Saturday, July 10, 2010

Chegubard PKR ditahan diatas aduan mencemarkan imej Insitusi Raja-Raja Melayu!


By: Bro Jinggo

Polis menahan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shahrin kerana mahu merakamkan kenyataannya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan di pejabat perhubungan parti itu di Jalan Rahang di sini dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Osman berkata Badrul Hisham ditahan sebelum pukul 9 malam tadi untuk direkodkan kenyataannya dan selepas itu dia dibebaskan dengan jaminan.

Katanya kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Terdahulu Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Angkatan Pemuda Keadilan Rembau, Badrulhisham Shaharin hari ini di atas kenyataan terbuka menerusi laman blog beliau.

laporan polis tersebut dibuat kerana satu hasutan kepada pihak lain dan mencemarkan imej Insitusi Raja-Raja Melayu Berpelembagaan dan berharap agar Badrulhisham atau Chegubard dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Kenyataan Ketua AMK Rembau itu yang secara terang telah mengkritik Institusi DiRaja didalam penulisan beliau yang bertajuk ‘Warkah Terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong “Hepi Besday..Sir!”.

Artikel tersebut yang bertarikh 10/06/2010 telah menghina Raja-Raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan menganggap ianya adalah satu hasutan dan penghinaan kepada Institusi Diraja serta DYMM Yang DiPertuan Agong.

Pemuda Rembau memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap saudara Basdrulhisham Shaharin, Ketua AMK, parti KeAdilan Rakyat N.Sembilan kerana telah memfitnah dan bersikap biadap terhadap institusi -institusi raja-raja melayu dan DYMM Yang DiPertuan Agong dengan menuduh Raja-Raja Melayu serta DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menganugerahkan pingat darjah kebesaran dengan mendapat arahan tertentu.

No comments: