Tuesday, January 18, 2011

Adun Sri Muda, Suhaimi Bakal Didakwa!


Menurut kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pihak polis telahpun menyelesaikan siasatan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei berhubung dakwaan bahawa beliau menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam blognya pada 30 Disember lepas.

Justeru itu beliau, berharap pihak Peguam Negara dapat mengambil tindakan selanjutnya dengan segera untuk menentukan sama ada Shuhaimi melanggar undang-undang sedia ada dan perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

“Dan jika terdapat kelewatan dalam siasatan polis, bahawa kita tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada mereka bagi membawa perkara itu ke depan, saya harap polis akan beri kerjasama penuh,” katanya.

Hishammuddin berkata lebih 20 laporan polis berhubung perkara tersebut, yang turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan politik.

Terdahulu, Shuhaimi mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap menghina institusi Raja dalam laman blognya seperti “Sultan beraja di mata, bersultan di hati”.

Kata-kata ini tidak patut dilafazkan oleh seorang ahli politik dan wakil rakyat matang, apatah lagi oleh seorang yang berbangsa Melayu seperti Shuhaimi. Orang Melayu berpegang kepada adat sopan dan adat beraja. Perkataan seperti ini tidak harus keluar walau apapun matlamat seseorang itu.

Dalam laman blog http://srimuda.blogspot.com, Shuhaimi antara lain, mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan gambaran amaran kepada institusi beraja Selangor supaya “tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana”. -Politik harian

Ng Kiam Nam, pengadu bunyi azan mohon maaf…


Peguam yang didakwa membantah kelantangan laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Ng Kian Nam tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung kontroversi itu.

Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.

Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.

Ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Ng berkata, “Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi.

“Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh),” katanya.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.

Raja Nong Chik pula berkata isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia merupakan salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.

Beliau juga meminta permohonan maaf Ng diterima oleh semua pihak.

Ng Kian Nam berani tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Bagaimana pula dengan pengadu tentang azan kondominium di Bandar Tun Razak dulu yang pernah mencetuskan pergaduhan dan permusuhan yang agak serius di antara penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam?? Fikir fikirkanlah… -Politik Harian

Monday, January 17, 2011

PRK Tenang: Calon PAS, Normala Melanggar Kesalahan Akta SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengambil tindakan tegas terhadap, Normala Sudirman calon PAS untuk PRK Dun Tenang diatas aktivi menjalankan kempen awal di Tenang. Baca Lagi...

PRK Tenang: PKR, DAP Akan Boikot PAS?


Belum pun pilihan raya kecil Dun Tenang diadakan, pembangkang terlebih awal gagal mempamerkan kesepakatannya apabila, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi pertunjuk awal kekalahan Pakatan Rakyat di Tenang. Baca Lagi...

Sunday, January 16, 2011

PRK Tenang: Normala Calon PAS

PAS mengumumkan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, Normala Sudirman sebagai calon mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Baca Lagi...

Saturday, January 15, 2011

Papa Gomo Rentap Big Dog!!!


Satu letusan dialam cyber telah bermula apabila Papa Gomo membelasah Big Dog secara terbuka! http://www.papagomo.com VS http://bigdogdotcom.wordpress.com .

Seperti yang kita ketahui Big Dog adalah seorang blogger lapok yang lebih dikenali sebagai Old School blogger! Penulisannya juga masih tidak berubah dan sukar untuk diubah mengikut peredaran zaman merentasi masa. Corak pemikiranya masih ditakuk politiking kuno zaman 80an seperti fitnah digunapakai dalam blog Big Dog!….

Kes Rogol amah, Big Dog berjaya melepaskan diri dan membiarkan Rocky kantoi hingga disiasat polis, ini lah dia kawan yang tak guna! Blogging umpama baling batu, sorok tanganBaca Lagi...

Thursday, January 13, 2011

Anwar beri seribu alasan, tak berani debat dengan Khairy!


Tranformasi politik baru Kepimpinan Khairy, berpolitik secara terbuka membuat tawaran debat kepada Anwar selepas Husam Musa (PAS). Biarlah rakyat yang menilai sejauh mana kebenaranya.

Namun seperti yang kita kenali, inilah Anwar Ibrahim pasti ada helahnya dan bermacam macam helah diciptanya untuk menipu rakyat!

Sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu, beliaupun tidak mempunyai masa untuk terima cabaran debat ajakan dari PAS.

Kalau dulu Anwar cabar Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah disahut oleh Shabery, Anwar terima tawaran debat tersebut. Sekarang bila Khairy tawar diri debat, Anwar beri seribu alasan.

Bak kata Lokman Adam, Exco Pemuda UMNO, Sekarang Anwar guna slogan baru “Lari Tetap Lari”!!! Baca Lagi...

Khairy ajak Anwar debat, Shamsul AMK cuba meninggikan yang rendah pula…

Pergerakan Pemuda Umno hari ini telah menghantar surat rasmi jemputan untuk berdebat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat. Surat tersebut diserahkan melalui Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Damansara. Baca Lagi...

Al-fatihah dan Salam takziah buat keluarga blogger Yang Gambi

Berita kehilangan sahabat pejuang YG Gambi amat dirasai oleh kalangan rakan-rakan blogger... Saya pernah bekerjasama dengan beliau ketika PRK Bagan Pinang, bagaikan tidak percaya dengan berita ini...

Beliau menghembuskan nafas jam 11 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang akibat jangkitan paru.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin :(

Balasungkawa blogger http://yanggambi.blogspot.com dalam kenangan.

Tuesday, January 11, 2011

Khairy tawar diri debat dengan Anwar


Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara kendali ekonomi negara.

Menurut kata khairy, Perdana Menteri berusaha menjana ekonomi negara sebaliknya Ketua Umum PKR itu ‘putar-putar’. Baca Lagi...

Sunday, January 9, 2011

Berita Facebook Akan Ditutup 15 Mac benar atau palsu?

Benar atau Palsu. Tidak tahu juga… Adakah kita patut gembira atau tidak dengan berita ini. Tapi setiap orang pasti ada pandangan berbeza dengan berita ini. Kepada kaki kaki laman facebook pasti tidak gembira dengan berita facebook yang akan menamatkan perkhidmatannya. Baca Lagi...

Nama Rais tercemar, Rocky dan Big Dog perlu pohon maaf secara terbuka!

Datuk Ahirudin Attan (Rocky Bru) dan Zakhir (Big Dog) blogger elit yang cuba membakar api fitnah terhadap Rais Yatim perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim ekoran kenyataan bekas pembantu rumahnya yang menafikan dia dirogol Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu. Baca Lagi...

Thursday, January 6, 2011

Azwan Bro KP Perak Terbaru

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini melantik, Saudara Khairul Azwan Dato’ Harun sebagai Ketua Pemuda UMNO Perak bagi mengantikan Sdr Maslin Sham Rasman. Manakala Sdr Maslin Sham pula ditukarkan sebagai Exco Pemuda Umno Malaysia. Baca Lagi...

Wednesday, January 5, 2011

Khairy – Mungkin Akan Ada Perubahan Pemimpin Pemuda Negeri Lagi…


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata berkemungkinan akan ada perubahan kepimpinan Pemuda di peringkat negeri-negeri lain dalam masa yang terdekat setelah beliau melantik Ketua Pemuda UMNO Selangor yang baru, kemarin.

“Setelah buat pertukaran kepada pimpinan Pemuda Selangor, kemungkinan besar saya akan buat perubahan di negeri lain dalam masa terdekat.” Kenyataan Khairy di twitter. Baca Lagi..