Showing posts with label Aidil Adha. Show all posts
Showing posts with label Aidil Adha. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Sekitar Majlis Korban Di Kg Kanchong Bersama MB N9


BANTU... Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan turut melapah daging korban bersama penduduk sekitar Kg Kanchong, Rantau Negeri Sembilan. 

Menteri Besar, turut menyumbangkan dua ekor lembu untuk dikorbankan di surau Kg Kanchong sempena Hari Raya Aidiladha. Kehadiran hampir lapan puluh orang penduduk tempatan memeriahkan upacara korban tersebut. Penduduk turut menyumbangkan seekor lembu untuk di korbankan...

Sumbangan ini merupakan satu amanah yang dilaksanakan dengan sebaiknya dan daging korban tersebut diagih di kawasan masing-masing terutama kepada golongan memerlukan.

  Jangan main-main... MB Tok Mad boleh melapah sekor lembu.. hebat tu...


Saturday, November 5, 2011

DS Najib Bersama Tiga Juta Umat Islam Berwukuf di Arafah


Suasana hening di bumi Arafah di Mekah langsung tidak mencerminkan perhimpunan kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf, yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji, tengah hari ini.

Seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta umat Islam di Mekah yang sedang menunaikan ibadah itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan Perdana Menteri dan isteri kini berwukuf di khemah protokol diraja di tengah Arafah, berdekatan dengan Masjid Namirah.

Dalam panas terik di Mekah, masing-masing menadah tangan memohon keampunan kepada Ilahi, dengan penuh khusyuk, selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf.

"Perhimpunan umat Islam di bumi Arafah ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai menyahut seruan daripada Yang Maha Esa untuk mengukuhkan persaudaraan sesama Islam yang besar ertinya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa menyampaikan khutbah Arafah di Maktab 100 di Mekah.

Beliau berkata wukuf sebenarnya merujuk kepada penyerahan sepenuhnya kepada ketentuan Allah oleh hamba-hambanya dari seluruh negara.

Menurutnya jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia meninggalkan segala harta benda, sanak saudara urusan dunia dan segalanya beribu-ribu batu di belakang, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Selesai khutbah, rata-rata jemaah kemudiannya menyendiri dalam usaha menginsafi diri, dalam tempoh yang tinggal tidak seberapa lagi di bumi Arafah ini, kerana selepas Maghrib, jemaah haji akan berlepas meninggalkan Arafah untuk mengerjakan rukun haji berikutnya.

Difahamkan Perdana Menteri akan kembali ke kota Mekah lewat petang ini untuk mengerjakan tawaf dan saei haji, sebelum melontar di Jamrat.-Bernama

Salam Aidil Adha... Semoga Aidil Adha membasahi perjuangan dan pengorbanan kita semua...