Tuesday, July 19, 2011

Lawak Pagi Buta: ANUgerah Ibrahim Ali?

Jangan marah aku rasa artikel ni lawak gila so aku copy paste je artikel ni dari blog Aku tak peduli blogspot dot com...

Aku nak komen apa ya?

Kalau komen nanti ramai lak ahli Perkasa yang marah.Jadi aku nak tolong promo ANUgerah Ibrahim Ali ini kepada anak anak yang tengah study kat UiTM.Pertama kena faham ANUgerah Ibrahim Ali ini tak sama dengan ANUgerah Tuhan yang satu lagi tu.Tak sama kat mana aku tak tahulah,tapi yang pasti ANU yang sorang lagi tu semua dah tahu saiznya.

Kedua,semangat Melayu mesti kuat.Setakat jerit sana,jerit sini,melolong sana,melolong sini tapi akhirnya tak jadi turun bertempur tak layak.Cakap mesti serupa bikin..

Ketiga,kena ingat hadiah RM5,000 ini Ibrahim Ali sendiri taja dan bukan duit gomen atau UiTM,jadi jangan sia siakan usaha murni ini.

Itu je 3 perkara yang pakcik nak pesan,yang lain ikut je arahan IMPAK kat bawah ini.Kalau tak ikut tahun depan tak ada lagi ANUgerah macam ini.

Monday, July 18, 2011

Pemuda Umno Mantap Perjuangkan Nasib Golongan Muda.. Pemuda Pembangkang Apa Pun Tak Boleh!


Dilihat Pemuda PAS kini seperti tidak wujud di persada politik Malaysia. Dan apabila wujud pun, memperjuangkan isu-isu yang remeh dan kecil. Nama Islam tidak berjaya diharumkan di Malaysia.

Kenyataan-kenyataan Ketua Pemuda PAS, Ust Nasarudin Tantawi tidak dapat diterima masyarakat Malaysia secara umum. Idea-idea beliau dilihat aneh dan tidak matang. Anak-anak muda sekarang lebih tertarik dengan Pemuda Umno berbanding Pemuda PAS.

Nasarudin gagal membawa suara anak muda yang engan tunduk dibawah tekanan DAP!


Kau apahal Jinggo? Aku baling dengan kayu ni kang!

AMK... Anak Muda Keliru dengan dengan sikap Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar yang berakal pendek... dah lah kaki pendek nak berucap pun terpaksa dukong dia..... Inilah ketua Pemuda yang paling tak guna dalam Malaysia... Biadap buat kecoh dalam masjid... apala bangang punya umat ni? tengok video Shamsul buat kecoh dalam rumah Allah di bawah.




Bermula dengan BN Youth Lab, BN Youth Job Fair, Skim rumah pertamaku, Skim latihan dan sebagainya... Ketua Pemuda Umno Malaysia, KJ membawa suara orang muda kehadapan dan merealisasikan kemahuan golongan muda.



Terbaru Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Pahang berjaya, 6,000 dijamin dapat kerja.

Sebanyak 60 peratus daripada 6000 pencari kerja yang mendaftar di Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini sejak Jumaat lalu dijangka mendapat pekerjaan.

Mereka bakal memperoleh pekerjaan dalam pelbagai bidang yang dipohon seperti perhotelan, perladangan dan peruncitan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, selebihnya iaitu kira-kira 2400 orang perlu mengikuti beberapa peringkat temuduga dan latihan daripada syarikat serta agensi berkaitan berdasarkan keperluan jawatan yang ditawarkan.

Rata-rata jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga ke peringkat ijazah serjana muda.


Inilah hebatnya Pemuda Umno/BN, sentiasa prihatin dalam membantu rakyat!

Tapi ada juga rakyat yang terlupa jasa yang telah kerajaan buat untuk bantu mereka... Kalau nak diharapkan Pemuda Pembangkang hidup segan mati tak mahu...

Skandal Khalid Ibrahim, Elizabeth Wong ?


Elizabeth Wong (Eli Wong) kini sering kelihatan disisi Menteri Besar Selanggor Khalid Ibrahim (Khalid Gagap) mesra nampak.... Gambar terbaru yang dirakamkan Eli Wong menemankan Khalid Gagap menghadiri majlis pengkebumian jenazah Raja Aziz Addruse, peguam veteran yang pernah membela Anwar dalam kes liwat 1998.


Apa keistimewaan Eli Wong sehingga Khalid tidak mahu bawa isterinya Puan Sri Salbiah ke majlis ini.. Dan juga apa peranan exco beragama islam seperti Yaakop Sapari, Iskandar PAS, Dr Halimah atau pun Rodziah Ismail….? Malah dalam upacara begini, Setpol MB iaitu Faekah Husin lebih sesuai untuk menemaninya!

Mari kita selak sikit.... dah lama teman perhatikan tingkah laku si Khalid ga ga gagap ni.... Jangan tak tahu bahawa Khalid gagap memang ada hubungan Teman Tapi Mesra dengan Eli Wong....

Cercita... cer cita... Sewaktu kasih mula bersemi... Khalid Gagap begitu ghairah mahu mendampinggi Eli Wong... baek punyaaaaa...... baek punyaaaaa......

Dikhabarkan pelbagai hadiah, bunga dihantar ke pejabat Eli Wong.... bila orang tanya Eli... sapa yang hantar? jawab Eli.. Helmi yang kasi..... Eli pun nak cover jugak.. mungkin malu dapat Teman Tapi Mesra yang ga.... ga.... gagap.....

Eli Wong seperti kita ketahui... lebih minat suka kepada lelaki melayu berbanding dengan lelaki Cina... baek punyaaaa.... tapi dengan Khalid Gagap aku tak tahu pulak?

Khalid ni pun satu... nak skandal.. tak pandai cover... Tidak dinafikan Khalid gagap bahagia apabila Eli Wong sentiasa berada disinya.. bila ditanya apa hubungan Khalid Gagap dengan Eli.. Jawap Khalid... Te te te teman ta ta pi mesra selaluuuuuuuu..... Lidah Khalid lancar bila sebut mesra selalu.... Selain daripada itu dengar cerita Khalid sering memainkan lagu Kekasih Gelapku di bilik pejabatnya.... apa maksudnya ni?

Gambar diatas reaksi Khalid terima MMS gambar Eli Wong tido terkangkang... dah macam terkena nasi kangkang Khalid ni! Kah Kah Kah! Lu pikirrrr la sendiri........

Kartun Utusan Buat Puak PAS Terbakar Macam Masuk Nereka


Ada yang tak senang duduk bila tengok kartun ni.... KAH! KAH! KAH!

Gambar diambil dari: RBF Online

Jenazah Dr Lo' Lo' Selamat Dikebumikan


Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.20 malam, Ahad di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kanser paru-paru.

Kira-kira 2,000 orang ramai hadir termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memberikan penghormatan terakhir.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.


Artikel menarik hari ini: Blogger PAS Menentang Keputusan Hadi Awang