Thursday, October 20, 2011

Himpunan Haram Boleh, Himpunan Halal Tak Boleh!


Pakatan pembangkang berusaha memastikan kalangan ahli mereka tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat anti-murtad anjuran kira-kira 1,000 NGO di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

PAS Pusat membuat keputusan tidak akan sertainya atas alasan ia anjuran NGO.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula memberitahu wartawan partinya juga mengambil pendirian sama.

Beliau memberi alasan konon pihaknya gusar himpunan itu diperalatkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan suasana tegang di antara kaum.

Pemuda PAS yang sebelum ini bernada garang nak sertai juga himpunan juga terpaksa tunduk kepada keputusan PAS Pusat.

Ketuanya Nasrudin Hassan dilaporkan sebagai berkata mereka berkongsi pendirian dengan PAS Pusat.

Untuk coverline setelah sebelumnya terlanjur, beliau berkata Pemuda PAS tetap menyokong usaha murni himpunan itu.

Badan Perhubungan PAS Selangor pula dilapor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai himpunan berkenaan.

Harakahdaily memetik , Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberitahu, arahan tersebut dikeluarkan berikutan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi yang memutuskan bahawa PAS tidak terbabit dalam Himpunan tersebut. -Agendadaily



Tindakan PAS yang sanggup berpatah arah menyokong Ambiga, penganjur Bersih tapi tak mahu sokong perhimpunan anti murtad membuktikan ia adalah sebuah parti yang hipokrit.

Selama ini perjuangan PAS untuk apa? Ini semua perjuangan yang berpura-pura. PAS kalau nak buat apa-apa kena tanya taukeh dulu, iaitu DAP dan Anwar Ibrahim.

Ambiga, penganjur perhimpunan Bersih yang haram mereka boleh ikut, tetapi Himpunan Sejuta Umat Anti-Murtad yang dianjurkan oleh NGO lain untuk menghimpunkan orang Islam, tak sokong pula.

Tindakan Pas seolah-olah menolak realiti wujudnya cabaran keruntuhan akidah umat Islam yang berleluasa di negara ini.

Penyokong PAS Hidayat Mustafa Ugut Bunuh DS Najib!


PAS lahirkan pembunuh... Ugutan dari pengguna facebook pro-pembangkang bernama Hidayat Mustafa mengancam mahu bunuh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak Najib.

Aku pun tak tahu nak kata apa, politik pembangkang sekarang semakin gila!

Seharusnya... walaupun berbeza ideologi politik, perkara sebegini tidak patut berlaku.

Jangan tunggu lama-lama, tangkap saja orang ini!


Kepala jer berkilat, tapi otak singkat!

Wednesday, October 19, 2011

DS Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan EPL Di Seri Perdana! Glory Glory MU!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengajak peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara pasukan Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 8 malam Ahad ini (23 Oktober 2011). Untuk makluman, Datuk Seri Najib sendiri merupakan penyokong kuat Manchester United yang dikenali juga dengan nama The Red Devil.

Bagi peminat pasukan Manchester United ataupun Manchester City yang ingin turut serta menyaksikan perlawanan ini bolehlah mendaftarkan diri di laman web 1Malaysia untuk mendapat jemputan bagi menyaksikan perlawanan ini. Anda juga akan dibenarkan untuk membawa seorang teman bersama dengan anda pada malam tersebut nanti.

Pendaftaran ini akan dibuka sehingga pukul 5 petang esok iaitu Khamis 20 Oktober 2011. Jadi, jom daftar ramai-ramai sebelum terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan antara Manchester United dan Manchester City bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Info Majlis

Tarikh: 23 October 2011
Masa: 8:00 pm to 11:00 pm
Lokasi: Seri Perdana

Ramas Buah Dada: Rasuah RM200K Boleh Buat Guan Eng Hilang Kuasa Di Negeri Republik Penang


Imej Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus tercalar apabila kali ini kecoh mengenai kontroversi anak lelakinya yang dikatakan telah mencabul rakan sekolahnya. Bagi menutup mulut semua pihak, keluarga mangsa telah disogok dengan wang berjumlah RM200 ribu. Anak lelaki Guan Eng pula ditukar ke sekolah lain.

