Monday, October 17, 2011

BN N9 Tekad Rampas 8 Kerusi DUN


Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bertekad untuk merampas kembali sekurang-kurangnya lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas kepada pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Kerusi tersebut adalah Nilai, Temiang, Sikamat, Ampangan, Senawang, Paroi, Port Dickson dan Repah.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha merampas semula kerusi berkenaan dibuat atas pertimbangan bahawa sokongan kepada BN di kawasan berkenaan telah meningkat pada nisbah 70:30.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, di peringkat Parlimen, BN telah menetapkan untuk merampas kembali kerusi Seremban, Rasah dan Teluk Kemang.

"Respons yang diterima daripada rakyat menunjukkan sokongan kepada BN negeri ini semakin hari semakin baik.

"Malah, kajian yang dibuat oleh sebuah badan bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan sebanyak tiga kali dengan yang terakhir pada pertengahan tahun ini masih menunjukkan sokongan terhadap BN telah meningkat," katanya ketika berucap pada Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Majlis penutupan program itu disempurnakan oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Presiden PPP, Datuk M. Kayveas; Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader dan Presiden Barisan Kemajuan India Se Malaysia (IPF), M. Sambanthan.

Mohamad menggesa seluruh pemimpin dan ahli BN bekerja keras bagi mengekal dan meraih sokongan pengundi terhadap BN dengan mengadakan program untuk orang ramai.

Program itu, katanya, mestilah tidak terhad untuk ahli-ahli parti semata-mata tetapi merangkumi seluruh lapisan masyarakat di tempat masing-masing.

"Ini kerana, terdapat lebih 300,000 pengundi di negeri ini yang tidak yang menjadi ahli kepada mana-mana parti politik yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar.

"Dengan status seperti itu, mereka ini harus diberi perhatian jika BN mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Pakatanis boleh siap sedia berambus dari Negeri Sembilan!

Sunday, October 16, 2011

RM200K Untuk Tutup Kes Anak VVIP Raba Buah Dada Budak Sekolah!


Heboh di perkatakan anak lelaki VVIP di Penang meraba tetek anak gadis cina di sekolah, namun siapa kah VVIP itu? Dengar cerita VVIP itu orang kuat dalam parti Pakatan Rakyat... Malahan VVIP tersebut pernah menghina negeri Johor, katanya pelancong tidak selamat jika masuk ke Johor... syuuutt lebih-lebih pulak aku cerita....

Anak VVIP itu dikatakan telah meraba tetek rakan sekolahnya dan akibat daripada perbuatan terkutuk anak VVIP ini, VVIP ini telah membayar sebanyak RM200 ribu kepada keluarga perempuan yang telah dicabul supaya tidak membuat laporan polis dan merahsiakan perkara ini daripada diketahui umum.

Pihak sekolah juga telah diarahkan untuk menutup mulut supaya insiden ini tidak diketahui oleh mana-mana pihak lain. Oleh kerana VVIP ini tak sanggup menanggung malu untuk berdepan dengan pelajar perempuan yang dicabul oleh anaknya dan juga guru disiplin yang menangkap anaknya itu, VVIP ini telah menukar anaknya ke sekolah lain.


Anak Siapa ni? Anak Guan Eng ke?


Where's justice for me uncle Lim?

Zahid AF Nafi Masuk PAS


Baru-baru ini, hampir kesemua blog Pakatanis menyiarkan gambar Zahid bersama ahli-ahli parti PAS merebak luas di internet. Disebabkan gambar itu, Zahid yang kini ada produksi sendiri dikatakan menyertai parti pembangkang itu.

Kesan dari gambar itu, Zahid sering saja ditalu dengan soalan benarkah dia menyertai pasti PAS?

Sungguhpun ia hak Zahid sama ada mahu mengakui atau pun tidak, akhirnya jawapan disebalik gambar itu terjawab apabila Zahid memberi kenyataan yang sebenarnya beliau tidak pernah menyertai parti berkenaan dan gambar itu dirakam sekadar kebetulan saja.

Menurut sumber yang terdekat dengan Zahid, waktu gambar tersebut dirakam, dia ada terlibat dengan sebuah penggambaran di Kelantan. Dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran, Zahid terserempak dengan ahli-ahli PAS dan mereka semua meminta untuk bergambar bersama Zahid.

Sebagai selebriti yang sudah terbiasa dengan permintaan itu, Zahid pun menunaikannya. Apatah lagi, Zahid adalah seorang juara Akademi Fantasia yang ramah dan suka membuat lawak.

Hahaha perasan sungguh blogger Pakatanis, selalu cipta politik murahan untuk meraih sokongan! Malu beb! Hanya ostaz segera sahaja yang berminat sertai PAS Pis Pus!

Apa celup join PAS!!

Terima Kasih TPM, DUN Paroi Sedia Di Tawan Kembali!


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana telah sudi datang ke Negeri Sembilan dalam lawatan seharian walaupun singkat tetapi padat.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan beberapa projek pembangunan dan penyampaian sumbangan dan bantuan untuk rakyat Negeri Sembilan sepanjang lawatan beliau ke Negeri Sembilan. Lebih dari 10 juta diluluskan dalam masa sehari lawatan Tim Perdana Menteri ke Negeri Sembilan.




Sekitar 10 ribu orang telah menghadiri jamuan makan malam bersama Tim Perdana Menteri malam tadi.

Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata begitu yakin bahawa DUN Paroi di bawah Parlimen Rembau akan dapat ditawan kembali jika dilihat akan jumlah kehadiran malam tadi dan juga beberapa roadshow yang telah dibuat sebelum ini dalam beberapa program sambutan hari raya.


Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri , beliau rasa gembira dan bangganya apabila melihat sambutan rakyat yang hebat dan luar biasa . Begitu ramai hadir mengikuti program beliau dari pagi sehingga ke malam ini. Ini tandanya rakyat masih yakin kepada kerajaan Barisan Nasional dan juga yakin akan prestasi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional terus mentadbir dalam soal soal kebajikan, keselamatan, kesihatan, pelajaran dan lain lain lagi.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 2 juta untuk membina dewan orang ramai di kawasan Flat Seroja, Tasik Jaya Senawang.

Saturday, October 15, 2011

Chegu Bard Lebih Utamakan Fitnah Cincin Rosmah Daripada Anaknya....


Gila glamour mamat poyo ni... kalau nak cari duit sekali pun bukan macam ni cara nya bro.... pesanan aku bard tak payah lah nak sibuk-sibuk pasal isu cincin ni... beri tumpuan kepada anakya yang sakit itu lebih baik.. aku dengar keadaan che'Nur semakin serius! 


Che'Nur dikesan kena 'Bronkopneumonia' perlu diperhatian lebih... sila lihat di sini...

Bard cari duit dengan cara kotor, mahu terbit brosur cincin RM24 juta

Chegubard, menerajui satu kumpulan yang di wujudkan yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), namun kumpulan ini dipulaukan oleh puak AMK, PKR sendiri...

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Sudah-sudah la Bard... orang dah tak guna taktik politik murahan ni lagi... Patut la kalah memanjang je bila ada pemilihan... Sampai nak jadi Ketua pun terpaksa wujudkan kumpulan sendiri... duh murahan sangat lah!