Thursday, June 30, 2011

Amaran Untuk AMK: Mungkin Ada Kejutan Kali Kedua Dihadapan HQ PKR Jam 12 Tengahari Ini


Dikhabarkan Kumpulan Pemuda PATRIOT akan hadir sekali lagi di Ibu Pejabat PKR jam 12 tengahari ini… Benar atau tidak, Angkatan Muda Keadilan disaran supaya berkubu di hadapan HQ mereka.

AMK Pertahankan HQ anda sekarang jangan jadi BACHOL, kalau berani bersedialah berhadapan dengan Pemuda UMNO!

Wednesday, June 29, 2011

Video PATRIOT Bukti Saifuddin Nasution Pembohong




Tidak ada pun sebut nak bakar Ibu Pejabat PKR atau ugutmahu cederakan Anwar dan Ambiga... Jelas Saifuddin Nasution seorang penipu besar sama macam Anwar Ibrahim sila baca kenyataan Saifuddin disini...

Tuesday, June 28, 2011

SMS Ugutan Bunuh KJ, Pemuda Umno Kepung PKR


Sekitar 800 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan amaran menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.

Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.

Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 800 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.

Bagaimanapun Lokman memberitahu bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.

“Kami telah memberi arahan keras bukan nak bakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka,” katanya.

http://patriotmalaysia.blogspot.com/