Wednesday, August 17, 2011

Sepah Maharaja Lawak Tidak Berpecah, Cuma Salah Faham


Anggota kumpulan Sepah, Shuib mengakui terkilan dengan kontroversi kononnya mereka akan berpecah selepas memenangi pertandingan Maharaja Lawak lalu.

Jelasnya, apa yang dimaksudkan dengan berpecah adalah tiada halangan untuk menerima tawaran secara berseorangan dalam mana-mana persembahan atau lakonan.

“Pertama sekali saya ingin terangkan bahawa kami tidak berpecah, saya rasa ada salah faham dari kenyataan yang dikeluarkan daripada salah seorang anggota Sepah.

“Apa yang cuba mereka sampaikan ialah kami boleh berpecah-pecah jika mendapat tawaran persembahan pentas atau berlakon dan bukan semestinya bertiga,” jelasnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Kata Shuib, disebabkan khabar angin tersebut dia menerima beberapa panggilan daripada peminat tidak dikenali yang meluahkan rasa kecewa mereka.

“Lebih terkilan apabila ramai peminat yang telefon saya untuk meluahkan rasa kecewa mereka kerana telah berhabis duit mengundi kumpulan kami dalam Maharaja Lawak lalu.

“Saya rasa bersalah dengan mereka kerana mereka ingin melihat Sepah terus berada di industri ini secara berkumpulan bukan secara solo.

“Jujurnya, saya akui kami tidak akan kuat jika bergerak sendiri tanpa salah seorang daripada kami,” tuturnya.

Dalam pada itu, Shuib akui ada beberapa tawaran yang tidak dapat dipenuhi ketiga-tiga mereka atas sebab-sebab tertentu.

“Kami sudah berkawan lama dan berjanji tidak akan menyekat rezeki masing-masing.

“Jika salah seorang daripada kami sibuk dan tidak dapat menyertai, kami tetap akan meneruskan persembahan biarpun berdua atau seorang,” katanya.-Mstar.

Pemuda Umno Lancar Ekspedisi Desa

Pergerakan Pemuda UMNO akan melancarkan Ekpedisi Desa 1Malaysia (ED1M), program kembara melihat pertumbuhan dan kemajuan industri desa di negara ini pada 4 Oktober depan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata program itu dengan kerjasama Dewan Usahawan Industri Desa akan dibahagikan kepada zon utara, zon selatan, zon timur dan zon Sabah serta Sarawak.

"Kita sasarkan antara 150 dan 200 peserta dalam setiap zon," katanya pada sidang media sempena program itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijadual melepaskan peserta pada pelancaran program itu di PWTC.

Khairy berkata, program itu dimulakan dengan zon utara pada 4 hingga 8 Oktober di mana peserta akan meninjau industri desa di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Selatan Thailand.

Antara lokasi industri desa yang dikenal pasti untuk dilawati ialah projek yang berjaya dalam bidang industri asas tani, kraftangan, jahitan dan inap desa.

Khairy menambah, peserta akan didedahkan dengan amalan terbaik dalam industri desa bagi membolehkan mereka mengaplikasikannya dalam projek masing-masing.

"Bagi peserta yang mempunyai pelan perniagaan yang bagus selepas menghadiri program ini, kita akan bantu mereka dapatkan geran daripada pihak yang terlibat untuk projek mereka," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan golongan usahawan muda dan pelajar menyertai program itu dengan mendaftar di laman sesawang www.ekspedisidesa.com.my atau menghubungi talian 03-40423892.

Stesen televisyen berbayar Astro juga akan menjadikan ED1M sebagai program realiti 13 episod, katanya. - BERNAMA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pendedahan Isu Gereja DUMC: Nea Reima Mareana Adalah Pelajar Cemerlang, Peroleh 14A

Gambar Nea Reima : September 06, 2009

Gambar Nea Reima : February 07, 2009

Gambar Nea Reima ketika pemeriksaan JAIS di Gereja DUMC Ogos, 02, 2011  

Ketika berusia 17 tahun, Nea Reima Mareana Mahadzir, anak kepada seorang nelayan, telah membuktikan kesukaran hidup bukan penghalang untuk memperoleh 14A.

Dia memperoleh sembilan 1A dan lima 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.

Nea Reima anak keempat daripada lima beradik itu, pernah berkata, apa yang penting ialah kemahuan untuk berjaya dengan berusaha sedaya upaya bagi merealisasikan keinginan tersebut.

Ketika itu, Nea Reima yang bersekolah di SMK Sultanah Asma memberitahu, dia tidak mempunyai waktu tertentu untuk mengulangkaji tetapi akan menelaah pelajaran pada masa yang membolehkannya menumpukan sepenuh perhatian.

Sejarah kenangan manis Nea Reima tersebut dicatakan di Utusan Online pada 13/03/2007. Sila baca di sini...

Amat menyedihkan, terdapat segelintir golongan atau parti yang memperjuangkan Islam menyalahgunakan kuasa, tidak amanah, dan mengambil kesempatan atas tiket "agama" semata-mata kerana mahu meraih undi.

Jika tertakdir Nea Reima serta rakan-rakanya sudah terpesong akidah seperti mana dicurigakan, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk membantu mereka. Semoga keislaman mereka masih utuh.

