Wednesday, August 24, 2011

Liwat II: Anwar Didakwa Hina Mahkamah! Serang Hakim Secara Terbuka


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.

Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.

"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.

"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya.

Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.

Mengulas perkara itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.

"Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.

"Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya.

3 M Mahu Bunuh Karier Politik Khir Toyo


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Siapakah 3 jemaah Menteri itu?

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Dibawah luahan Dr Khir menerusi laman blognya:

Kisah Tiga Menteri

Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.

Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain.

Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya. Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.

Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.

Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.

Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?

Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.

Tuesday, August 23, 2011

Usaha Memurtadkan Melayu, Video Terakhir Pemeriksaan JAIS 3 Ogos DUMC


Dalam rakaman video terakhir ini kelihatan pihak JAIS sedang menyoal siasat seorang lelaki berpakaian Melayu dan meminta kad pengenalannya untuk mengenali nama dan identiti agamanya.

“I need to pray.. I need religion..kita pakai (pakaian ini) untuk private function sahaja, kita tidak pergi luar, pakai untuk public“, kata lelaki berpakaian Melayu itu.

“Kita datang sini untuk tahu ada Muslim atau tidak dalam dewan ini. Itu sahaja”, kata pegawai JAIS.

Rakaman seterusnya, memperlihatkan pegawai-pegawai JAIS memeriksa bahan-bahan yang digunakan semasa program dalam dewan tersebut.

Turut ditemui cebisan-cebisan kertas yang telah dikoyakkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Beberapa bahan bukti lain termasuk soalan kuiz menguji kefahaman Islam bertajuk “Let’s Test Your Knowledge” turut dijumpai dikeroyok dan dibuang dalam tong sampah tersebut.

Seterusnya saksikan Video ini.....