Saturday, September 17, 2011

Video Seks Anwar Kantoi Lagi... Rakaman CCTV Warna dan Jelas!



Satu rakaman CCTV yang menunjukkan individu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah sedang masuk dan keluar lif pada 21 Februari 2011 tersebar di youtube pagi Sabtu.


Dimana Jam Omega?

Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin

Rakyat Rembau hari ini menyerikan sambutan Rumah Terbuka Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin yang berlangsung di Balairaya Kampong Gadong, Kota, Rembau Negeri Sembilan.

Orang ramai mula membanjiri majlis tersebut sejak jam 10 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin mereka.

Gua hadir bersama adik pertama gua hahaha....



Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Mohamad Bin Hasan (Tok Mad).





Turut hadir sama Ketua Pemuda MIC T.Mohan bersama isteri....




 




Friday, September 16, 2011

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Berhubung Pemansuhan ISA



Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini menyambut baik pengumuman pemansuhan akta ISA yang di umumkan oleh Perdana Menteri semalam.

Transformasi Jitu

Berkata menerusi laman facebook rasmi beliau http://www.facebook.com/khairykj Saya (KJ) mengucapkan syabas kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, serta Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasiona di atas pengumuman beberapa inisiatif penting di dalam tranformasi politik negara pada malam tadi, yang merangkumi pemansuhan, kajian semula dan penggubalan pelbagai akta, selaras dengan kita melangkah maju, dengan kepekaan kepada perubahan dan tuntutan zaman, dalam usaha menjadi sebuah negara moden lagi progresif.

Medan dan perbatasan politik masa kini menuntut kepada pendekatan substantif berupa hasil, aksi dan tindakan dan bukannya tawaran wayang kulit, berupa lakaran janji dan retorik. Sehubungan dengan itu, langkah berani dan jitu Perdana Menteri tersebut membuktikan bahawa transformasi politik dan juga ekonomi yang diketengahkan oleh Kerajaan adalah bersifat konkrit dengan ketegasan kepimpinan dan gerak kerja yang serius bagi memastikan kejayaannya.

Pada masa yang sama, dari segi perinciannya, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang sudah beroperasi lebih dari 50 tahun di negara ini, yang bakal digantikan dengan dua akta anti keganasan, adalah suatu yang bertepatan dan serasi dengan tuntutan zamannya. Saya sendiri telah mengenengahkan beberapa aspek penting di dalam Akta berkenaan yang perlu diubah seperti tahanan tanpa bicara, kuasa Menteri serta keperluan suatu mekanisme bagi mengelakkan Akta tersebut disalahgunakan seawal 17 November 2008 lagi, di samping menegaskan keperluan perundangan bagi menangani risiko daripada kegiatan pengganas. Oleh itu saya amat meyokong tindakan ini dan juga komitmen Kerajaan bahawa sebarang penahanan tidak akan berlandaskan pemahaman ideologi politik semata-mata. Disamping itu, saya menyokong penuh usaha bagi menggubal dua akta baru yang khusus bagi mengisi keperluan aspek pencegahan di dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam negara, terutama sekali bagi menangani aktiviti berupa keganasan daripada berputik dan menular di negara yang kita cintai ini.

Dalam pada itu, sebagai seorang yang memperjuangkan kebebasan media yang berpandukan kebertanggungjawaban, saya begitu mengalu-alukan kesedian dan keputusan Kerajaan untuk mengkaji semua Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) yang mana melibatkan penghapusan pembaharuan tahunan yang akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Dalam isu ini, saya telah membangkitkan keperluan untuk memansuhkan PPPA semasa memberi ucapan pada suatu majlis anjuran Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 2008 dan telah beberapa kali mencadangkan di dalam Dewan Rakyat berhubung keperluan suatu badan bebas berupa Suruhanjaya Aduan Media bagi mengawal selia industri media disamping mengambil alih peranan PPPA dan Kementerian Dalam Negeri. Saya harap pindaan kepada PPPA ini adalah langkah awal kearah keterbukaan dan kebebasan media yang lebih luas dalam masa yang akan datang.

Saya juga menyambut baik perancangan dan kesediaan Kerajaan bagi memansuhkan perundangan lama seperti Akta Buang Negeri 1959 dan juga Akta Kediaman Terhad 1933 disamping mengambil titik tengah dengan mengkaji dan meminda Akta Polis 1967 agar selari dengan peruntukan hak asasi rakyat berhimpun.

Secara keseluruhannya, segala usaha tersebut membuktikan kesungguhan, komitmen dan keseriusan Kerajaan menterjemahkan makna dan hasrat perubahan di dalam gagasan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri. Ia juga membuktikan bahawa Barisan Nasional bukan sahaja wira dan peneraju politik baru berasaskan penyelesaian masalah dan keperluan rakyat tetapi juga berani menakhoda zaman di dalam aspek nilai-nilai demokrasi, ketelusan serta hak asasi rakyat.

Namun demikian, segala perubahan ini juga menuntut kepada anjakan minda dan kesediaan semua untuk kita memacu agenda transformasi ini dengan tuntas dan deras. Yang berat kita junjung, yang ringan kita jinjing, oleh itu, saya menyeru kesemua rakyat untuk kita semua bersama-sama menyokong dan menyahut seruan Perdana Menteri bagi melahirkan era politik baru berlandaskan demokrasi, kebebasan dan keadilan.

Thursday, September 15, 2011

Akta Hasutan ISA Dimansuhkan!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif.

"Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam Perutusan Khas Hari Malaysia di Angkasapuri.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kes DUMC ke Mahkamah Syariah Shah Alam 19 Oktober #murtad


Kes berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam di sini pada 19 Oktober depan.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin, berkata kertas siasatan berhubung kes itu sudah selesai dan akan diserahkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebaik beliau pulang dari lawatan kerja di Jerman.

"Semua dah selesai (siasatan) kita akan serahkan kepada Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebutan kes itu termasuk pihak terbabit serta jumlah orang yang berkemungkinan akan didakwa.

"Semua itu terpulang kepada Pendakwa Raya...tunggu sahajalah," katanya.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur yang dikenali sebagai Komuniti Harapan mendakwa mereka hanya menganjurkan majlis kesyukuran atau "thanksgiving" di gereja itu.

Sehubungan itu, JAIS memanggil seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis anjuran DUMC itu untuk diambil keterangan bagi menyiasat dakwaan berlakunya kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis tersebut.

Isu itu menjadi kecoh apabila Abdul Khalid campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung pemeriksaan yang dilakukan pihak penguat kuasa jabatan agama itu. - BERNAMA

Dokumen diserahkan kepada Khalid Ibrahim? Habis... Kecohlah lagi dan confirm kes ni terbantut lagi.... 

DAP Menganas Lagi, Tuntut 4 Kerusi Di Kedah


Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.

Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.

Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan peringkat negeri.

Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah dan alasan masing-masing.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).

Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas.

PAS asyik kena buli jer... Ada kuasa tak berani nak perintah sendiri... kena ikut telunjuk DAP... 


Sampai bila PAS akan jadi BONEKA DAP?