Thursday, June 30, 2011

AMK Jambu Terpaksa Panggil Polis Untuk Hentikan Kemaraan Pemuda PATRIOT

Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.

Enam kereta polis yang turut berlegar-legar  di kawasan ibu pejabat PKR itu.

30 ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan 50 anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR.

Ini Kali kedua Pemuda PATRIOT gegar Pejabat PKR, yang menjadi tanda tanya sekarang beranikah AMK Jambu membuat serangan balas gegar Ibu Pejabat Pemuda... Umno. PWTC?

Atau pun AMK terus menikus menjadi AMK Jambu dibawah pimpinan ketuanya Shamsul Iskandar Bachol...

Exco Pemuda Umno Buat Laporan Terhadap Saifuddin 

Pergerakan Pemuda Umno pada Khamis membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail atas dakwaan memfitnah seorang exco ingin membakar ibu pejabat parti itu.

Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan tersebut di balai polis Tropicana bersebelahan ibu pejabat PKR.

Dalam laporannya, Lokman mendakwa Saifuddin telah memfitnahnya mahu membakar ibu pejabat PKR, Selasa lepas.

Beliau juga mendakwa Saifuddin turut memfitnahnya mahu mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S. Ambiga sekiranya perhimpunan itu diteruskan pada 9 Julai ini.

Lokman yang memakai kemeja-T berwarna merah tiba di balai polis Troicana pada pukul 12.5o tengah hari. Beliau diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Lokman bersama Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican masuk membuat laporan.

Lokman turut mencabar Saifuddin supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR.

Pergaduhan Tercetus Di Hadapan Pejabat PKR Sekarang!!!

Sesiapa yang berdekatan sila terus ke HQ PKR... Keadaan tegang... Pergaduhan tercetus... Ada info mengatakan budak budak AMK bawa parang!!! Ayuh kita gempur!!!

Amaran Untuk AMK: Mungkin Ada Kejutan Kali Kedua Dihadapan HQ PKR Jam 12 Tengahari Ini


Dikhabarkan Kumpulan Pemuda PATRIOT akan hadir sekali lagi di Ibu Pejabat PKR jam 12 tengahari ini… Benar atau tidak, Angkatan Muda Keadilan disaran supaya berkubu di hadapan HQ mereka.

AMK Pertahankan HQ anda sekarang jangan jadi BACHOL, kalau berani bersedialah berhadapan dengan Pemuda UMNO!

Wednesday, June 29, 2011

Video PATRIOT Bukti Saifuddin Nasution Pembohong




Tidak ada pun sebut nak bakar Ibu Pejabat PKR atau ugutmahu cederakan Anwar dan Ambiga... Jelas Saifuddin Nasution seorang penipu besar sama macam Anwar Ibrahim sila baca kenyataan Saifuddin disini...

Tuesday, June 28, 2011

SMS Ugutan Bunuh KJ, Pemuda Umno Kepung PKR


Sekitar 800 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan amaran menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.

Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.

Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 800 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.

Bagaimanapun Lokman memberitahu bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.

“Kami telah memberi arahan keras bukan nak bakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka,” katanya.

http://patriotmalaysia.blogspot.com/