Thursday, July 21, 2011

Hidup Atau Mati: Polis Keluarkan Waran Tangkap Untuk Anwar, Samad Said, Husam

Anwar Ibrahim

A.Samad Said

Husam Musa

Chegu Bard
Tengok Video Chegu Bard lari dari polis disini...

Gagal hadir bantu siasatan pembabitan dalam perhimpunan 9 Julai

Polis  akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu selepas gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan seperti diminta.

Senarai Nama:

1- Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
2- Datuk A Samad Said - Sasterawan Negara
3- Datuk Husam Musa - Naib Presiden PAS
4- V Sivakumar - Timbalan Pengerusi DAP Perak
5- Haris Ibrahim – Blogger
6- Latifah Koya – Peguam
7- Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bard - SAMM PKR
8- Wong Chin Huat - aktivis
9- R Sivarasa - Parlimen Subang
10- Nurul Izzah Anwar - Parlimen Lembah Pantai
11- Dr Hatta Ramli - Parlimen Kuala Krai
12- Datuk Reezal Merican Naina Merican - Exco Pemuda Umno
13- Dr Lo' Lo' Ghazali -Parlimen Titiwangsa : meninggal dunia

Semua 13 individu terbabit dipanggil untuk hadir di IPD Dang Wangi sejak 11 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu, namun sehingga sekarang belum berbuat demikian.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan mereka, bagaimanapun Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Ghazali meninggal dunia, Ahad lalu.

Semalam, Polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan 13 individu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman selain dua pemimpin HIMPUNAN PATRIOT iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi.

Bersih 2.0 : Gambar Pegang Pisau - Bukan Super Impose


Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membuat laporan polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa sekeping gambar yang diambil oleh seorang jurufoto Kumpulan New Straits Times pada perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas menggunakan teknik 'super impose'.

Laporan itu dibuat oleh Presiden MPPA Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Perhimpunan Haram Bersih Hasut Rakyat Jadi Ganas

Terpengaruh Dengan Budaya Asing! Ini Bukan Budaya Rakyat Malaysia!

Buka Topeng Nak Glamer Rupanya... 


 
Inilah rupanya.... Beliau dikenali dengan nama samaran Ajak, seorang peserta Himpunan Haram Bersih 2 dari Unit Amal PAS, Nama penuh Abdul Razak Endut, umur 32, berasal dari Temerloh...

Premis Hiburan Haram Bertambah Di Selangor


Kerajaan Selangor mengakuiwujud banyak premis hiburan yang beroperasi secara haram ekoran tindakan kerajaan negeri yang masih membekukan pengeluaran lesen pusat hiburan.

Ronnie Liu DAP
Hai yaaa.... Untung maaa. 
Untung mendapatkan pendapatan lebih bagi kerajaan negeri.... 
lain semua wa talak peduli.....

Hasan Ali PAS
PAS tidak berupaya melakukan penguatkuasaan
Kita tutup mata jelah... boleh?

Rumah urut dan pusat hiburan semakin banyak dibuka di Selangor. Penduduk tempatan juga bimbang golongan muda terutama yang beragama Islam akan rosak akhlak dan terjebak ke kancah maksiat dan kemungkara. Mereka mendesak supaya pihak berkuasa negeri mengambil tindakan penguat kuasa.