Saturday, July 10, 2010

Chegubard PKR ditahan diatas aduan mencemarkan imej Insitusi Raja-Raja Melayu!


By: Bro Jinggo

Polis menahan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shahrin kerana mahu merakamkan kenyataannya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan di pejabat perhubungan parti itu di Jalan Rahang di sini dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Osman berkata Badrul Hisham ditahan sebelum pukul 9 malam tadi untuk direkodkan kenyataannya dan selepas itu dia dibebaskan dengan jaminan.

Katanya kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Terdahulu Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Angkatan Pemuda Keadilan Rembau, Badrulhisham Shaharin hari ini di atas kenyataan terbuka menerusi laman blog beliau.

laporan polis tersebut dibuat kerana satu hasutan kepada pihak lain dan mencemarkan imej Insitusi Raja-Raja Melayu Berpelembagaan dan berharap agar Badrulhisham atau Chegubard dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Kenyataan Ketua AMK Rembau itu yang secara terang telah mengkritik Institusi DiRaja didalam penulisan beliau yang bertajuk ‘Warkah Terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong “Hepi Besday..Sir!”.

Artikel tersebut yang bertarikh 10/06/2010 telah menghina Raja-Raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan menganggap ianya adalah satu hasutan dan penghinaan kepada Institusi Diraja serta DYMM Yang DiPertuan Agong.

Pemuda Rembau memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap saudara Basdrulhisham Shaharin, Ketua AMK, parti KeAdilan Rakyat N.Sembilan kerana telah memfitnah dan bersikap biadap terhadap institusi -institusi raja-raja melayu dan DYMM Yang DiPertuan Agong dengan menuduh Raja-Raja Melayu serta DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menganugerahkan pingat darjah kebesaran dengan mendapat arahan tertentu.

Chegubard PKR, ditahan dipercayai bawah Akta Hasutan


Gambar hiasan Cagon Bard di tangkap polis

By: Bro Jinggo

Laman Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau, malam ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau ditahan kira-kira tujuh anggota polis di Rembau.

Sebab beliau ditahan tidak dapat dipastikan, kata seorang pegawai PKR bahagian itu kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Badrul ditahan semasa hendak mempengerusikan mesyuarat bahagian (PKR) dan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,” kata pegawai itu.

“Semasa Badrul hendak memulakan mesyuarat kira-kira 9 malam tadi, ada tujuh orang pegawai polis datang dan memperkenalkan diri, lalu menahan beliau.

“Saya tidak pasti apa sebabnya, tetapi saya ada mendengar ia berkaitan dengan tulisan beliau dalam blognya... kemudian rumah beliau di Bukit Chedang dekat Rembau turut digeledah,” kata pegawai itu.

Pada 3 Jun lalu beliau telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Tian Chua juga mengesahkan perkara ini menerusi twitternya.

“Baru nak mempengerusikan mesyuarat cabang Rembau sekumpulan 15 orang polis serbu dan ambil Chegubard, kini ditahan dan dibawa ke IPD Seremban,” katanya.

Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

Friday, July 9, 2010

Tun M.... Bintang bukan dilahirkan, tetapi dicipta...

By : Mozi

Salam semua, semalam saya ada melihat siaran langsung bersama Tun Dr Mahathir Mohamad tentang forum Ekonomi Malaysia ke-10. Saya mendengar komen komen Tun tentang DEB, MEB dan yang terbaru Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Tun, juga ada menyentuh tentang kelemahan kepimpinan Bekas Perdana Menteri, Pak Lah yang dikatakan lemah serta hanya mahu mengkayakan kaum keluarganya.

Beliau juga menceritakan betapa beliau ada banyak idea jika beliau masih lagi menjadi PM. Saya menghormati pandangan Tun sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara. Tun juga telah membawa Malaysia ke persada dunia.

Tetapi saya rasa beberapa perkara tentang memperkasakan bumiputra dari kacamata Tun, sama sekali tidak membantu meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputra.

Saya bukan ahli ekonomi atau cerdik pandai, tapi terus terang saya tidak berminat, pada saya bumiputra tidak akan maju dan akan belajar jika hanya tahu mendapatkan projek dari pihak kerajaan.

Jika ditanya, apakah dengan memberi saham di dalam syarikat syarikat besar kepada bumiputra mampu meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputra? Bagaimanakah bumiputra mahu menguasai ekonomi dari pihak kerajaan, jika tiada budaya berniaga dikalangan mereka serta setiap perniagaan yang dijalankan tiada wujud rantaian di antara peniaga bumiputra yang lain?

Cukupkah kejayaan di ukur dengan hanya melibatkan situasi menang pada satu pihak.. Bumiputra hanya akan berjaya menguasai ekonomi sebagaimana bukan bumi jika menjadikan perniagaan sebagai satu budaya sesama mereka, mewujudkan rantaian perniagaan pada setiap satu perniagaan.. menguasai perniagaan runcit.

Bumiputra semakin manja dan tahu hanya nak meminta minta. Jika ikut peratusan yang Tun M berikan bumi ada 60%, tapi berapa peratuskah yang terlibat dalam perniagaan secara runcit... yang dapat job dari kerajaan pula berapa ramaikah yang mewujudkan rantaian untuk membantu peniaga bumi yang lain...

Perniagaan harus dibudayakan dalam masyarakat bumi, jika ramai bumi yang berniaga maka semakin banyaklah peluang pekerjaan akan terbuka dan tak payah kerajaan pening hendak memikirkan tentang ke mana nak letakkan bumiputra ini bekerja!

Khazanah diwujudkan hanya sebagai satu tempelan menunjukkan pegangan saham orang melayu dan bumi ini adalah salah satu peningkatan penguasaan ekonomi Bumiputra. Jika inilah caranya, bumiputra tidak akan maju dan mahu berusaha.

Melayu hanya suka bekerja dengan majikan terutama kerajaan kerana adanya jaminan.

Meminjam kata kata Dr David Teoh penerbit filem terkenal, "Bintang bukan dilahirkan, tetapi dicipta". Perniagaan atau kebolehan berniaga bukan berasal dari keturunan atau kemahiran semulajadi tapi atas kemahuan, disiplin serta kerja keras.

Yang asyik kata tak boleh sebenanya tak percaya serta tidak mahu berusaha dan Tun, telah menjadikan sebahagian besar orang bumiputra berebut rebut kepada ekonomi yang datang daripada kerajaan, sedangkan diluar terlalu banyak pasaran yag boleh diterokai.

Saya tak pasti jika ada di kalangan pembaca yang setuju atau tidak dengan pandangan saya.. Saya cuma minta jika ada sebarang pandangan, boleh kemukakan. Harap semua boleh komen.