Thursday, August 4, 2011

Bukti Azmin Ali & Khalid Ibrahim Campurtangan di UNISEL


Terdapat beberapa bukti campurtangan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim hingga menyebabkan perletakan jawatan Naib Canselor UNISEL. Malah Khalid Ibrahim tidak menafikan beliau campur tangan di UNISEL (baca sini). 

Azmin Ali menulis di Twitter kononnya inginkan Naib Canselor yang memahami aspirasi pelajar. Bukan aspirasi pelajar yang dimahukan Azmin, tetapi aspirasi PKR dan DAP yang dimahukan. 

Apa yang dimahukan oleh Khalid Ibrahim perlu dilaksanakan oleh Naib Canselor UNISEL biarpun tidak mengikut prosedur.

DAP dan PKR telah meruntuhkan gedung ilmu di UNISEL dengan mendesak memecat tiga orang pegawai di UNISEL. Memo di bawah ini adalah bukti campur tangan Khalid Ibrahim yang mahu UNISEL jadi universiti PKR dan DAP.

Inilah kalau politik sudah masuk dalam universiti. Seharusnya Kerajaan PKR Selangor yang tidak pandai mentadbir tidak mencampuri urusan Unisel. Ini akan memberi kesan buruk kepada universiti. Perlukah semuanya hendak campur tangan?


 Bukti penglibatan Khalid Ibrahim dalam kemelut perletakkan jawatan TNC Unisel

Artikel terdahulu: Siapa Yang Pegang Peranan Naib Canselor UNISEL Sebenarnya?

Info-Angin Perubahan

MAGARAN Mahu Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Pelakon Video Seks


Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) hari ini telah menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Undang-Undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut bagi mengenal pasti pelakon video seks tersebut, berdasarkan Seksyen 2 (1) (D) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

”Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ini memberikan kuasa kepada Duli Paduka Tuanku untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat apa-apa perkara yang berfaedah bagi kebajikan awam. Sesungguhnya hasil siasatan Suruhanjaya Di Raja nanti akan memberikan faedah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya untuk memilih pemimpin terbaik untuk Negara.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili rakan-rakan NGO, bloger dan facebooker serta rakyat biasa yang ingin mengetahui kebenaran, memohon kepada Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam rakaman video lucah yang di kaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Zubir Abdullah, wakil kepada Setiausaha Sulit Kanan YDP Agong sebentar tadi di Istana Negara.

Ujarnya, pada 21 hb Mac 2011, masyarakat dikejutkan dengan berita penayangan satu klip video lucah di Carcosa Sri Negara oleh pihak yang bergelar Dato T kepada sekumpulan wartawan.

Pada 22 hb Mac 2011, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis berkaitan penayangan video lucah di Carcosa Sri Negara dan seterusnya membuat satu sidang media menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

“Semenjak dari tarikh tersebut, masyarakat telah mula bertelagah dan berpolemik tentang siapa lelaki pelaku dalam video seks berkenaan tanpa ada kesudahannya sehingga menimbulkan suasana tidak selesa dan fitnah memfitnah di kalangan masyarakat. Semua kekusutan ini perlu di selesaikan dengan menurut saluran perundangan yang betul demi untuk mengelakkan fitnah terus berleluasa menjadi budaya di kalangan masyarakat kita.

Maka sebuah panel bebas sewajarnya di tubuhkan untuk menyiasat identiti siapa pelaku dalam video seks berkenaan. Ini kerana wujud kebarangkalian pelaku dalam video seks berkenaan berkemungkinan akan menjadi calon Perdana Menteri Malaysia,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, ujarnya sebagai warganegara Malaysia yang menjunjung perlembagaan dan rukunegara serta nilai-nilai moral untuk terus maju ke hadapan dengan acuan kita sendiri, setiap daripada kita bukan sahaja seharusnya bersih tetapi seharusnya di lihat bersih, tanpa mengira status kita samada rakyat biasa atau pemimpin Negara.

Oleh itu, bagi menzahirkan kebenaran, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui samada Dato Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video lucah itu atau tidak. Apa jua keputusan Suruhanjaya DiRaja ini akan menghentikan fitnah dan akan membolehkan pihak-pihak yang teraniaya untuk membersihkan nama masing-masing.

“Laporan siasatan Suruhanjaya Di Raja ini juga akan dapat menyelamatkan Negara daripada dipimpin oleh pemimpin yang berakhlak keji, yang berpura-pura dan hipokrit,” ujarnya lagi.

Sumber-Sahabat Gunung

Siapa Yang Pegang Peranan Naib Canselor UNISEL Sebenarnya?


2 Ogos 2011, Dr Rosli Saruwono telah mengambil keputusan meletak jawatan dalam masa 24 jam. Keputusan tersebut dibuat kerana Dr Rosli tidak ingin bersekongkol untuk memecat tiga orang pegawai UNISEL tanpa melalui prosedur yang sepatutnya (baca sini).

Dr Rosli menyatakan ketika baru dilantik bahawa beliau tidak akan mahu menjadi pak turut kepada sesiapa? Siapa sebenarnya yang menjadi Naib Canselor di UNISEL?

Institusi pengajian yang diuruskan oleh kerajaan negeri pembangkang amat kejam. Bukan sahaja di UNISEL, sebelum ini di KUIN, pada 25 Mei 2011, enam orang mahasiswa KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib yang keras oleh universiti milik kerajaan negeri Kedah tersebut. Timbalan Dekan turut dibuang oleh KUIN

PAS Kedah KEJAM


25 Mei 2011, enam orang mahasiswa KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib yang keras oleh universiti milik kerajaan negeri Kedah tersebut. Timbalan Dekan turut dibuang oleh KUIN. Semuanya adalah kerana mereka mengadakan demonstrasi di KUIN disebabkan membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

AUKU yang selama ini dikatakan kejam telah dilaksanakan di Kedah yang dipimpin oleh PAS. Tidak pernah terjadi seorang Timbalan Dekan dipecat kerana kesalahan terbabit. Inilah perangai kejam PAS Kedah, mereka menzalimi institusi pendidikan negara ini dengan mengenakan yuran berkali ganda terhadap UUM, pecat Timbalan Dekan dan menggantung pelajar di KUIN. Lebih kejam, mereka ini tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan dan membela diri mereka. Orang-orang muda sokonglah lagi PAS, bila perintah mereka tidak mengambil kira soal budi bicara langsung.

Kes Rogol




Laporan polis yang dibuat oleh seorang pelajar Master Kejuruteraan Mekanikal pada 11 Mac 2009 di UPM sebelum pensyarah tersebut menyertai UNISEL (baca sini). Bagaimana UNISEL boleh melindungi orang sebegini yang mempunyai kes dan diterima masuk ke UNISEL? Siapa yang menjadi Naib Canselor di UNISEL sebenarnya? Mana dia kumpulan Pro Mahasiswa yang merempuh pintu di UPM dalam isu rogol ini?

Info- Angin Perubahan