Thursday, July 22, 2010

30 Senarai Syarikat Dapat Kontrak Pasir Daerah Kuala Selangor dan Dengkil - Sebarkan !!!



Selepas ini akan dikeluarkan senarai 7 syarikat yang dapat kontrak dengan pertolongan Nur Izzah Binti Anwar Ibrahim yang merupakan syarikat yang dapat kontrak untuk cucigali sungai mengikut Daerah di Selangor.

Sumber: http://penembak-tepat.blogspot.com



Kawasan melombong pasir seluas 120 hektar yang telah dikorek sebanyak 20 hektar dengan kedalaman 26.6 meter Kawasan itu terletak kira-kira 16.6 meter berhampiran kawasan hutan simpan rekreasi Paya Indah Wetland. -foto BERNAMA

Pendedahan berhubung skandal kegiatan melombong pasir di Selangor yang semakin tidak terkawal membuktikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'lepas tangan' serta tidak mengambil langkah proaktif bagi menangani kegiatan berkenaan.

Selangor bakal menjadi 'negeri berlubang' sekiranya aktiviti melombong pasir di tanah milik kerajaan negeri tidak dihentikan segera. Menurut sumber, bilangan lori keluar masuk dari kawasan itu mencecah lebih 20 buah setiap hari.

Malah ada tanah milik kerajaan negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar. Terdapat pasir dikorek hingga 26.6 meter dalam. Ini boleh memberi implikasi buruk kepada pembangunan negeri pada masa depan, terutama untuk aktiviti perumahan baru dan kawasan pertanian.

KSSB gagal uruskan soal pasir, malah mereka tak lakukan pemantauan ataupun penguatkuasaan berhubung isu yang cukup serius ini!!! Justeru itu Kerajaan negeri perlu mengembalikan kuasa kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengendalikan urusan galian dan mineral di Selangor.

Oleh: Bro Jinggo

PM : Umno Parti Melayu Yang Terbesar, keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850


Umno merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Presiden Umno berkata keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850 orang dan pelbagai usaha berterusan dijalankan untuk menambah bilangan keanggotaan.

"(Jumlah) ini selepas ditolak anggota yang sudah meninggal dan tak dapat dikesan. Ini jumlah yang sahih. Dan kita dapati jumlah ini terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang Rabu.

Najib turut menyangkal dakwaan bahawa ada orang Melayu yang "meluat" dengan Umno.

"Siapa kata? Itu tak betul. Saya tak dapat terima ada yang kata meluat pada Umno. Kita parti yang terbesar mewakili orang Melayu," tegasnya.

Najib juga memberitahu pemberita bahawa mesyuarat MT turut menerima laporan bahawa mesyuarat bahagian-bahagian berjalan lancar dan teratur.

Sehingga kini, sebanyak 189 daripada 191 bahagian telah mengadakan persidangan perwakilan masing-masing.

Malaysian Insider: Kalimullah tidak pernah dapat sebarang kontrak kerajaan seperti yang didakwa oleh JMM??

Wartawan veteran yang juga ahli perniagaan, Datuk Kalimullah Hassan hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dalam apa jua cara dengan pembentukan sebuah portal berita iaitu Malaysian Insider.

"Saya juga bukan seorang pengarah Efficient E Solutions di mana saya telah berhenti pada 21 Jun, 2006. Saya tidak pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang hidup saya dan bukan seorang pemegang saham dalam VPI International," katanya sebagai respons berhubung dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), sebuah badan bukan kerajaan, semalam.

JMM telah mendakwa bahawa penaja Malaysian Insider telah menggunakan wang yang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk menaja laman portal berkenaan yang kemudiannya banyak mengkritik kerajaan dan institusi raja-raja.

Dakwaan JMM itu berdasarkan Effeicient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International, yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kalimullah berkata, "Jika JMM mempunyai bukti atas salah laku itu, ia sepatutnya, sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab yang mendapat dana daripada rakyat Malaysia yang berkedudukan tinggi, mengemukakan bukti itu kepada pihak berkuasa, tanpa melengah-lengahkannya lagi."

Beliau juga berharap BERNAMA, sebagai sebuah agensi berita nasional, "di mana saya pernah menjadi pengerusi sebelum ini, akan bertindak secara profesional pada masa depan dan menentukan kesahihan dakwaan itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya."