Thursday, August 11, 2011

Khalid Ibrahim Kena Pukulan TKO KJ


Isu JAIS serbu Gereja DUMC dilihat akan terus panas kerana banyak pihak sudah mendedahkan apa sebenarnya cuba dilakukan gereja terbabit malah sudah banyak bukti wujudnya usaha mencampuri urusan agama lain yang bercanggah dengan perlembangaan negara! 

Khalid mudah terperangkap oleh tektik” divide and rule” pecah dan perintah musuh-musuh Islam yang mahu melihat Umat Islam sentiasa bercakaran dan bertentangan pendapat didalam menangani sesuatu isu yang timbul.

Tunggu Apa lagi Khalid Ibrahim tunggu? Tembelang sudah pecah, berundurlah dari jadi BONEKA MB DAP!


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa adanya cubaan untuk melengah dan memerapkan daripada perhatian umum isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, Rabu lalu.

Beliau berkata, ini kerana tiadanya sebarang tindakan susulan terhadap isu serbuan JAIS itu.


"Bagi kami, helah sedemikian amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sesuatu yang amat sensitif bagi kedua-dua masyarakat Muslim dan Kristian di Malaysia, yang sedang memerhati dan mengikuti kes ini," katanya.

"Sebarang usaha untuk melengahkannya adalah suatu yang amat tidak bertanggungjawab dan dan hanya menempah ketidakstabilan rakyat dan negara.

"Sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorokkan perkara ini dari rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sahaja sebab tidak layak lagi memegang jawatan menteri besar," kata Khairy.

Bagi Pemuda Umno, katanya, tiada sebarang kompromi dalam perkara yang melibatkan aspek akidah.

"Oleh itu, kami mendesak agar rakyat diberikan bukti dan laporan tentang perkara ini dan pada yang sama janganlah kita mudah untuk saling tuduh menuduh.

"Atas sebab itulah, kerajaan negeri Selangor harus tampil memberi penjelasan berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama sekarang juga, tanpa berdolak-dalih lagi," tegas Khairy.

Sehubungan, katanya, Pemuda Umno "amat kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang bukan sahaja dilihat lesu malahan kaku dalam tindakannya menangani isu serbuan tersebut.

Dakwanya, menteri besar memilih untuk berlengah dan menyorok di belakang tabir JAIS walaupun beliau sepatutnya harus segera menyiasat kes ini bagi mengambil tindakan perlu yang wajar.

Isu gereja DUMC : Kumpulan Taiko DAP Perang Besar!


Dalam mesyuarat DAP Selangor kemarin menjadi panas dan bertelagah apabila kumpulan penganut Buddhist yang diketuai Speaker Dato Teng Chang Kim menyalahkan kumpulan penganut Kristian yang diketuai Theresa.

Walaupun pendirian mereka di awam berlainan sekali, rata-rata mesyuarat memperakui kesilapan pihak gereja yang tidak berlesen.

Keputusan mesyuarat adalah untuk tidak memanjangkan isu ini dan tunngu keputusan Menteri Besar yang dijangka lepas Hari Raya.

DAP masih marah kepada Dato Dr Hassan Ali dan menuntut MB melucutkan jawatan exco.

Difahamkan Anwar tidak mempersetujui. Dia takut kesan lebih teruk kepada Pakatan Rakyat. Untuk melucutkan Hassan Ali, Anwar hanya akan tunggu pilihanraya umum.

Anwar mungkin sedar rata-rata reaksi orang Melayu Islam amat marah sekali kepada MB Selangor kerana gagal mempertahan JAIS dan sebaliknya sedia meminta maaf kepada gereja tanpa melihat laporan JAIS atas tekanan dari Theresa Kok, Dr Xavier dan Elizabeth Wong.

Rata-rata juga kakitangan JAIS dan amnya kakiktangan kerajaan negeri kecewa dengan Pakatan Rakyat kerana tak faham tugas JAIS berasaskan dasar, dan undang-undang.

PKR Selangor jelas mengambil pendekatan berdiam. Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali masih belum memanggil mesyuarat.

Lain sekali dengan PAS Selangor yang dikuasai oleh Khalid Gereja. Marah dan dendamnya terhadap Hasan Ali yang tiada had. EMosinya sudah tidak boleh dibendung melainkan melihat Hasan Ali dikenakan tidnakan oleh MB atau PAS Pusat.

Pendirian Dr Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor baru tidak diketahui lagi kerana berada di luar negara, tetapi boleh dijangka hanya kerbau Khalid yang ditarik hidung.

