Monday, August 30, 2010

Geran 1Malaysia galak belia buat program



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mewujudkan geran 1Malaysia bagi menggalakkan belia menganjurkan pelbagai program yang bertujuan menyemai sifat bersatu padu antara kaum berasaskan konsep itu.

Perdana Menteri berkata, langkah itu yang dicadangkan oleh Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN) adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus mendidik rakyat termasuk kakitangan awam supaya memahami konsep itu dengan mendalam.

''Kebanyakan cadangan yang dikemukakan oleh makmal ini adalah bernas dan walaupun mungkin tidak semuanya dapat diterima dan dilaksanakan, tetapi yang lebih penting adalah kerajaan telah mendengar suara orang muda.

''Satu cadangan yang menarik perhatian saya dan boleh dilaksanakan dengan segera adalah supaya diwujudkan geran khas bagi menyokong program 1Malaysia yang dijalankan oleh belia.

''Mungkin kita boleh masukkan geran ini dalam ucapan bajet akan datang dan mungkin juga dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebab ia merupakan pelan berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog selepas mendengar taklimat mengenai laporan akhir makmal berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Makmal berkenaan yang telah menemu bual 7,500 belia pelbagai kaum berusia 20 hingga 35 tahun mencadangkan pelbagai perubahan yang dikehendaki golongan itu membabitkan empat bidang utama iaitu ekonomi (pekerjaan dan perniagaan), kualiti hidup, pendidikan serta perpaduan dan demokrasi.

Idea mengenai makmal itu dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri pada Februari lalu bagi mencari titik sentuh antara kerajaan BN dengan golongan muda, selain bertujuan memahami aspirasi mereka.

Dalam pada itu, Najib mengakui masih terdapat di kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang tidak memahami konsep 1Malaysia dan ini terbukti apabila mereka masih menimbulkan isu-isu perkauman.

''Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan sekarang mengamalkan toleransi sifar terhadap sifat perkauman dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak terbabit jika terbukti mereka melakukan perbuatan dan menyatakan ungkapan yang bersifat rasis," katanya.

Sebelum itu, seorang peserta dialog telah membangkitkan isu sebuah universiti tempatan yang didakwanya tidak sensitif dengan keperluan kaum India apabila menetapkan tarikh peperiksaan ketika hampir dengan Deepavali dan tidak meluluskan permintaan mahasiswa untuk menggunakan bas universiti ke kuil.

Mengenai satu lagi cadangan makmal berkenaan supaya diperkenalkan dasar gaji minimum untuk pekerja tempatan tidak kurang RM1,000 sebulan, Najib berkata, kerajaan berpendapat langkah itu hanya boleh dilaksanakan mengikut sektor pekerjaan dan bukan secara menyeluruh.

Berhubung desakan supaya golongan mahasiswa dibenarkan untuk berpolitik, Perdana Menteri berkata, beliau masih terbuka untuk sebarang cadangan walaupun Kabinet secara dasarnya tidak begitu bersetuju.

''Saya masih memikirkan perkara ini dan terbuka untuk berdebat mengenai isu ini untuk membolehkan keputusan terbaik dapat dicapai," katanya.

Menjawab satu lagi soalan mengenai keengganan generasi muda menyertai parti berasaskan kaum, Najib berkata, BN akan membincangkan mengenai cadangan membenarkan keahlian terus ke dalam parti itu ketika konvensyen akhir tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, BN perlu membuktikan kepada rakyat bahawa ia adalah parti yang mempunyai idea bernas dan daya intelektual lebih tinggi berbanding pakatan pembangkang.

''Zaman sebenarnya sudah berubah dan era kita mengangkat tangan dan dengan suara lantang melaung hidup UMNO dan hidup BN, hidup ini dan itu, mungkin tidak lagi sesuai dalam suasana hari ini," kata Najib.

MEMORANDUM SSDE




SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN

KEPADA YAB MENTERI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN


MEMORANDUM MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA ISLAM SERTA INSTITUSI MASJID DAN SURAU


BAHAWASANYA Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj merupakan Ketua agama Islam di Negeri Selangor yang mempunyai segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa penuh sebagai Ketua agama Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 55(1) dan (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.


MEMANDANGKAN Institusi Masjid dan Surau merupakan institusi paling penting Umat Islam. Masjid dan Surau merupakan tempat untuk beribadah khusus. Kesucian Institusi ini adalah pra syarat keharmonian, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran Umat Islam di negeri Selangor.


MENGINSAFI Sesungguhnya menjadikan Institusi Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik akan pasti mengganggu-gugat dan memecah belahkan keharmonian, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran Umat Islam di Negeri Selangor.


SESUNGGUHNYA Kami mendokong dan menjunjung penuh kebijaksanaan dan keArifan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang telah bertitah dalam Pemberitahuan mengenai larangan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik dan dan larangan penyampaian ceramah oleh penceramah yang tidak mempunyai tauliah seperti yang telah diluluskan oleh Mesyuarat MAIS Bil. 4/2009 pada 6 Oktober 2009.


MENDAPATI Sudah terang lagi bersuluh kini sudah terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan menggunakan Masjid dan Surau sebagai medan berpolitik, menghina, mencaci, dan menfitnah pemimpin dan sesama umat Islam.

Mereka beroperasi dengan menggunakan mekanisme -

a) Mengajar atau bertazkirah atau berceramah tanpa tauliah.
b) Orang yang bukan Islam lelaki dan wanita telah dibenarkan memasuki saf solat Masjid dan Surau


Berita terdahulu : Pemuda Umno Selangor serah memo kepada MB

Sunday, August 29, 2010

Pemuda Umno Selangor serah memo kepada MB

Pemuda Umno Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan seorang anggota Parlimen Selangor daripada DAP yang menyampaikan sumbangan dan memberi “tazkirah” di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Ketua Penerangannya Safarizul Mustafa berkata tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching itu tidak harus dipandang ringan kerana jelas bertentangan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

“Kami memandang serius ahli politik dan orang bukan Islam memberi ucapan dalam masjid atau surau di Selangor sebab ia seolah-olah tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam serta boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan memorandum itu di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Safarizul berkata memorandum tiga muka surat itu antara lain mendesak kerajaan Selangor menerusi Pejabat Menteri Besar, Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor menyingkirkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Adat-adat Melayu negeri.
Katanya ini kerana Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, dilihat gagal memberi nasihat kepada wakil rakyat bukan Islam daripada DAP berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

“Pemuda Umno Selangor juga mahu pengerusi, imam dan anggota jawatankuasa Surau Al-Huda yang menjemput dan membenarkan Teo menyampaikan ‘tazkirah’ tanpa tauliah di surau itu dipecat serta-merta,” katanya.

Kita amat kesal dgn sikap kerajaan pakatan yang lansung tidak peka dgn sensetiviti agama apatah lagi PAS yang selama ini mendabik dada mengatakan mereka parti yang menegakan dan mempertahakan islam ternyata hanyalah kuda tunggangan DAP.

PAS meletakan islam sebagai barang dagangan untuk kepentingan politik mereka bila mana mereka gagal mengekang serta menangani isu yang berlaku di surau al huda kajang dan al taqwa selayang. Kita juga mendesak YAB MB agar Dato Hassan Ali dipecat kerana gagal menjalankan tugas serta fungsi sebagai ahli mesyuarat kjaan negeri yang menjaga agama islam.