Thursday, October 6, 2011

Liwat II : Mahkamah Putuskan DS Najib, Rosmah Tidak Perlu Jadi Saksi


Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak perlu tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.

Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.

Penyokong Tegar PAS Isytihar Keluar Parti


Seramai 130 penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.

Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan.

Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.

Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.

"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

"Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.

Mohamad turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas, tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.

Bagi Che Roslan Li, 43, pula, dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas di sini yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.

"Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya," dakwanya. -UM

Wednesday, October 5, 2011

SAMM PKR Sedia Lancarkan 50 Ribu Risalah Haram Dengan Tujuan Fitnah Rosmah!


Risalah haram setebal 12 muka surat sedia untuk dilancarkan oleh pengerak Anak Muda Keliru - SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) PKR sebanyak 50ribu naskah dengan tujuan untuk memfitnah isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah.

Menurut kata salah sebuah blog Pakatanis setiap penerima wajib membuat 12 salinan dan sebarkan kepada 12 rakyat lain, dan penerima salinan juga wajib membuat 12 salinan dan sebarkan juga kepada 12 rakyat yang lain.

Saya berharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan dan menghentikan niat jahat mereka ini kerana ianya boleh mengelirukan rakyat dan sudah tentunya risalah HARAM ini salah dari segi undang-undang.

CEO GLC Bantu PAS Dan DAP Kumpul Dana PRU 13


Semasa pilihanraya negeri Sarawak beru-bru ini, The Unspinners telah dedahkan SP Setia sebagai pembiaya pilihanrya DAP. Baca sini.

PNB yang merupakan pemegang besar saham dalam SP Setia mengumumkan berikut:


PNB buys 23.5 million SP Setia shares in open market

September 30, 2011

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB), which has made a mandatory general offer to take over property developer, SP Setia Bhd, is accumulating the shares in the open market.

In a filing to Bursa Malaysia, SP Setia said PNB has bought 23.5 million shares in the open market at RM3.868 a share, about four sen below the RM3.90 price PNB offered for the remaining shares that it did not own.

PNB, as of yesterday owned 33.17 per cent stake in SP Setia, which triggered the mandatory general offer.

SP Setia founder, Tan Sri Liew Kee Sin, has 11.26 per cent stake and SP Setia foreign shareholding now stood at 21 per cent.

At 12.30pm, SP Setia shares were up one sen to RM3.88. -Bernama

Sebagaimana Sime Darby dan E&O yang menyebabkan kontroversi mandatory general offer, PNB juga akan melakukan MGO.

Bukankah dengan mandatory general offer, pemegang saham dan founder Liew Kee Sin akan dapat menjual sahamnya dengan mudah. Ini membolehkannya menyumbang lebih banyak kepada DAP.


Satu perkara yang membuatkan kami mengesyaki usaha untuk membina dana pilihanraya adalah CEO Hamad Kama Piah.

Hamad Kama Piah adalah orang Khalid Ibrahim di PNB.

Dia pun berasal dari Kelantan yang mana dia disyaki sebagai saluran untuk PKR dan PAS.

Jika ditanya, PNB pasti akan memberi justifikasi bahawa SP Setia sesuai dengan strategi mereka untuk melabur untuk REID.

Selain SP Setia, syarikat gergasi yang telah dikenalpasti menyumbang kepada dana pilihanraya DAP adalah Lee Rubber, Hong Leong, Ivory Properties, dan lain2.

IOI yang Pengerusinya pernah merupakan bekas Presiden MCA dan pernah menyumbang utama keapda MCA pun menyumbang kepada pembangkang.

Rasminya Genting menyumbang kepada kedua-dua pihak BN dan pembangkang.

Banyak syarikat2 Cina menjadi berani menghulurkan dana kepada DAP sebaik saja Pulau Pinang dan Perak sebentar jatuh.

Kaum Cina dah rasa darah menggelegak kemaruk nak kuasa.

-Unspinners

Hello Namewee! Lu... Apa Khabar Sohai....?


Masih ingatkah lagi.. Satu masa dulu kecoh negara tatkala penyanyi Faizal Tahir yang buat aksi tanggal baju ketika konsert TV8, sehinggakan pihak TV stesen dan pelbagai pihak mengecam dan mengadakan sekatan dan tindakan terhadapnya.

Beliau seorang penyanyi popular Faizal Tahir di kenakan tindakan tegas diatas perbuatannya itu, berbulan-bulan Faizal digam di Radio dan TV...

Bagaimana pula dengan si Namewee yang tidak di kenakan apa-apa tindakan langsung di atas perbuatan biadapnya memaki Utusan dengan kata-kata lucahnya secara terbuka di you tube? Adakah kerana Namewee tidak tanggalkan baju masa itu, pihak berkuasa tutup mata sebelah saja? Apa keistimewaan Namewee ni?

Dia masih bebas... Tidak mendapat apa-apa hukuman berat? Percaya atau tidak dia pasti akan melakukannya lagi!

Lu orang apa susah maa?


Saksikan video dibawah... Saje nak tanya Namewee, lu... apa khabar SOHAI!