Walaupun orang Kristian masih mempertahankan gereja dan anggap tindakan JAIS keterlaluan kerana menceroboh private property dan majlis, impak negatif adalah kepada kerajaan PR Selangor.

Masalah mubaligh Kristian yang keterlaluan dalam mengkristiankan masyarat penganut Hindu, Buddha, Tao dan lain-lain belum difahami ramai tetapi adalah masaalah potensi jika diberlarutan.

11/8/2011 jam 10:30 pagi, GAPS akan serah memo sokongan kepada JAIS. -The Unspinners

Kerajaan Prihatin: Najib Umum RM53.4 Juta Biayai Pelajar


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, semua pelajar yang layak akan menerima wang sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT.

"Ini adalah salah satu usaha yang mana selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Percayalah, kerajaan akan terus membantu golongan muda kerana mereka adalah harapan negara dan kita akan melakukan yang terbaik untuk menjamin masa depan golongan belia," katanya hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini.

Wednesday, August 10, 2011

Tahniah Khalid Ibrahim Terima Hadiah Mangkuk Tandas Dari Rakyat Selangor KU




Tentunya Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim Gumbira menerima hadiah penyapu, mangkuk tandas, moop dll yang di berikan oleh rakyat Selangor... Ini menunjukkan rakyat sudah menyampah dan meluat dengan sikap Khalid Gagap yang menjadi boneka MB kepada DAP! 

Atas kedangkalan Khalid Gagap menangani isu murtad sesuai benar ungkapan ini Khalid Ibrahim Mangkuk Tandas!

Kenyataan Pemuda Umno Berhubung Isu Serbuan JAIS Dan Murtad - KJ Desak Khalid Ibrahim Letak Jawatan

Kenyataan Pemuda Umno Berhubung Isu Serbuan JAIS Dan Murtad - KJ Desak Khalid Ibrahim Letak Jawatan



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) amat kecewa dengan Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja dilihat lesu malahan kaku dalam tindakannya menangani isu serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Kalau dilihat daripada awalnya, para pendokong pembangkang begitu beria untuk cuba mengelakkan diri dari bertanggungjawab dan terus menuding jari dengan mengatakan bahawa perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa KDYMM Sultan Selangor. Malahan, tanpa usul periksa dan semberononya, mereka juga tampil dengan dakwaan bahawa ia adalah suatu konspirasi Kerajaan Pusat.

Namun, segalanya berubah dan sepi sejurus selepas YAB Menteri Besar Selangor bersuara kerana mereka tahu bahawa pihak Kerajaan Negeri harus memikul tanggungjawab dan menjawab segala persoalan berhubung isu ini. Walau bagaimanapun, apa yang amat mengecewakan adalah adanya cubaan untuk melengah dan memerapkan isu ini dari perhatian umum dengan tiadanya sebarang tindakan susulan.

Bagi kami, helah sedemikian amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sesuatu yang amat sensitif bagi kedua-dua masyarakat Muslim dan Kristian di Malaysia, yang sedang memerhati dan mengikuti kes ini. Malangnya, disebalik kesedaran Menteri Besar tentang betapa sensitifnya kes ini, beliau telah memilih untuk berlengah dan menyorok di belakang tabir JAIS walaupun beliau sepatutnya harus segera menyiasat kes ini bagi mengambil tindakan perlu yang wajar.

Bagi masyarakat Muslim, kegusaran mereka tertumpu kepada isu murtad atau keluar agama. Ini disebabkan bukan sahaja sebarang langkah bagi mengembang kepercayaan agama lain kepada penganut Islam adalah ditegah oleh Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, malahan penukaran agama atau murtad adalah satu dosa yang amat besar di dalam Islam. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa cubaan untuk memurtadkan penganut agama Islam di gereja tersebut adalah suatu yang amat serius.

Pada waktu ini, gambaran yang sebenar masih lagi kabur. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil-wakil masyarakat Kristian berhubung isu ini, kejadian tersebut tidak lebih daripada Majlis Makan Malam Kesyukuran (a thanksgiving dinner). Namun, terdapat pula pihak yang menyangkal kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa ia bukan sekadar majlis makan malam dengan bukti borang soalan tentang agama Islam yang didakwa dikoyak dan dibuang sejurus sebelum pihak penguatkuasa JAIS menyerbu masuk.

