Friday, July 2, 2010

Isu Israel: Ketua Dewan UIama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian



PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.

"Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu laporan akhbar Washington Post Isnin lalu yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington DC selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar, dan beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington DC yang menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Isu terbaru mengenai Anwar memohon maaf kepada Yahudi Amerika itu juga turut diperkatakan dengan meluas dalam blog-blog politik dan juga sosial tempatan.

Bagaimanapun Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan kenyataan Anwar itu lebih bersifat peribadi.

"Saya tak nak komen banyak mengenai laporan itu, kami anggap itu adalah soal peribadi beliau," katanya.

Namun tegasnya, PAS tetap dengan pendirian mereka seperti yang dibangkitkan pada Muktamar Tahunan parti itu baru-baru ini iaitu lantang mengutuk kekejaman Israel terutama selepas tragedi berdarah serangan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.

3 comments:

Anonymous said...

Jangan caye ulamak PAS ni suka manipu dan berbohong sesaja nak kasi gempak....Nanti Nik A.jis settelkan nampak le macam real sikit....

Anonymous said...

itu je la jawapannye "pandangan peribadi"...xleh pikir lgsg ke puak2 ni...aduyaii..

-silberngenius

Anonymous said...

Betul tu Anon Silberngenius...Perkataan lain tak ada puak-puak PAS ni "PANDANGAN PERIBADI" Aku pun dah jangka itulah jawapannya bila tanya sesuatu isu pada Pemimpin-Pemimpin PAS ni..Langsung tak boleh berfikir.

Ketua Pembangkang PR Anuar Brahim (Al Juburi) sanggup jadi Agen Yahudi..

PAS salah satu kompenan Parti PR maka secara tak langsung menyokong Yahudi juga. Tunjuk perasaan bagai nak rak tu hanya lakonan aja. Konon nak canang PAS adalah pejuang Islam yang sebenar tapi HAMPAS MACAM HAMPAS KELAPA SAWIT. Sedarlah para pengikut PAS..jangan jadikan diri anda penyokong YAHUDI secara tidak langsung dan PEMBUNUH UMAT ISLAM DI PLASTIN

antiPAS