Showing posts with label bakar pejabat DAP. Show all posts
Showing posts with label bakar pejabat DAP. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Kes Saman RM30J Terhadap Guan Eng... Bicara 27, 30 April ini


Kes saman RM30 juta oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan empat yang lain atas dakwaan memfitnah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 dan 30 April depan.

Peguam Datuk Jahaberdeen Mohd. Yunoos memberitahu pemberita, beliau sebelum itu memohon supaya Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah merekodkan bahawa peguam yang mewakili Guan Eng tidak berhasrat untuk memfailkan permohonan supaya kes saman itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 2 hingga 6 April depan bagi perbicaraan tersebut namun menurut Jahaberdeen tarikh itu tidak bersesuaian dengan peguam Karpal Singh yang mewakili Guan Eng.

Pada 24 Okt. 2011, Zainal Abidin memfailkan saman fitnah terhadap Guan Eng setelah mendakwa beliau mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang. - UTUSAN

Sunday, December 11, 2011

Godfather : Perang DAP Semakin Rancak Membunuh...


Perang dingin puak DAP nampaknya semakin rancak bunuh membunuh sesama sendiri... dan kalau boleh mereka mahu kapankan Karpal Singh dengan kadar yang segera... kalau dulu Karpal Singh sibuk suruh pemimpin lain berundur, kini sudah tiba masanya untuk beliau pula di undurkan..

Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri itu meledak secara terbuka.

Ini semua kerana Ramasamy membuat keputusan sendiri umum mahu kemuka tiga calon pilihanya untuk PRU 13 dan juga sendiri umum beliau mahu bertanding semula kerusi DUN Prai dan Parlimen Batu Kawan yang disandingnya sekarang.




Ramasamy: Saya sedia tinggalkan DAP

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata beliau sedia meninggalkan DAP jika diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa pusat eksekutif berhubung dakwaan beliau melabelkan pengerusi parti itu, Karpal Singh sebagai ‘godfather’ atau ‘bapa angkat.

Menurut Ramasamy beliau bersedia berbincang dengan Karpal Singh jika pemimpin veteran itu merasakan dirinya dihina dengan kenyataan berkenaan dan menuntutnya membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan tersebut.

AJK DAP dakwa terima Ugutan Bunuh dari Penyokong P.Ramasamy

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, YB. RSN Rayer mendakwa beliau menerima panggilan dari beberapa individu yang mendakwa akan membunuh beliau jika meneruskan kritikan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang YB P.Ramasamy.

Rayer turut mendakwa pemanggil tersebut mengakui dirinya merupakan penyokong kuat P.Ramasamy dan memberi amaran agar tidak membangkitkan lagi isu yang diketengahkan Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang.

Gambar pisau.net

Pagi tadi inilah yang berlaku dihadapan hotel Pearl View apabila 120 org penyokong P.Ramasamy berhimpun depan hotel dgn 9 banner antaranya:-

Pagi tadi inilah yang berlaku dihadapan hotel Pearl View apabila 120 org penyokong P.Ramasamy berhimpun depan hotel dgn 9 banner antaranya:-

1) Rayer penipu minta maaf pada ramasamy


2) Tanasekaran (katak bagan dalam) non-performing adun! Don't hide behind sifu
3) Rayer siapa kamu pengkianat kaum inida.

4) Kami sokong penuh YB Prof Ramasamy

5) Our full support YB Prof Ramasamy


6) kami menyokong YB Prof Ramasamy timbalan ketua menteri Pulau Pinang


Karpal Singh dah kena, ini bermakna tak lama lagi giliran Kit Siang pulak... patut lah Kit Siang suruh selesaikan masalah ini dengan segera...

Ini lah padahnya geng mafia bersidang!

Tuesday, October 25, 2011

Isu Ramas Buah Dada, Guan Eng Terdesak Minta Karpal Saman Khairy Jamaluddin


Jelas dilihat, dalam isu ramas buah dada, Guan Eng begitu terdesak sehingga meminta Karpal Singh membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam twitter, tweet KJ langsung tidak menyentuh anak Lim Guan Eng pun... biasalah Pakatan memang pandai putar belit malahan kenyataan TPM pun mereka belit inikan pula tweet dari KJ.

