anwar’s actions.

What he (Anwar) did was wrong, but as he’s fighting for his life, let’s cut him some slack,” said the article, quoting Wolfowitz.

The article also said that Anwar had met “a Jewish leader or two” to apologise.

“I don’t see anything wrong with opposing Zionist aggression. But Anwar is a chameleon extraordinaire. As opposition leader he has to explain why he did this,” said Khairy.

Tun Omar Ong Meninggal Dunia, Jenazah Dikebumi Di Makam Pahlawan




KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Tun Omar Ong Yoke Lin, 92, yang memainkan peranan penting dalam pencapaian kemerdekaan dan penubuhan Malaysia, meninggal dunia di sini Khamis kerana sakit tua.

Menurut seorang pembantu kepada isteri beliau Toh Puan Datin Paduka Hajah Dr Aishah, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di No. 44, Persiaran Duta pada pukul 8.15 pagi.

Jenazahnya akan dikebumikan di Makam Pahlawan, sebelah Masjid Negara pada pukul 4.30 petang hari ini.

Allahyarham merupakan salah seorang pemimpin utama yang memainkan peranan penting dalam arena politik negara sebelum dan selepas kemerdekaan.

Beliau terlibat dalam penubuhan perikatan Umno dan MCA, dan menyertai delegasi Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk rundingan di London mengenai pencapaian Kemerdekaan pada tahun 1957.

Allahyarham yang pernah memegang pelbagai portfolio dalam Kabinet, juga merupakan salah seorang daripada mereka yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada 1963.

-- BERNAMA

Anwar Beritahu Rakan Amerika Beliau Kesal Guna Istilah "pencerobohan Zionis"


KUALA LUMPUR, 30 Jun- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis", lapor akhbar Washington Post pada Isnin.

Dalam artikel yang ditulis timbalan editor ruangan rencana pengarangnya Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas.

"(Beliau) menghabiskan banyak masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Howard Berman dan seorang dua pemimpin Yahudi," tulis Diehl dalam artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" (Bercanda dengan kefanatikan di Malaysia).

Anwar berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad", kata Diehl.

"Kenapakah saya menggunakannya sedangkan ia telah menimbulkan begitu banyak salah faham? Saya perlu lebih berhati-hati," kata Anwar, yang juga penasihat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) seperti yang dipetik penulis itu.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel telah dibakar dan telah membuat sindiran pedas tentang firma perhubungan awam berpejabat di Washington "yang dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Diehl berkata kebanyakan rakan Anwar, termasuk bekas diplomat dan bekas pemimpin Bank Dunia Paul Wolfowitz nampaknya berkecenderungan untuk memberi peluang kepada beliau untuk bernafas.

Diehl berkata Wolfowitz memberitahu beliau: "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang bergelut untuk hidup -- secara fizikal dan dalam bidang politik -- daripada serangan sebuah kerajaan yang menyifatkannya sebagai 'boneka Yahudi', kita patut beri sedikit ruang kepadanya".

Kata Diehl dalam perbicaraan kes liwat keduanya sekarang, Anwar tidak mendapat sokongan daripada Amerika seperti yang diterimanya ketika menghadapi tuduhan liwat kali pertama dahulu di mana naib presiden ketika itu dan rakan-rakannya yang lain telah membela pemimpin pembangkang itu.

Presiden Barack Obama sendiri tidak berkata apa-apa secara terbuka tentang Anwar ketika beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Washington pada April, katanya.

Beliau berkata Anwar mempunyai cara sendiri untuk melawan dengan cuba membalas balik tuduhan bahawa beliau adalah ejen Israel dan "pengampu Amerika yang memuja Wolfowitz".

"..dia cuba melawan balik dengan mendakwa Apco telah memanipulasikan kerajaan supaya menyokong kepentingan Israeli dan Amerika. Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup ke dalam pasukan keselamatan Malaysia dan terlibat secara langsung dalam perjalanan kerajaan," tulis Diehl.

-- BERNAMA