Sebelum ini Guan Eng amat terkenal dengan sikap suka menyaman sesiapa sahaja yang tidak menyokong tindakannya tetapi apabila kontroversi ini ditimbulkan, Guan Eng terus mengelak dari memberikan jawapan.

Kalau dia tidak bersalah mengapa harus takut untuk menegakkan kebenaran. Ini bukan soal menjawab isu yang ditimbulkan oleh UMNO seperti dakwaannya tetapi dia perlu menjawab demi keyakinan rakyat. Penjelasan perlu dibuat dan jangan menuding jari kepada UMNO apabila isu ini tersebar kerana yang pasti UMNO tidak ada kena mengena. Bukan UMNO yang mengarahkan anaknya mencabul.

Pihak berkuasa perlu membuat siasatan diatas dakwaan beberapa blog berhubung kes ramas buah dada dan rasuah tutup mulut yang bernilai RM200 ribu tersebut.

Perkara ini melibatkan soal moral dan maruah diri, Guan Eng dilihat telah menggunakan duit untuk menyelesaikan masalah dan mungkin ini bukan pertama kali dia menggunakan cara ini untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Guan Eng didakwa telah membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada keluarga mangsa sebagai bayaran menutup mulut.

Undang-undang di negara ini tiada pengecualian kepada sesiapa sekali pun! Guan Eng gelabah sebab dia takut hilang kuasa di Pulau Pinang!

Kes mana yang lebih berat? berkata buah dada, atau melakukan pencabulan ramas buah dada? tepuk dada tanya selera!

Pentas PATRIOT Semarakkan Perjuangan Dan Patriotisme Di Bukit Kepong Pada 21 Okt Ini...


Pemuda Umno akan mengadakan program ceramah umum jelajah Pentas Patriot di Bukit Kepong yang bertempat di Dataran Gerai, Majlis Perbandaraan Muar, cawangan Bukit Kepong pada hari Jumaat ini, 21 Oktober 2011.

Penceramah Pentas Patriot pada malam tersebut terdiri daripada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan turut sama Temengong Datuk Kanang Anak Langkau beliau adalah Wira Negara, Tn. Shafie bin Bakri yang merupakan Presiden Bekas polis Malaysia.

Pentas Patriot akan bergerak di seluruh negara untuk menghargai wira negara ekoran kontroversi di sebalik kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong.

Pengisian yang merangkumi tayangan video atau multimedia, ceramah umum daripada Unit Pidato Pemuda Umno serta jemputan khas daripada bekas-bekas komando, askar, pasukan polis serta pakar-pakar sejarah tanah air.

Pentas Pemuda bukan sahaja dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan lampau, bahkan meniup dan menyemarakkan roh perjuangan dan patriotisme dikalangan rakyat, terutama anak-anak muda.

Terdahulu Khairy Berkata “Pentas Patriot juga bakal menghidangkan kepada anak-anak muda Malaysia rentetan peristiwa yang menyoroti perjuangan bagi menggapai kemerdekaan di samping mendedahkan bahawa teori Mohammad Sabu tidak lebih dari satu penipuan yang cuba diabadikan oleh mereka yang tidak mahu menerima hakikat bahawa kebebasan dan kemerdekaan negara dicapai melalui hikmah dan kebijaksanaan tanpa sebarang pertumpahan darah,”.

Bagi Pemuda Umno kata beliau, terjahan Mohammad yang bukan sahaja menghina dan mengkhianati perjuangan anak bangsa, malahan mengagungkan pengganas komunis semasa tragedi Bukit Kepong menampakkan belang sebenar PAS dan juak-juak pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu serakah politik mereka.

“Malahan sikap Mohammad serta kepimpinan pembangkang yang langsung tidak menampakkan kekesalan dengan memberikan alasan dan hujah yang menuding jari kepada Umno dan masyarakat umum yang marah dengan penghinaan tersebut amatlah memualkan,” katanya.

Pemuda Umno, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional ini bersekali dengan seluruh rakyat Malaysia terutama sekali golongan serta ahli keluarga warga perajurit dan pasukan keselamatan negara, mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadap Mohammad.

“Bagi kami, Pentas Patriot adalah langkah terbaik bagi menangani isu ini dan kami menyeru rakyat semua untuk turut hadir menyertai program ceramah umum yang akan dilaksanakan seluruh negara,” kata Ahli Parlimen Rembau ini.