Thursday, July 29, 2010

Syabas mahu saman kerajaan Selangor RM1 bilion

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

“Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang,” katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.

Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.

“Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot,” katanya.

Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata.

Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.

“Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula.

“Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna,” katanya.

Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.

“Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.

“Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air,” katanya.

Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menggalakkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON97 yang tidak bersubsidi.

“Lepas ini, mereka datang beli RON97 lagi banyak lagi negara untung kerana (minyak ini) tiada subsidi,” katanya. — Bernama

Terdahulu:



Safarizul Mustaffa: Isu air, kerajaan Negeri Selangor masih nak berselindung...

Wednesday, July 28, 2010

Datuk Sohaimi Shahdan- DAP sengaja bermain api

Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen Dap memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor dilihat sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.



Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahdan berkata, cadangan agar kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah tersebut sebagai usaha terancang menghalang orang Melayu memiliki hartanah di kawasan bandar.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai melambangkan sikap cauvinis DAP, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang berkata, DAP sengaja bermain api apabila membangkit atau mencadangkan sesuatu perkara yang boleh mengguris perasaan orang Melayu.

“Justeru cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua tersebut perlu menjadi peringatan awal kepada orang Melayu bahawa lebih banyak hak keistimewaan golongan itu akan diganggu gugat jika DAP memerintah.




''DAP memang sentiasa mencari ruang untuk merampas dan menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dengan pelbagai helah terancang dan cadangan Tony itu adalah salah satu daripada contohnya," kata beliau dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda, di sini, hari ini.

Ketika mengemukakan cadangan itu Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkan tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan..

Sohaimi berkata, tindakan DAP itu secara tidak langsung boleh dianggap sebagai usaha halus parti tersebut untuk melemahkan orang Melayu daripada memiliki hartanah terutamanya di kawasan bandar.

Beliau juga menggesa pemimpin-pemimpin Melayu di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pendirian mereka berhubung isu berkenaan.

''DAP sudah menunjukkan belang mereka, apakah pemimpin-pemimpin Melayu PKR hanya diam sahaja sedangkan sebelum ini mereka yang melaung-laungkan soal negeri berkebajikan,'' tegasnya.

Oleh: Bro Jinggo

Safarizul Mustaffa: Isu air, kerajaan Negeri Selangor masih nak berselindung...

Oleh: Bro Jinggo

Nampaknya soal kepentingan rakyat pun hendak dipolitikkan. Apa yang kita lihat kini gimik politik Pakatan Rakyat yang keterlaluan telah menipu hak rakyat di Negeri Selangor.

Pemuda UMNO Selangor melihat isu air bukanlah satu isu dan bukanlah satu bebanan kepada rakyat Selangor sebaliknya ia dijadikan senjata politik Kerajaan Negeri Selangor bagi meraih simpati rakyat.

”Selain sebagai senjata politik untuk meraih simpati rakyat Selangor, ia juga membazir duit anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang terpaksa berbelanja RM11 juta sebulan bagi maksud tersebut sedangkan jumlah yang sama boleh disalurkan untuk keutamaan lain seperti terus kepada kumpulan sasar iaitu golongan yg berpendapatan rendah.

Ini kerana subsidi air ini tidak berjalan dengan cekap sehingga penduduk yang berpendapatan rendah yang tinggal di rumah pangsa tak dapat subsidi ini, walaupun sebelum ini dijanjikan sistem kupon namun ianya tidak terlaksana seperta apa yang disebut kerana pentadbiran yang tidak cekap,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun Selangor dan Lembah Klang dijangka akan mengalami masalah krisis air untuk tempoh 3 tahun akan datang, namun kerajaan negeri masih nak berselindung dengan sepak terajang politik bila mana tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek bekalan air mentah yang hendak disalurkan dari Pahang.

”Mereka tahu bahawa projek ini tidak akan memberi impak politik untuk mereka maka itu tidak ada kerjasama daripada kerajaan negeri, akhirnya kita nampak inilah sikap mereka yang terang lagi bersuluh, meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat,” tambahnya lagi.

Terdahulu: Pemuda Umno Selangor Hantar Dokumen Isu Pasir Ke SPRM

Isu Air Selangor: Penduduk Lembah Klang, protes kerajaan negeri Selangor PR yang telah menipu hak mereka!

Tuesday, July 27, 2010

Lim Guan Eng biawak lidah bercabang ~


Gambar : Diambil dari blog pisau.net

Oleh: Bro Jinggo

Siapa sebenarnya 'biawak lidah bercabang'?

Guan Eng disifatkan menepuk air di dalam dulang dan mungkin fobia dengan ungkapan 'lidah biawak' kerana ungkapan tersebut terkena batang hidung beliau sendiri.

Jika sebelum ini Guan Eng menggelarkan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus dengan panggilan-panggilan biadap termasuk lidah biawak, namun Video dan gambar-gambar berkenaan menyatakan cerita yang sebenarnya.


Khalifah Umar tidak bersikap sedemikian. Beliau seorang pemimpin yang merendah diri dan sanggup turun ke bawah melihat masalah rakyat. Sikap sedemikian tidak nampak pada Guan Eng.

