Sunday, October 16, 2011

Zahid AF Nafi Masuk PAS


Baru-baru ini, hampir kesemua blog Pakatanis menyiarkan gambar Zahid bersama ahli-ahli parti PAS merebak luas di internet. Disebabkan gambar itu, Zahid yang kini ada produksi sendiri dikatakan menyertai parti pembangkang itu.

Kesan dari gambar itu, Zahid sering saja ditalu dengan soalan benarkah dia menyertai pasti PAS?

Sungguhpun ia hak Zahid sama ada mahu mengakui atau pun tidak, akhirnya jawapan disebalik gambar itu terjawab apabila Zahid memberi kenyataan yang sebenarnya beliau tidak pernah menyertai parti berkenaan dan gambar itu dirakam sekadar kebetulan saja.

Menurut sumber yang terdekat dengan Zahid, waktu gambar tersebut dirakam, dia ada terlibat dengan sebuah penggambaran di Kelantan. Dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran, Zahid terserempak dengan ahli-ahli PAS dan mereka semua meminta untuk bergambar bersama Zahid.

Sebagai selebriti yang sudah terbiasa dengan permintaan itu, Zahid pun menunaikannya. Apatah lagi, Zahid adalah seorang juara Akademi Fantasia yang ramah dan suka membuat lawak.

Hahaha perasan sungguh blogger Pakatanis, selalu cipta politik murahan untuk meraih sokongan! Malu beb! Hanya ostaz segera sahaja yang berminat sertai PAS Pis Pus!

Apa celup join PAS!!

No comments: