Showing posts with label Keluar Parti. Show all posts
Showing posts with label Keluar Parti. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

143 Ahli PKR Isytihar Keluar Parti, Sokong BN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Batu Hampar, Parlimen Bukit Katil di sini dibubarkan selepas 143 anggotanya bertindak keluar parti kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan parti itu.

Mereka kemudian berikrar di hadapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, mereka tidak menyertai BN sebaliknya mengumumkan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan dikenali Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM).

Bekas Ketua PKR ranting itu, Tuah Shah Abdul Rahman berkata keputusan untuk keluar PKR dibuat kerana parti itu dilihat tidak membela nasib rakyat.

"Kami beramai-ramai keluar parti sebab sudah sedar PKR bukan sebuah parti yang membela rakyat sebaliknya Umno dan BN memperjuangkan hak rakyat untuk hidup lebih selesa dan terjamin," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian PUAM di sini, malam tadi.

Beliau berkata walaupun kesemua mereka tidak menyertai Umno dan BN tetapi akan membantu BN merampas kembali kerusi dimenangi pembangkang di dalam Parlimen Bukit Katil iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh dan Bachang pada PRU-13.

Sementara itu, Mohd Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata keputusan diambil kesemua 143 anggota PKR itu merupakan satu tindakan yang wajar dan tepat kerana parti pembangkang tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.

Justeru beliau meminta lebih ramai anggota dan penyokong PKR keluar dari parti itu dan bersama-sama Umno dan BN memajukan lagi negara khususnya negeri Melaka.

"Umno negeri Melaka bersedia menerima mereka pada bila-bila masa," katanya.

Saturday, February 23, 2013

100 Ahli PAS DUN Tahan Keluar Parti


Jerantut - Seramai 100 ahli PAS dari beberapa buah cawangan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Tahan di sini bertindak keluar parti itu semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Rosdi Hussin berkata mereka mengambil tindakan sedemikian setelah mendapati perjuangan PAS kini jauh tersasar daripada perjuangan asal selain pemimpinnya gagal menunaikan janji sebagaimana yang dibuat ketika mereka dipelawa menyertai parti itu.

"Tindakan kami keluar PAS bukan atas desakan sesiapa, tetapi atas kesedaran sendiri dan memikirkan bahawa PAS tidak memberi apa-apa pembelaan kepada kami," katanya.

Menurutnya ada lagi di kalangan ahli PAS dijangka bertindak keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Mohamad Rosdi berkata kesemua mereka bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sebaliknya menjadi ahli Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan penduduk terutama di Hulu Tembeling.

Monday, December 26, 2011

500 Ahli AMK Hulu Kelang Sertai UMNO

Salam perkuburan kepada PKR

Yang masih berada dalam parti PKR tunggu apa lagi? masih belum terlambat untuk berubah... Chegu Bard pun... dah nak blah masuk DAP!! Takkan korang nak tunggu sampai lebam? sesungguhnya pintu UMNO sentiasa terbuka... mari lah ramai-ramai sertai UMNO!

500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

“Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun… dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara… tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia.

Sunday, December 18, 2011

310 Ahli PKR Bukit Gelugor Keluar Parti


Seramai 310 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Bukit Gelugor di sini keluar parti hari ini untuk menubuhkan sebuah badan dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Bahagian, Roslan Rahman Shah yang turut keluar parti itu berkata, pertubuhan itu akan dinaungi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Roslan yang menyertai parti itu sejak tiga tahun lalu, berkata, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang “gagal membela nasib dan kebajikan rakyat”.

"Kami bertindak untuk keluar parti kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti di peringkat negeri serta pusat, dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita di sini.

"Kami akan memperjuangkan nasib orang Islam di negeri ini khususnya orang-orang di Bukit Gelugor dan Pertubuhan kami adalah mesra BN,” katanya.

-Bernama

Wednesday, December 14, 2011

Ketua Cabang PKR Umum Keluar Parti


Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Lim Boo Chang telah meletakkan semua jawatannya dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR.

Selepas ini dijangkakan akan ramai lagi Ketua cabang keluar dari parti PKR... Anwar is Dead!

Monday, October 10, 2011

68 Pemuda PAS Padang Terap Sertai Umno


Seramai 68 pemuda penyokong setia Pas Padang Terap di kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka dekat sini, menyertai Umno setelah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata beliau menyertai Umno kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan Pas sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.

"Saya sertai Umno disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada Ahad," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam Ahad.

Majlis penyerahan borang keanggotaan Umno diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim.

Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai Umno disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekaligus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar. Sementara itu Mahdzir berkata ini merupakan satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan Umno dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya kerajaan pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.

"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima Umno dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang," kata beliau. -Bernama

PAS is Dead!

Thursday, October 6, 2011

Penyokong Tegar PAS Isytihar Keluar Parti


Seramai 130 penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.

Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan.

Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.

Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.

"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

"Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.

Mohamad turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas, tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.

Bagi Che Roslan Li, 43, pula, dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas di sini yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.

"Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya," dakwanya. -UM

Sunday, September 18, 2011

Kerana Mat Sabu, 20 Ahli Pas Permatang Pasir Keluar Parti Sertai UMNO #marxsabu


Seramai 20 ahli Pas ranting Kampung Permatang Pasir di sini, yang kecewa dengan tindak tanduk Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akhir-akhir ini, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Mereka diketuai Saridan Md Noh, 42, yang menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Samak dan Pekan Bandar Baharu, di Wakaf Bandar Baharu di sini, semalam.

Lebih ramai lagi rakan-rakannya daripada Pas Permatang Pasir dan beberapa lagi dalam daerah Bandar Baharu akan bertindak mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita di sini.

Saridan berkata, kumpulan yang mengikutnya keluar daripada parti itu sebenarnya telah menjadi anggota aktif parti itu sejak tiga pilihan raya umum lalu iaitu sejak 15 tahun lalu.

Beliau mendakwa ahli Pas di Bandar Baharu bagaikan 'anak ayam kehilangan ibu' berikutan pimpinan Pas Bandar Baharu dan Parlimen Kulim/Bandar Baharu tidak sehaluan dengan mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu diwakili Pas pula sukar ditemui. – Bernama

Syabas diucapkan... harap selepas ini ramai lagi yang akan sedar dan keluar parti PAS!

Tuesday, August 23, 2011

Video Ahli PKR Gombak Mematahkan Kad Keahlian PKR

Gombak: Seramai 40 ahli Angkatan Muda Keadian (AMK) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO setelah 10 tahun bergiat aktif di dalam parti.

Majlis penyerahan borang UMNO yang turut disaksikan Penyelaras Parlimen Gombak, En. Megat Zulkarnain. Baca lagi di sini...