Wednesday, July 28, 2010

Safarizul Mustaffa: Isu air, kerajaan Negeri Selangor masih nak berselindung...

Oleh: Bro Jinggo

Nampaknya soal kepentingan rakyat pun hendak dipolitikkan. Apa yang kita lihat kini gimik politik Pakatan Rakyat yang keterlaluan telah menipu hak rakyat di Negeri Selangor.

Pemuda UMNO Selangor melihat isu air bukanlah satu isu dan bukanlah satu bebanan kepada rakyat Selangor sebaliknya ia dijadikan senjata politik Kerajaan Negeri Selangor bagi meraih simpati rakyat.

”Selain sebagai senjata politik untuk meraih simpati rakyat Selangor, ia juga membazir duit anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang terpaksa berbelanja RM11 juta sebulan bagi maksud tersebut sedangkan jumlah yang sama boleh disalurkan untuk keutamaan lain seperti terus kepada kumpulan sasar iaitu golongan yg berpendapatan rendah.

Ini kerana subsidi air ini tidak berjalan dengan cekap sehingga penduduk yang berpendapatan rendah yang tinggal di rumah pangsa tak dapat subsidi ini, walaupun sebelum ini dijanjikan sistem kupon namun ianya tidak terlaksana seperta apa yang disebut kerana pentadbiran yang tidak cekap,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun Selangor dan Lembah Klang dijangka akan mengalami masalah krisis air untuk tempoh 3 tahun akan datang, namun kerajaan negeri masih nak berselindung dengan sepak terajang politik bila mana tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek bekalan air mentah yang hendak disalurkan dari Pahang.

”Mereka tahu bahawa projek ini tidak akan memberi impak politik untuk mereka maka itu tidak ada kerjasama daripada kerajaan negeri, akhirnya kita nampak inilah sikap mereka yang terang lagi bersuluh, meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat,” tambahnya lagi.

Terdahulu: Pemuda Umno Selangor Hantar Dokumen Isu Pasir Ke SPRM

Isu Air Selangor: Penduduk Lembah Klang, protes kerajaan negeri Selangor PR yang telah menipu hak mereka!

1 comment:

Adam said...

Semakin hari, semakin nampak belang PR di Selangor. Penipu.