Manakala bagi masyarakat Kristian, mereka tersinggung dengan serbuan dan menganggapnya sebagai suatu penindasan, pembulian dan tiadanya sikap toleransi. Disamping itu, sudah pastinya mereka kecewa akibat disalah tuduh sekiranya dakwaan adanya usaha-usaha bagi memurtadkan orang Islam di gereja tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Oleh itu, apa yang mustahak sekali adalah bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk tampil bagi menjelaskan isu ini, sekarang tanpa bertangguh lagi.

Dalam hal ini, sekiranya Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dan Pemuda PAS telah berpuas hati dengan penjelasan JAIS, persoalannya apakah pula yang ditunggu-tunggu oleh Menteri Besar Selangor untuk mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan negeri berhubung isu ini? Pada masa yang sama Dato’ Dr Hasan serta Pemuda PAS haruslah juga tampil ke mata umum untuk menjelaskan sebab dan asas bagi mereka berpuas hati dengan tindakan JAIS. Ini kerana kita tidak boleh menerima apa yang mereka kata bulat-bulat. Masyarakat umum juga mahu tahu apa bukti yang meyakinkan mereka untuk menyokong JAIS? Oleh itu, amatlah penting kepada masyarakat Islam dan Kristian untuk mengetahui apakah bukti dan laporan yang telah mereka terima sehingga memuaskan hati mereka dengan asas serbuan pada 3 Ogos itu.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO juga ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh terus menyalah dan menolak bantuan kemanusian atau kewangan yang dihulurkan oleh sebilangan pihak gereja kepada mereka yang dhaif dan memerlukan. Ini kerana bantuan tersebut sememangnya ditagih dan membantu golongan miskin di saat memerlukan. Namun, apa yang tidak boleh diterima oleh orang Islam adalah apabila bantuan tersebut diberi dengan bermotif atau diselitkan dengan usaha untuk memurtadkan mereka yang mana bukan sahaja suatu yang salah bagi penganut agama Islam bahkan menyanggahi ketetapan Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama, episod sebegini merupakan suatu peringatan kepada kesemua institusi yang menyelenggarakan kutipan wang zakat untuk berusaha lebih giat di dalam mengenal pasti serta menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf penerima zakat, terutama yang fakir dan miskin. Sungguhpun kita tidak menolak inisiatif dan bantuan mana-mana pihak , tetapi institusi zakat haruslah bersedia dan mampu menjadi tempat pertama bagi orang Islam untuk memohon bantuan di kala memerlukan.

Disamping itu, kepada pihak yang beranggapan dan berkata “janganlah takut tak keruan, takkanlah orang Islam senang sangat nak tukar agama sebab dapat bantuan”, kami nak tegaskan kepada mereka supaya berpijak di bumi yang nyata. Ia mungkin suatu yang lunak dan mudah diungkap oleh mereka yang hidup dengan selesa berselimutkan kehidupan kelas menengah tetapi tidak sama sekali bagi sebilangan besar golongan miskin yang begitu terdesak sehingga terpaut dengan sebarang bantuan kewangan untuk menukar agama mereka. Bahkan perkara ini bukan suatu fenomena yang asing atau baru.

Sebagai kesimpulannya, Pemuda UMNO amat serius memantau isu murtad atau pertukaran agama. Bagi kami, tiada sebarang kompromi di dalam perkara yang melibatkan aspek akidah. Oleh itu, kami mendesak agar rakyat diberikan bukti dan laporan tentang perkara ini dan pada yang sama jangalah kita mudah untuk saling tuduh menuduh. Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri Selangor harus tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama sekarang juga, tanpa berdolak-dalih lagi. Sebarang usaha untuk melengahkannya adalah suatu yang amat tidak bertanggungjawab dan dan hanya menempah ketidakstabilan rakyat dan negara. Sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorokkan perkara ini dari rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sahaja sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar.

Sumber: http://www.facebook.com/Khairykj

Anwar Perlu Terima 5 Bekas Sahabat Baiknya Menjadi Saksi Kes Liwat II


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diharap dapat menyahut cabaran lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedia menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwatnya dalam usaha mencari kebenaran dan keadilan kepada Ketua Umum PKR termasuk Saiful Bukhari Azlan.

Jika Anwar seorang pemimpin yang berani, kelima-lima individu berkenaan akan dipanggil untuk membantunya dalam mencari kebenaran khususnya dakwaaan yang diungkapkan oleh Anwar di serata ceruk negara bahawa beliau difitnah dan konprasi peringkat tertinggi dan sebagainya.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

5 bekas pemimpin PKR, setiausaha sulit sedia jadi saksi kes Anwar

Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.