@Khairykj Khairy Jamaluddin
@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.
http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536

Tweet KJ berseloroh dengan Papa Gomo menjadi isu utama DAP! sedangkan isu rasuah RM200,000  mereka tutup mulut! double standard betul lah puak ni!

Sepatutnya apa yang wajar dibuat oleh Guan Eng ialah membuat laporan polis dan polis boleh menyiasat sama ada kes sogokan RM200,000 tersebut benar atau sebaliknya. Kenapa sehingga hari ini Lim Guan Eng tidak berani sentuh isu tersebut malahan tidak pernah membuat penafian berhubung rasuah RM200,000?

Tindakkan menyaman Khairy ini adalah taktik politik murahan DAP bagi mengalih pandangan masyarakat berhubung dengan isu sebenar, isu yang lebih besar sebenarnya ialah rasuah RM200,000 yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Perlu diingatkan Guan Eng boleh hilang kuasa di Pulau Pinang jika beliau didapati bersalah dalam kes ini.

Menyaman Khairy Jamaluddin tidak akan mengalih isu penipuan serta pembohongan yang dibuat oleh Lim Guan Eng.

Terdahulu, Lim Guan Eng telah di dakwa atas tuduhan beliau membayar RM200,000 kepada keluarga mangsa untuk menutup kes anak lelakinya ramas buah dada mangsa tersebut.

Guan Eng dilihat tertekan dan tak terjawab! jika sebelum ini garang berkokok dengan isu yang dibangkitkan tapi kali ini lari menikus serta menyalahkan UMNO dan mengaitkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia!

Saturday, September 24, 2011

DAP, MBPJ Bertindak Biadap Dan Kasar Terhadap Penduduk Rumah Panjang Di Petaling Jaya


Di Petaling Jaya, Pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) enggan untuk membersihkan longkang tersumbat yang telah menyebabkan banjir di rumah panjang di PJS 1, yang didakwa penduduk tindakan Pengerusi Jawatankuasa M Sugumaran.

Perkara ini sudah lama berlaku sejak bulan Jun yang lalu, 28 keluarga yang tinggal di rumah panjang telah mengalami banjir yang disebabkan oleh longkang tersumbat belakang rumah mereka.

Penduduk menmberitahu bahawa setiap kali hujan, air keruh membanjiri rumah masing-masing, menyebabkan masalah kesihatan.

Mereka juga berkata masalah itu bermula selepas pemaju menanam pautan saliran di kedua-dua rumah panjang yang telah dirobohkan pada bulan Jun.

Sugumaran berkata kira-kira lima pegawai MBPJ datang ke kawasan itu pagi Khamis selepas beliau memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor banjir disebabkan oleh hujan tidak berhenti-henti selama seminggu.

Antara pemimpin dia menghantar mesej teks untuk ahli-ahli Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong.

Sugumaran berkata pegawai-pegawai yang datang ke rumah panjang dengan dua traktor, yang diketuai oleh pengarah dewan bandar kejuruteraan jabatan, Cherami Tarman.

Turut hadir bersama mereka adalah Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy Sean.


"Pada mulanya kami menyangka mereka datang untuk membersihkan longkang yang menyebabkan masalah dan menaik taraf supaya air boleh mengalir lebih baik.

Namun, semuanya berubah apabila mereka mula menggali betul-betul di hadapan rumah-rumah. Apabila kita bertanya tentang hal itu, mereka memberitahu kami dengan cara yang kasar, meminta kami berdiam diri dan berkata mereka tahu kerja mereka, "kata Sugumaran.

Apabila dia menunjukkan bahawa masalah itu dengan longkang di belakang rumah-rumah mereka, Sugumaran mendakwa bahawa Cherami mula meminta mereka apabila mereka merancang untuk berpindah ke rumah pangsa kos rendah Lembah Subang.

Penduduk pembeli Blok E unit kos rendah rata yang telah terhenti sejak tahun 2003. Mereka enggan untuk berpindah ke Lembah Subang dan berikrar untuk kekal di rumah panjang sehingga rumah-rumah mereka dibina.

Kerajaan negeri akhirnya memutuskan untuk membina blok kos rendah untuk mereka dan berjanji tidak mengusir mereka dari kawasan semasa.

'Adakah dia mengharapkan emas dalam longkang?

