Wednesday, July 27, 2011

Kecoh! Penyokong Ambiga Gagal Kawal Emosi


Selepas kekecohan di ibu negara pada 9 Julai lalu, penyokong Bersih masih gagal mengawal emosi termasuk sewaktu menghadiri diskusi ilmiah mengenai hala tuju gabungan berkenaan pada Selasa.

Selain mencetuskan suasana bising hingga menggangu kelancaran majlis, terdapat juga sebahagian penyokong kumpulan berkenan hampir bertindak kasar kepada salah seorang penonton apabila mengemukakan soalan yang tidak disenangi mereka.

Kekecohan yang berlarutan hampir sepuluh minit itu terpaksa diredakan oleh moderator wacana anjuran akhbar Sinar Harian tersebut, Wan Saiful Wan Jan dengan dibantu oleh petugas unit keselamatan penganjur.

Ketegangan berkenaan berlaku pada sesi soal jawab bersama penonton apabila seorang peguam, Kamaruddin Ahmad mengemukakan soalan kepada Ambiga.

Beliau yang mahu mendapatkan penjelasan bekas Presiden Majlis Peguam itu sama ada Bersih mahu meneruskan beberapa siri perhimpunan haram lain yang menurutnya tidak mengikut undang-undang dan mencabul Perlembagaan Persekutuan akhirnya di jerit oleh majoriti penyokong Bersih yang hadir.

Bukan sahaja dikecam kerana mengemukakan soalan sedemikian, malah beberapa penonton yang hadir bangun dari tempat masing-masing dan menyerbu ke arah Kamaruddin.

Malah, Wan Saiful yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), turut beberapa kali menegur penonton yang hadir agar bertindak profesional serta menghormati majlis ilmu berkenaan.

Teguran berkenaan dibuat selepas penyokong Bersih secara kerap 'mengganggu' Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengemukakan pandangan.

"Saya hampir kecewa dengan gelagat saudara sekalian, tolong hormati majlis ilmu ini...kalau anda berterusan membuat bising, kita terpaksa hentikan perbincangan hari ini," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad ketika menjawab soalan turut melahirkan kekecewaan apabila penonton yang hadir tidak terbuka menerima pandangan yang dikemukakan.

Menurutnya sikap berkenaan mencerminkan bahawa penyokong Bersih yang hadir itu sememangnya tidak berminat mendengar pandangan yang bertentangan dengan pendirian mereka melainkan jika berpihak kepada matlamat Bersih.

"Anda tidak terbuka mendengar penjelasan, saya sendiri sanggup hadir kerana mahu berhadapan dengan Bersih...saya ingin beri penjelasan tentang lapan tuntutan Bersih.

"Tapi tindakan anda tidak mencerminkan kematangan terutamanya ketika menghadiri majlis ilmu," katanya.

Tuesday, July 26, 2011

Update: Wacana Sinar 'Apa Selepas 9 Julai' Kecoh!


Program diskusi ini dilihat agak tidak mencapai matlamat memandangkan sikap hampir kesemua hadirin (penyokong bersih) yang ada di dalam mahu pun di luar dewan tidak menunjukkan satu sikap yang matang. Pendek kata mereka ini bertindak persis monyet.

Tindakan penyokong Bersih yang tidak mahu mendengar perjelasan daripada Datuk Wan Ahmad amat menjijikkan. Setiap kali Datuk Wan Ahmad memberkan perjelasan penyokong BerSHIT ini menjerit dengan laungan provokasi antaranya "penipu" malah mereka juga bertindak "boo" setiap kali jawapan wakil SPR itu. Laporan penuh baca disini...

Bersih 2.0 Rally : Truth That Cannot Be Covered PART 2


Bersih 2.0: This is the real truth...




The truth is BERSIH chairperson promised to hold a peaceful rally at a stadium- they failed to deliver their promise

The truth is BERSIH represents a small segment of the Malaysian population

The Truth is BERSIH is targeting a takeover of the present democratically elected government via chaos and anarchy

The TRUTH is BERSIH is funded from foreign fund and carries foreign agenda

The BIGGEST aim of BERSIH is to topple the present democratically elected government and have proxies to rule Malaysia.

Please watch what the RAKYAT MARHAEN say about BERSIH

TQ Anak Bukit Gantang

Awas! Tiga Blog Blogger Pro-BN Di Gondam


3 blog, blogger pro-Umno/BN di gondam dan dipercayai ianya perbuatan khianat blogger-blogger Pembangkang. Ketiga-tiga laman blog tersebut dimuatkan dengan gambar dan artikel lucah.

Puak pembangkang ni sememangnya tak ada kerja lain nak buat agaknya? Tak tahulah berapa banyak upah yang diberikan oleh Anwar untuk membuat kerja-kerja jahat ini. Semalam laman facebook PM digondam klik disini...

Senarai nama blog yang digondam:



Penyokong Ambiga Menyalak Di Wacana Sinar


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin puak yang tidak bertemadun, melalak, maki hamun semua ada dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. Adakah ini yang dinamakan BERSIH??

Seharusnya beliau diberi peluang membuat penjelasan bukan dimaki hamun dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Tak habis-habis puak BERSIH ni buat hal...ISAkan saja Ambiga!

Ikuti laporan bergambar disini...