Thursday, November 3, 2011

Polis Haramkan Semua Acara Seksualiti Merdeka


Program Seksualiti Merdeka yang telah cetuskan bantahan ramai kerana dianggap sebagai kempen sayangi golongan seks songsang – gay,lesbian dan sebagainya akhirnya kantoi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar  petang Khamis umum semua aktiviti berkaitan dengan festival berkenaan yang bakal dilancar oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November ini DIHARAMKAN.

Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur beliau mengarahkan penganjur menghentikan serta merta semua program mereka yang berkaitan dengannya atau berdepan tindakan polis.

Semua mereka yang terlibat dengan penganjuran festival itu termasuk Ambiga akan dipanggil untuk beri keterangan pada polis.

Khalid menjelaskan polis terpaksa bertindak bila terdapat sesuatu yang mengancam ketenteraman awam.

Lepas ni Ambiga nak buat secara haram pulak! Puak Pakatan Haram BERSIH 3.0 tak nak join ka?

Bekas ADUN Teratai Dipenjara Dua Tahun Dan Denda RM350,000


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yap Soo Sun dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu.

Beliau dituduh menggunakan dokumen palsu itu bagi mengadakan program sambutan Hari Thaipusam dan Tahun Baru Cina berjumlah RM70,000 pada 2008.

AUKU : Keputusan Mahkamah Bersifat Mengikat - Khairy



Mukadimah: Jangan jadi seperti setengah-tengah pengikut tunduk dengan segala keputusan bos "Yes Bos"... apa bos buat semuanya "OK Bos"... "Cantekk Bos" nak bersuara pun takut... tapi kat belakang semuanya mengutuk!


Melihat AUKU ini bagus tapi sayangnya, ramai yang berada didalam barisan pemuda yang tak berani nak sahut! 

Penghakiman mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah tidak sah bukan"semata-mata pendapat mahkamah", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Dalam pendirian ini, Khairy berbeza pendapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata keputusan itu belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang.

Malah, katanya, penghakiman mahkamah itu bersifat mengikat di sisi undang-undang, dan ia bukan sekadar "pendapat".

"Tidak, ia mengikat. Keputusan mahkamah dan perlembagaan undang-undang adalah sesuatu yang mengikat," katanya kepada media selepas perjumapaan dengan tiga daripada empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memenangi kes mereka itu ke atas kerajaan.

Nazri, yang bertanggungjawap terhadap hal undang-undang, Rabu lalu berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah semata-mata "pendapat mahkamah" atau hanya obiter dictum mahkamah”.

Turut hadir pada perjumpaan ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Menurut Saifuddin pula, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri kabinet untuk merayu kepada mereka supaya kes berkenaan tidak dibawa untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, jika kerajaan memutuskan untuk merayu, maka ia akan kalah dari segi moral, meskipun jika berjaya dengan rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti.

"Jika kita rayu, walaupun kita menang (di mahkmah), namun kita dianggap telah kalah dari perspektif moral. Tetapi jika kita kalah di mahkamah lagi, kita akan kehilangan moral buat kali kedua.

"Itu kekalahan yang amat besar dan kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya umum. Kita tidak mampu kalah sebegitu banyak pertarungan sebelum bertanding pada pilihan raya umum," kata Saifuddin lagi. -MKini