Showing posts with label Anugerah Skrin (ASK) 2011. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Skrin (ASK) 2011. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

'Sanggul Beracun' dan 'Cun' Ungguli Anugerah Skrin (ASK) 2011


Drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat.

Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Erra Fazira, Sabri Yunus dan Namron itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.

Drama itu turut memenangi kategori Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi oleh Eman Manan menerusi drama Janji Syurga, manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama dirangkul oleh Umie Aida melalui Airmata Nur Salina.


Eja

Sementara itu, kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Magika terbitan KRU Studios.

Filem Cun berjaya merangkul sebanyak empat anugerah seperti Pengarah Terbaik Filem (Osman Ali) , Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Remy Ishak) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Nadiya Nissa).

Turut memenangi anugerah ASK2011 adalah Pelakon Wanita Terbaik Filem iaitu Siti Shahrizah atau Eja menerusi filem Janin.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Shaheizy Sam, Rosyam Noor, Neelofa, Awie, Siti Saleha, Aaron Aziz, Zahiril Adzim dan Johan Asa'ari.

Pewiiit Neelofa... menyampaikan trofi kepada Umie Aida.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar.

Acara tersebut telah dihoskan oleh aktres Rozita Che Wam dan Ally Iskandar serta disiarkan secara langsung di TV3.

Secara keseluruhan, ASK 2010 mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman.

Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

Anugerah Skrin 2011 ini mempertandingkan 17 buah drama iaitu 12 drama rantaian dan lima komedi.

Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.