Saturday, November 5, 2011

Gambar DS Najib di Mekah Pun Jadi Isu...


Gambar diatas membuatkan ramai puak pembangkang meroyan dan berasa dengki khianat apabila melihat 'layanan' yang diterima Dato' Seri Najib semasa menunaikan haji.

Bagi yang rasional, apa peleknya seorang pemimpin negara Islam yang mempunyai hubungan penting dengan Arab Saudi terima layanan istimewa tersebut.

Lagi pula ia merupakan Standard operation procedure (SOP) biasa tentang keselamatan apabila ia melibatkan pemimpin negara.

Kalau di Mekah, tanggungjawab kerajaan Arab Saudi lindungi dan jaga keselamatan,Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Protokol negara Arab Saudi yang menyediakan pengawal keselamatan untuk pemimpin-pemimpin Islam dunia. Dan perkara ini tidak asing lagi.

Malah, pemimpin-pemimpin Islam yang sebaris dengan Najib Razak seperti Presiden Iran dan Presiden Palestin juga mendapat layanan yang sama.


President Palestin, Mahmoud Abbas dikelilingi 'bodyguard'



Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad dikelilingi 'bodyguard'


Sejak tahun 70'an lagi 'bodyguard' di tugaskan menjaga keselamatan pemimpin Islam

Andai kata PM Malaysia itu namanya Hadi Awang atau Nik Aziz itulah juga layanan yang diterima, sebab ia merupakan SOP kawalan biasa ke atas pemimpin-pemimpin negara.

Bagi yang dengki dan busuk hati, semua benda tak betul. Memang jenis yang suka cari salah orang.

Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha... Semoga pengorbanan kita demi agama bangsa dan negara beroleh kerahmatannya...

'Sanggul Beracun' dan 'Cun' Ungguli Anugerah Skrin (ASK) 2011


Drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat.

Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Erra Fazira, Sabri Yunus dan Namron itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.

Drama itu turut memenangi kategori Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi oleh Eman Manan menerusi drama Janji Syurga, manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama dirangkul oleh Umie Aida melalui Airmata Nur Salina.


Eja

Sementara itu, kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Magika terbitan KRU Studios.

Filem Cun berjaya merangkul sebanyak empat anugerah seperti Pengarah Terbaik Filem (Osman Ali) , Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Remy Ishak) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Nadiya Nissa).

Turut memenangi anugerah ASK2011 adalah Pelakon Wanita Terbaik Filem iaitu Siti Shahrizah atau Eja menerusi filem Janin.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Shaheizy Sam, Rosyam Noor, Neelofa, Awie, Siti Saleha, Aaron Aziz, Zahiril Adzim dan Johan Asa'ari.

Pewiiit Neelofa... menyampaikan trofi kepada Umie Aida.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar.

Acara tersebut telah dihoskan oleh aktres Rozita Che Wam dan Ally Iskandar serta disiarkan secara langsung di TV3.

Secara keseluruhan, ASK 2010 mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman.

Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

Anugerah Skrin 2011 ini mempertandingkan 17 buah drama iaitu 12 drama rantaian dan lima komedi.

Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.

12 Tempat Dengan Pemandangan Paling Menakjubkan di Bumi

1. Puncak Himalaya Tibet




Tempat ini adalah titik tertinggi di seluruh planet Bumi.

2. Langit Alaska




Sinar Aurora Borealis yang ada di Langit Alaska (hujung utara Amerika, dekat Kutub Utara) ianya sangat menakjubkan! Aurora itu sendiri adalah cahaya natural di angkasa yang terjadi akibat tabrakan partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfer bumi. Kebiasaannya, ada 2 warna yaitu hijau dan merah dan hanya bisa dilihat pada waktu malam.

3. Benteng Chittogarh, India





4. Cinque Terre, Riviera




Salah satu tujuan wisata paling popular di Italia ini merupakan bahagian dari UNESCO World Heritage Site dan terletak di pinggir laut Mediterania.

5. College The Valleyfield





Sebuah universitas pendidikan di Quebec, Canada.

6. Machu Picchu




Terletak di Lembah Urumba, Peru dan memiliki ketinggian 2.430 meter di atas permukaan laut.


7. Massif De La Chartreuse





Sebuah formasi batu-batuan di pegunungan timur Perancis.

8. Laut Arktik




Gambar ini, berdayung santai di laut Arktik yang sejernih Kristal dan berada di wilayah Kutub Utara Bumi.

9. Petra




Petra adalah sebuah kota yang dibentuk di dalam sebuah gunung batu di Yordania. Dibangun 100 tahun SM oleh bangsa Nabatean dengan aliran sungai di bawah tanah.

10. Gunung Tungurahua, Ekuador






11. Oasis In the Middle of Nowhere





This amazing place is built in the middle of the desert, around a small lake, dan tempatnya berada di Ica Province- southwestern Peru. Oasis bernama Huacachina ini dikenal sebagai ‘oasis of America’.

12. Millau Bridge in France




Paris also have another icon yang di kenali sebagai jembatan tertinggi di dunia yang bangunannya lebih tinggi dari Menara Eiffel dan diatas awan! Jembatan bernama Millau ini melintasi Sungai Tarn dan lembah-lembah pegunungan Massive Central. panjang jembatan hingga 2,5 km dan tingginya 340 meter (lebih tinggi 16 meter dari Menara Eiffel), jembatan ini dibena dengan kekuatan tahan gempa oleh seorang arkitek asal Inggris bernama Norman Foster.