Mungkin inilah ajaran yang ditunjukkan oleh PAS kepada Guan Eng... Kesian biawak Lidah bercabang~


Sumber lain...

Pisau kata " biawak lidah bercabang"



Bukti nama Guan Eng tertera di belakang kerusi.


Beliau turut serta dalam majlis Perasmian Keretapi Bukit Bendera.



Video dan gambar diatas membuktikan Lim Guan Eng yang menjadi kebanggaan Khawarij PAS sudah berjaya mencapai makam tertinggi sebagai seorang khalifah sosialis. Justeru tidak menghairankan Nik Aziz wali selipar khawarij PAS amat amat sayang dan kasih kepada manusia berlidah biawak ini.

Ini baru satu bukti pembohongan Guan Eng kepada rakyat yang dibuat secara terang terangan,banyak lagi pembohongan dan penipuan yang belum didedahkan.

Sumber: http://www.pisau.net/

Terdahulu: Gelagat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

Artikel Pilihan: Khalid Gereja Berdendam Dengan Hasan Ali : Jumpa Mufti langgar keputusan parti!


Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menggelarkan pemimpin parti itu yang bertemu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu perpaduan orang Melayu sebagai golongan yang tidak faham prinsip dan perjuangan Pas.

Katanya, pemimpin yang terlibat dengan pertemuan tersebut telah melanggar keputusan parti yang dibuat ketika muktamar Pas sebelum ini bahawa Pas akan terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurutnya, meskipun Pas dan UMNO datang dari bangsa yang sama iaitu Melayu dan Islam sebagai pegangan mereka, kerjasama itu tidak boleh dilaksanakan kerana kedua-dua parti mempunyai matlamat yang berbeza.

''Kalau benar ada pemimpin Pas menemui Harussani dan bincang mengenai perpaduan UMNO-Pas, mereka itu telah melanggar keputusan parti.

''Mereka ini juga tidak patuh dan perlu dikenakan tindakan. Mereka tidak faham perjuangan Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasussani bahawa ada pemimpin Pas yang menemui Mufti Perak itu untuk mendapatkan pandangan bagi merealisasikan usaha menyatukan orang Melayu serta mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas.

Dalam pada itu, Khalid enggan mengulas lanjut ketika ditanya dakwaan bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali merupakan antara pemimpin Pas yang didakwa mengadakan pertemuan dengan Harussani mengenai usaha perpaduan kedua-dua parti itu.

''Itu kena tanya dia sendiri, saya tidak tahu. Namun, pada 25 Julai ini, kita akan adakan majlis munaqasah di peringkat negeri Selangor mengenai ucapan dasar Presiden Pas yang dibuat pada muktamar Pas tahun ini," katanya.

Dalam masa yang sama katanya, beliau sendiri akan bertanya kepada pemimpin Pas negeri sama ada benar atau tidak di kalangan mereka mengadakan pertemuan dengan Harussani atau pun Mufti Perak itu berbohong membuat dakwaan tersebut.

''Jika ada, saya akan minta mereka menjelaskan tujuan dan matlamat mereka mengadakan perjumpaan dengan Harussani itu. Kalau benar, saya akan buat aduan kepada kepimpinan parti," ujarnya.

Komen : Apa cerita pasal Baiah PAS sebelum ini Khalid? Siapa yang pandai-pandai buat keputusan sendiri ( Baiah )sehingga sanggup ceraikan isteri! Wallahuallam...

Wasabi Oyabun..

Sumber: http://oreoyabun.blogspot.com/

Monday, July 26, 2010

Kerajaan Selangor taburkan RM15 juta untuk membuat fitnah, rakyat Selangor terus diabaikan!

Oleh: Bro Jinggo

Tindakan Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan, menunjukkan ianya seperti 'cacing kepanasan'!! Pengumuman Khalid yang akan menyediakan sejumlah kewangan besar berjumlah RM15 juta untuk memperkuatkan media internet dan cetak tajaannya semata-mata bagi menangkis dan lawan media BN adalah sesuatu kerja gila.

Dari mana datangnya sumber dana berjumlah RM15 juta diperoleh, adakah dari hasil penjualan pasir yang sedang berleluasa sekarang ini atau daripada judi haram yang banyak terdapat di Selangor.



Sepatutnya Khalid mengutamakan keperluan rakyat yang telah memberi mandat kepada mereka menerajui negeri termasuk mengurustadbir kepentingan masyarakat tempatan seperti isu bekalan air yang akan menjadi masalah besar penduduk negeri Selangor menjelang 2013.

Apa yang dilakukan oleh Khalid ini adalah satu lagi bukti kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat dan matlamat mereka sendiri.



Selangor habis tanah dikorek dan pasir disedut, mereka mahu taburkan duit untuk membuat fitnah, provokasi dan propaganda yang memburuk-burukkan kerajaan sedangkan bukankah lebih baik jika ia dibelanjakan bagi membantu masyarakat dan penduduk tempatan.