Saturday, November 5, 2011

DS Najib Bersama Tiga Juta Umat Islam Berwukuf di Arafah


Suasana hening di bumi Arafah di Mekah langsung tidak mencerminkan perhimpunan kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf, yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji, tengah hari ini.

Seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta umat Islam di Mekah yang sedang menunaikan ibadah itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan Perdana Menteri dan isteri kini berwukuf di khemah protokol diraja di tengah Arafah, berdekatan dengan Masjid Namirah.

Dalam panas terik di Mekah, masing-masing menadah tangan memohon keampunan kepada Ilahi, dengan penuh khusyuk, selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf.

"Perhimpunan umat Islam di bumi Arafah ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai menyahut seruan daripada Yang Maha Esa untuk mengukuhkan persaudaraan sesama Islam yang besar ertinya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa menyampaikan khutbah Arafah di Maktab 100 di Mekah.

Beliau berkata wukuf sebenarnya merujuk kepada penyerahan sepenuhnya kepada ketentuan Allah oleh hamba-hambanya dari seluruh negara.

Menurutnya jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia meninggalkan segala harta benda, sanak saudara urusan dunia dan segalanya beribu-ribu batu di belakang, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Selesai khutbah, rata-rata jemaah kemudiannya menyendiri dalam usaha menginsafi diri, dalam tempoh yang tinggal tidak seberapa lagi di bumi Arafah ini, kerana selepas Maghrib, jemaah haji akan berlepas meninggalkan Arafah untuk mengerjakan rukun haji berikutnya.

Difahamkan Perdana Menteri akan kembali ke kota Mekah lewat petang ini untuk mengerjakan tawaf dan saei haji, sebelum melontar di Jamrat.-Bernama

Salam Aidil Adha... Semoga Aidil Adha membasahi perjuangan dan pengorbanan kita semua...

Seksualiti Merdeka: Polis Soal Siasat Ambiga



Polis telah memanggil bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan untuk disoal siasat berhubung sokongan beliau ke atas program Seksualiti Merdeka, yang telah pun diharamkan berkuat kuasa kelmarin.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Datuk Ambiga telah diminta datang ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi pada Selasa ini untuk disoal siasat, berkaitan dengan Seksualiti Merdeka,” kata ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Andrew Khoo hari ini.

Ambiga, pengerusi Bersih 2.0 yang diharamkan beberapa hari sebelum ia mengadakan perhimpunannya 9 Julai lalu, telah bersetuju untuk melancarkan Seksualiti Merdeka Selasa ini.

Dalam satu kenyata semalam, Ambiga berkata Seksualiti Merdeka bertujuan memberi ruang komuniti LGBT yang dipinggirkan untuk mengetengahkan diskriminasi mereka alami setiap hari dan bukannya menggalakkan gejala homoseksual.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihkanya mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Kata beliau, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula Selasa lalu dan sepatutnya berlarutan sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam.

Menurut sumber rapat, difahamkan Anwar Ibrahim bersetuju program itu diadakan!

Anwar Ibrahim Dan Seksualiti Merdeka?

Gambar Terbaru Anwar Ibrahim Di Dalam Tube, London
Pendirian berdiam diri Anwar Ibrahim tentang isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang diperkatakan telah menimbulkan tanda tanya.

Tidak seperti dalam isu-isu lain, Anwar yang menjadi ‘juara’ membangkitkan isu tersebut, sama ada di twitter, laman rasmi ataupun memanggil para wartawan untuk sidang media, namun dalam isu LGBT dan Seksualiti Merdeka, Anwar mengambil pendekatan sebaliknya.

Tidak ada sidang media. Tidak ada pendirian rasmi dari dirinya atau partinya yang sekurang-kurang disiarkan di anwaribrahimblog.com.


Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan menghalang penganjuran Seksualiti Merdeka 2011, namun Ketua Umum PKR itu tidak menyatakan sebab-sebabnya di atas tindakannya yang berlawan arus dengan pendapat umum itu. “Dijelaskan : (saya) tidak setuju”, katanya ketika menjawab twitter @MZuhairy yang menjemput Ketua Pembangkang itu bersama-sama menghalang penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.

“Datuk Seri kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011.. Lawan tetap lawan..Jum ?”, kata @MZuhairy dalam twitternya kepada Anwar.

Ketua Pembangkang itu kelihatan seolah-olah mahu mendiamkan diri dan sekiranya, ada pertanyaan di twitter berkenaan isu tersebut, beliau hanya menjawab ringkas, kabur dan tidak seperti tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada musuh-musuh politiknya sebelum ini.

Apabila penganjur Seksualiti Merdeka mengaitkan nama Ambiga, mungkin boleh difahami kerana Pengerusi BERSIH 2.0 itu adalah perasmi program tersebut yang dijadualkan 9 November ini, namun apabila penganjur mengaitkan juga dengan nama Anwar Ibrahim, itu menimbulkan satu persoalan.

Kenapa penganjur Seksualiti Merdeka mengaitkan nama Anwar Ibrahim, sedangkan Ketua Umum PKR sehingga kini dilihat tidak mahu mengaitkan dirinya dengan penganjuran aktiviti songsang itu ?

Anwar dan kepimpinan PKR dilihat mahu mengunci mulut, sedangkan kumpulan LGBT sebelum ini merupakan kumpulan pertama menyokong Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu dituduh melakukan aktiviti homoseksual buat kali kedua.

Malah, lebih menonjol lagi apabila Grace Poore seorang lesbian yang lahir dan membesar di Malaysia menghantar satu rencana kepada IGLHRC (The International Gay and Lesbian Human Rights Commission) menyeru kumpulan LGBT di Malaysia supaya menyokong Anwar Ibrahim dan partinya, PKR.

Namun apabila kumpulan LGBT Malaysia pula menjadi sasaran polis dan pihak awam, kenapa pula Anwar dan barisan kepimpinan partinya mendiamkan diri ?

Apakah Anwar lebih penting menjaga hati puak-puak liberalis, pluralis dan sekular demi untuk PRU13?