Thursday, July 21, 2011

560 CS, Polis Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Israel


Tuduh terdesak yang dilemparkan oleh Puak Pembangkang:

"Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit."

Kenyataan PDRM

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya.


Inilah namanya taktik kotor yang didendangkan oleh pihak pembangkang. Salah satu cara utama mereka nak raih simpati kepada rakyat ialah memberi keyakinan bahawa PDRM ini kejam! Kalau pihak Polis tak saman Adun Sri Muda yang terdesak, belagak pandai tu dah kira nasib baiklah.

Kes Shuhaimi Adun Sri Muda:


Menghina Sultan

Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari PKR akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Lurah Payudara Anak Raja Petra Punca Perang Mulut

Bak kata Juara Maharaja Lawak Kumpulan Sepah "Baekkk punyaaaa....."

1- Raja Petra membuat satu posting mengenai anak beliau, Raja Sara, yang baru graduated seperti gambar-gambar yang di muat di bawah sekali:

“My daughter Sara graduated today with a B.A. in Marketing Communications” - Raja Petra

2- Ahmad Azman Saaiya yang memang mengenali Raja Petra telah dituduh dan dikatakan membuat komen-komen yang kurang menyenangkan seperti berikut.


.........................................
Anak Petra dah graduate.
“Baju nampak lurah dendam lagi. Takpe bapak dia memang mereng nak buat macamana.
Siapa nak kahwin dengan anak Raja Petra dipersilakan. Kahwin sebelum nikah pun okay. Bapak mentua tak marah.
Cuma syarat nak jadi menantu Petra kena pandai fitnah, pusing fakta semaksima mungkin dan perasan nak jadi kuasa ketiga dalam politik Malaysia.
Oh lupa...pastikan anda takde telur macam Petra.
Lepas fitnah cabut lari lintang pukang. Damn right Pete, membujur lalu melintang pukang.
Kalau tak nak pakai anak Petra, pakai bapak dia pun okay.”
......................................... Raja Petra >




Perghhhh!! Ini memang gosip Panas!!! kalau nak baca lagi klik kat sini....

Bersih 2.0: Polis Diarah Bunuh Anwar Pada 9 Julai ?

PKR menuduh polis cuba membunuh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Yang peliknya polis cuba bunuh Anwar guna tear-gas canister... kenapa polis tak guna peluru hidup tembak kepala Anwar?




Tuduhan membunuh Anwar Ibrahim, adalah tidak berasas sama sekali. Ianya hanya rekaan dari tukang karut Puak PKR yang terlalu angkuh menuduh Polis tanpa usul periksa.

Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat setelah bersih 2.0 gagal.


Punca sebenar Anwar dan pegawai peribadinya mengalami kecederaan teruk di muka, sila  klik disini...

Manifesto Palsu: PAS Kedah Terus Diasak


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata UMNO Kedah akan terus menyoal dan menuntut penjelasan kerajaan Pas Kedah mengenai manifesto parti itu pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengelak daripada menjawab soalan tentang manifesto pilihan rayanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu dilihat sebagai membelakangkan permintaan rakyat.

Menurut kata Datuk Ahmad Bashah, kerajaan negeri tidak boleh mengenepikan soalan tersebut dengan alasan buku mengenainya sudah diedarkan.

“Ia cuma jawapan untuk melepaskan diri. Kerajaan negeri boleh kata buat buku dan edar kepada rakyat tentang kejayaan manifestonya, namun penjelasan harus diberikan oleh Menteri Besar sendiri secara terperinci.

“Kerajaan negeri sepatutnya berani menjawab apa juga persoalan yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada sidang DUN itu berkaitan manifestonya demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi 2011 Kanak-kanak Kemas Parlimen Alor Setar di sini hari ini yang disertai oleh lebih 1,000 murid-murid tadika tersebut.

Ahmad Bashah menambah, rakyat masih mempersoalkan janji-janji pilihan raya kerajaan Pas Kedah tersebut.

“Tiada apa yang perlu mereka takutkan jika benar hampir kesemua janji dalam manifesto tersebut terlaksana. Seharusnya mereka berani menjawab apa juga persoalan tentangnya,” katanya.

Wednesday, July 20, 2011

Buku Fitnah Terbaru Najib, Siapa Yang Akan Berakhir ?


credit kepada KL Boyz

Dulu masa keluar buku kontroversi Tuhan , Politik & Seks karya penulis prolifik politik SH Alattas , portal pro pembangkang Malaysiakini siarkan buku itu diedarkan di PWTC kepada peserta yang hadir di dalam satu program UMNO. Ini bagi menunjukkan bahawa UMNO perhebatkan serangan terhadap Anwar walhal buku itu sudah lama dijual sejak tahun lepas lagi.

Tetapi yang terbaru buku fitnah yang secara total menyerang peribadi Najib telah mula dipasarkan . Penulis buku ini ialah Shahbudin Hussein yang ditugaskan untuk menulis bagi memburukkan Najib.

Apa maksud Najib PM terakhir ?? Mengapa tidak ditulis Najib PM Kerajaan BN terakhir ? Adakah selepas ini sudah tiada PM lagi Malaysia dan sudah bertukar ke Presiden ?

Tengok muka depan buku ini pun sudah tahu isi di dalamnya akan dimaksimumkan sebanyak mungkin serangan fitnah terhadap Rosmah. Tak hairan lagi sampai di create cerita cincin Rosmah yang dibelinya bernilai US 24 juta dihantar melalui courier cap ayam.



Aku pelik buku ini cakap pola di PRU Sarawak beri petanda BN akan berakhir , sedangkan BN menang majoriti 2/3 di sana dan PAS - PKR kalah teruk sekali. Jadi , di mana yang dikatakan petanda akab berakhir itu ?

Adakah juak-juak Pakatan ini masih lagi tak mahu mengaku parti mereka semakin ditolak rakyat ?

Mungkin itu lah sebabnya mereka terpaksa buat juga buku fitnah ini...

Sumber: -Generasi Pejuang Bangsa

Haramkan Perkataan ISLAM Yang Dinamakan Kepada Parti PAS!

Berdasarkan kepada pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam, ianya seharusnya diberikan perhatian.

Ini adalah kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH SWT melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’.

Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli.
Demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.

Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan,Terengganu dan Kedah yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan ‘Ikhwanul Muslimin’, di Pakistan ‘Jamiatul Islamiah’, di Indonesia ‘Mahsumi’ yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Baca lagi...