Kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak Parti PAS pada dasarnya dilihat gagal melaksanakan janji-janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu.
Apabila kerajaan negeri menabur janji, rakyat akan berharap dan ia harus ditunaikan.
Oleh itu isu spekulasi penggantian Menteri Besar Kedah yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.
Walaupun dua lagi exco, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.
Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.
Selain daripada itu, kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Woooo Tunggu dulu!
Kerusi MB Kedah Aku yang PUNYA!!
Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh Mahfuz Omar apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak kini berada dalam“Flip Flop” apabila satu demi satu kepincangan pentabiran mereka makin kian terdedah.
Selain kegagalan membentangkan bukti serta fakta berkenaan melunaskan janji-janji yang terkandung dalam manifesto parti itu pada pilihanraya umum lalu, pentadbiran “flip flop” kerajaan pimpinan Pas juga semakin menjadi bualan umum.
Dikhabarkan Mahfuz sekarang sedang mengintai kerusi MB Kedah sekiranya Azizan terus di tekan oleh pelbagai pihak. Tak mustahil YB yang berkelulusan SRP ini akan menambah racun dan menikam belakang Azizan demi mengejar cita-citanya dari seorang penjual cendol kepada Menteri Besar Kedah. Ianya satu pengiktirafan yang tertinggi buat Mahfuz Omar.