Monday, October 10, 2011

DUMC: Murtad, Sultan Selangor Murka!


Sultan Sharafuddin bertitah, berdasarkan kepada siasatan Jais, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Terdahulu Puak PAS menuduh ini semua kerja Umno?

Setelah menunding jari kepada umno, adakah puak PAS akan menyalahkan Sultan dalam isu?

Adakah MB Selangor (PKR) dan juak juak PAS akan menentang titah Sultan Selangor?

Kenapa Puak PAS memperlekehkan tindakan JAIS yang cuba menyelamatkan akidah umat islam dari di pesongkan.

Kenapa PAS beriya-iya mempertahankan kes murtad di DUMC?

Apa makna semua ini? Dimana letaknya perjuangan Islam PAS?!!! Terkucil bila disegah oleh puak DAP!


PAS is DEAD!!


Mstar: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin bertitah, tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak dalam isu pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Majlis Malam 'Thanksgiving' di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Ogos lalu.

Baginda bertitah keputusan tersebut diambil selepas meneliti laporan Jais serta mendengar nasihat pakar agama serta pakar udang-undang.

"Setelah meneliti dengan mendalam laporan Jais dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak.

"Walau bagaimanapun, beta menitahkan Jais memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Sultan Sharafuddin bertitah, berdasarkan kepada siasatan Jais, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Baginda turut melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Justeru, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais agar memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha berkenaan.

September lalu, Pengarah Jais, Marzuki Hussin dilaporkan berkata kes berkaitan pemeriksaan JAIS ke atas DUMC akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 19 Oktober depan.

Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur yang dikenali sebagai Komuniti Harapan mendakwa mereka hanya menganjurkan majlis kesyukuran atau 'Thanksgiving' di gereja itu.

68 Pemuda PAS Padang Terap Sertai Umno


Seramai 68 pemuda penyokong setia Pas Padang Terap di kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka dekat sini, menyertai Umno setelah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata beliau menyertai Umno kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan Pas sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.

"Saya sertai Umno disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada Ahad," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam Ahad.

Majlis penyerahan borang keanggotaan Umno diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim.

Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai Umno disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekaligus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar. Sementara itu Mahdzir berkata ini merupakan satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan Umno dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya kerajaan pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.

"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima Umno dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang," kata beliau. -Bernama

PAS is Dead!

Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor Dicemari Pergaduhan


Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya, kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu.

Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan. Soalan bertalu-talu daripada ahli terbabit menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

Beliau berkata apabila membaca dan meneliti minit mesyuarat yang dibentangkan dalam mesyuarat kali ini,nama dua individu yang menyemak penyata kira-kira itu bukan beliau dan seorang lagi ahli yang dilantik iaitu Mohd Sharif Ismail.

Bernama Melaporkan, Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti.

Beliau berkata apabila meneliti nama individu yang menyemak penyata itu, beliau mendapati individu terbabit memegang jawatan dalam parti dan menurut perlembagaan parti pemeriksa kira-kira tidak boleh memegang sebarang jawatan.

Dalam mesyuarat itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan bahawa penyata kira-kira itu akan diaudit terlebih dahulu sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat akan datang. Cadangan Abdul Khalid itu dipersetujui oleh majoriti ahli yang hadir mesyuarat.

Sumber: UtaraNews

2:25 Minit Video Terbaru Anwar Di Bangkok Di Sebarkan


Ini bukan Anwar Ini Paman Anwar kata puak Pembangang! So.... kita iyakan aje lah....


9.10.11 Subhanallah Oh Bulan...








Sungguh menarik....ya Allah apa kah tanda2 semua ini....

Bulan berada dalam satu lingkaran besar waktu ini... Keajaiban Allah swt telah berlaku pada akhir malam 9.10.11... Subhanallah....

~fenomena ni dipanggil MOON HALO.. Selalu terjadi pada matahari... Memang cantik seolah dilingkari cahaya seperti cincin...subhanallah...indah ciptaanNYA

Sumber gambar: FB