Seruanku kepada rakan-rakan islam marilah bersatu bersama menaganni masalah ini... Bicara politik yang tidak ada berkesudahan dan bukan jihad mutlak itu kita simpan di belakang dahulu.

Maruah agama dan bangsa lebih hebat dan besar daripada maruah pertubuhan parti, bersamalah kita bertawaduk dan bertafakur membela sesama kita didalam senyap yang penuh berhikmat.

Sudah menjadi kewajiban bagi kita umat Islam untuk menjaga akidah umat Islam.

Aku yakin Nea Reima Mareana mampu membuktikan sekali lagi kesukaran hidup bukan penghalang untuk Nea meneruskan perjalanan hidupnya...

p/s: Pembetulan sedikit... diberitahu bapa Nea Reima bukan lah seorang nelayan seperti yang tertulis di Utusan... waktu wartawan tanya pekerjaan bapanya, Nea kata ayahnya bekerja sailing.... Utusan ingat sailing itu nelayan...

Politik Harian/Bro Jinggo

Fobia Dengan Surat MBPJ, Nik Nazmi Bakal Tumbang PRU Ke-13

Poyo gila si kecik nie...

Kenapa Nik Nazmi nak fobia dengan surat MBPJ tersebut? Hinggakan Nik Nazmi terpaksa membuat laporan polis kononnya pendedahan yang dibuat oleh beberapa blogger UMNO dengan menyiarkan surat dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah palsu.

Sebab utamanya ialah kerana rakyat mula syak sesuatu apabila Gereja yang diberitakan akan disita tiba-tiba dibatalkan.

Dan jelas Pakatan Rakyat sudah mula kalut apabila rancangan mereka bagi mempertahankan perlakuan gereja di dedahkan satu persatu kepada umum.



Masih ingat kah lagi kes penjualan arak kepada orang melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin di Petaling Jaya? Baca di sini...

Setelah laman blog ini membongkarkan kes tersebut baru lah Nik Nazmi terhegeh-hegeh muncul memberi tindakan susulan... Baca di sini...



Kalau tidak diterjah kegiatan haram penjualan arak secara mudah kepada orang ramai, termasuk golongan remaja akan terus berlualuasa di Petaling Jaya.

Mungkin juga Nik Nazmi juga tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu apa sebenarnya yang berlaku dikawasannya sendiri...

Ini lah puncanya yang menyebabkan Nik Nazmi jadi gelabah, takut rahsianya akan di bongkarkan satu persatu....



Nik Nazmi aku bagi amaran kepada kau cukup lah satu penggal sahaja kau jadi ADUN Seri Setia... PRU Ke 13 aku akan bawa kereta kebal sama macam kau lakukan pada PRU ke 12 dulu... dan itu bermakna tanda kejatuhan kau di sana sayonara.....


Nik Nazmi Di Cabar Dedahkan Bukti Blogger Umno Di Bayar Gaji Mahal Dalam Tempoh 24 Jam!

Nik Nazmi Di Cabar Dedahkan Bukti Blogger Umno Di Bayar Gaji Mahal Dalam Tempoh 24 Jam!


Siapa yang buat fitnah sebenarnya?

"Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," kata Nik Nazmi



Mengikut kenyataan Nik Nazmi diatas beliau dengan yakin mendakwa blogger Umno dibayar gaji mahal, tetapi tidak buat research... Siapa yang bayar Nik? Ada bukti? Ke sekadar mahu menyebar fitnah dibulan puasa ni? Kalau benar ada bukti...........

Dengan ini saya mencabar Nik Nazmi mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam, buktikan blogger Umno dibayar GAJI MAHAL. Bukti tersebut perlulah kukuh dan bukti tersebut juga hendaklah didedahkan kepada umum, sama ada melalui laman web peribadi Nik Nazmi sendiri atau mana-mana media massa di Malaysia ini...

Jika Nik Nazmi gagal menunjukkan bukti tersebut dalam tempoh 24 jam, ini bermakna rakyat perlu tolak kepimpinan ADUN Seri Setia dari PKR ini kerana beliau adalah seorang kaki pembohong dan pemfitnah!

Selain daripada itu saya juga menyarankan agar semua bloggers Umno membuat laporan polis terhadap fitnah yang dilemparkan oleh Nik Nazmi tersebut.

Politik Harian/Bro Jinggo

PAS dan Mustafa Ali Bakal Didakwa!

PAS dan Mustafa Ali diberi tiga hari mohon maaf

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh tiga hari bermula hari ini untuk memohon maaf kepada UMNO berhubung kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa itu jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan UMNO sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

"UMNO Selangor memberi masa tiga hari kepada Pas dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar seperti mana beliau melakukan tuduhan itu di Terengganu semalam.

"Jika gagal, Pas dan Mustafa Ali akan menghadapi tindakan undang-undang kerana tuduhan tidak berasas tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Mohd. Zin menambah, tuduhan tidak berasas Mustafa ke atas UMNO itu sangat dikesali kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya dihormati dan dihayati oleh semua umat Islam.

"Rakyat sedang memerhati dengan penuh prihatin kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh kerajaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Selangor dalam menangani pelbagai masalah dan kepentingan rakyat terutama dalam isu agama, pasir dan keruntuhan sosial," tegasnya.


Ingat PAS dan Mustafa Ali masa anda hanya 3 hari sahaja! Tak kira lah ada bukti atau tidak...