Secara semulajadi, Sugumaran berkata, soalan Cherami mencecah saraf mentah di kalangan penduduk yang kemudian mula menjerit pada pegawai-pegawai kerana tidak sensitif kepada kesusahan mereka.

"Cherami juga menyalahkan kami penyebab sampah terapung di dalam parit. Bagaimana dia boleh jadi jahil?

"Tidak dia tahu bahawa ini tempat yang digunakan untuk menjadi tapak pelupusan sampah di hadapan rumah panjang yang didirikan? Adakah dia mengharapkan emas terapung dari longkang kemudian? "kata Sugumaran lagi.

Kerana marah dengan kritikan penduduk, pegawai-pegawai MBPJ meninggalkan kawasan tersebut tanpa membersihkan longkang.

Thursday, September 15, 2011

DAP Menganas Lagi, Tuntut 4 Kerusi Di Kedah


Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.

Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.

Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan peringkat negeri.

Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah dan alasan masing-masing.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).

Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas.

PAS asyik kena buli jer... Ada kuasa tak berani nak perintah sendiri... kena ikut telunjuk DAP... 


Sampai bila PAS akan jadi BONEKA DAP? 

Friday, August 19, 2011

Guan Eng Biadab, Rasis! Jangan Paksa Kami Untuk Bersikap Kurang Hajar!


Laporan The Malaysian Insider: ‘‘Kami merasakan bahawa ini adalah sebahagian serangan orang UMNO berhubung isu bacaan al-Quran”.

Guan Eng merujuk kontroversi larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.


Rasis!!!! 
Guan Eng ibarat ‘menangguk di air keruh’...

Pesanan aku kepada Guan Eng!
Jangan cabar orang Umno! 
Jangan ingat orang Umno tidak ada maruah! 
Jangan paksa kami untuk bersikap kurang ajar! 
Jangan sampai betul-betul kami bakar Ibu pejabat DAP pula nanti!! 

Kalau nak main tunjuk sahaja, tanpa bukti... Aku sendiri pun boleh tuduh yang bakar ibu pejabat DAP itu dilakukan oleh puak DAP sendiri....

Guan Eng dibidas keluar kenyataan biadab

Badan Perhubungan UMNO negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang kejadian membakar Pejabat DAP Pulau Pinang, awal pagi ini.

Sambil menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai biadab, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menegaskan, tuduhan tersebut amat keterlaluan malah dibuat tanpa menyatakan sebarang bukti.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar notis tujuh hari meminta Guan Eng menyatakan bukti berhubung kenyataan tersebut atau tampil meminta maaf secara terbuka jika gagal berbuat demikian.

‘‘Bagi saya, kenyataan ini sangat biadab dan tidak bertanggungjawab. Sebagai Ketua Menteri, beliau (Guan Eng) sepatutnya malu kerana membuat tuduhan cukup berat tanpa menyatakan sebarang bukti,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang dipetik beberapa blog dan portal berita bahawa UMNO menjadi punca berlakunya ketegangan agama di Pulau Pinang sehingga membawa kepada kejadian membakar Pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi ini.

Guan Eng dipetik portal pembangkang, The Malaysian Insider sebagai berkata: ‘‘Kami merasakan bahawa ini adalah sebahagian serangan orang UMNO berhubung isu bacaan al-Quran”.

Guan Eng merujuk kontroversi larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.

Zainal Abidin bagaimanapun menegaskan, kenyataan Guan Eng itu amat bahaya kerana cuba meniup api kebencian dalam kalangan orang bukan Islam terhadap UMNO di Pulau Pinang.

‘‘UMNO negeri mengutuk perbuatan tersebut (membakar Pejabat DAP negeri) tetapi kenyataan menuduh UMNO sebagai dalang adalah tidak berasas sama sekali.

‘‘Api yang membakar pejabat tersebut mungkin tidak terlalu marak tetapi kenyataan Guan Eng itu sebenarnya memarakkan api kebencian khususnya orang Cina untuk membenci UMNO yang digambarkan sebagai dalang dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau menambah, kes tersebut merupakan kes jenayah dan tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mencetuskan sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian sesuatu kaum kepada kaum yang lain.

‘‘Kita sedang meneliti beberapa laporan mengenai kenyataan tersebut, Guan Eng perlu mengemukakan bukti dan jika beliau gagal, kita akan bawa perkara ini ke mahkamah,” tegas beliau.