Saturday, October 1, 2011

Penduduk Gombak Berang Dengan Ustaz PAS Yang Sentiasa Mainkan Wayang Dalam Masjid!


Tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 di Kampung Kerdas, Gombak yang sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan, lebih 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi mengusir imam terbabit hari ini.

Demonstrasi aman sambil membawa sepanduk itu diadakan di pekarangan masjid berkenaan, selepas solat Jumaat, kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf mendakwa, imam berkenaan, Wan Mohd. Nasir Wan Abd. Wahab telah bersikap biadab apabila menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas.

Jelasnya, selain itu, Wan Mohd. Nasir turut memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan ketinggalan zaman.

"Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu sensitif dan fahaman politik.


"Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu hari ini.


Menurutnya, semua tindakan imam itu dilakukan ketika dia menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat.
Selain itu, Zakaria memberitahu, Wan Mohd. Nasir turut memburukkan imam satu masjid berkenaan, Habib Hashim dengan menuduhnya terbabit menyeleweng wang masjid tanpa bukti.


"Dia menggunakan pembesar suara untuk menyerang Habib sehingga kedengaran di persekitaran Masjid Lama Batu 6, Gombak," katanya.

Jelas beliau, perbuatan Wan Mohd. Nasir itu mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati penduduk kampung dan sekitar yang menggunakan masjid itu untuk beribadat.


Zakaria berkata, selaku wakil penduduk kampung dan sekitar, pihaknya berharap Jabatan Agama Islam Daerah dan JAIS supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wan Mohd. Nasir.

Jelas beliau, kehadiran Wan Mohd. Nasir selaku imam kedua masjid berkenaan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara jemaah dengan rumah suci itu.

Puak PAS bila di beri kuasa macam nilah jadinya!

Mat Sabu Perlu Pohon Maaf Kepada Sultan Kedah! :Titah Baginda Sejarah Negara Tidak Wajar Dipolitikkan. #marxsabu


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah bahawa mana-mana pihak tidak wajar mempolitikkan sejarah negara, sebaliknya menjadikan ia sebagai panduan hidup.

Baginda bertitah sejarah menjadi inti kepada jati diri dan ia merupakan kompas hidup seseorang.

"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.

"Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja," titah baginda pada majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bagaimanapun, titah baginda terlalu berorientasikan masa depan juga mempunyai keburukan kerana kita akan melupai fakta sejarah.

"Seperti kata ahli falsafah barat, mereka yang tidak mempelajari sejarah akan didera dengan mengulangi segala kesalahan dahulu," titah Sultan Kedah.



Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu harus memohon maaf kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana beliaulah orang pertama yang mempolitikkan sejarah negara!



Disco Rimba Di Kelantan - Every Day I'm Shuffling!


Tidak disangka, rupa rupanya di Kelantan ada disko dalam rimba. Sebelum ini, kita dikejutkan dengan dengan disko di Jalan Hamzah, Kota Bharu. Ada juga disko di dalam rimba di negeri tersebut. Pendedahan yang dibuat oleh rakan rakan Facebookers ini tentunya mengemparkan. Kita nantikan pendedahan seterusnya dan apakah bentuk penafian yang akan dibuat oleh pemimpin pemimpin PAS nanti.-Angin Perubahan

 

Sekarang kalau jumpa Nicky Ajis mesti Nicky Ajis cakap macam ni "Every Day I'm Shuffling!"

Ketua Komunis Chin Peng Dilaporkan Tenat


Bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilaporkan dalam keadaan tenat selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Thailand.

Chin Peng telah dimasukkan ke hospital tersebut dua yang hari lalu.

Difahamkan bahawa Chin Peng kerap mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh dua bulan lalu.

Chin Peng kini memasuki usia 87 pada 21 Oktober ini.

Kredit kepada Mat Sabu yang dilihat secara lahirnya menerapkan unsur - unsur komunis alaf baru supaya menentang Kerajaan.

Salam Takziah, Ibu Kepada Zahid Hamidi Meninggal Dunia Pagi Tadi... Al-Fatihah



Salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Tuminah Jalil.

Allahyarhamah meninggal dunia jam 1.40 pagi.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor di Masjid Al Falah Kg Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman - Al-Fatihah